Terengganu Sah Tumbang, Ahmad Said Benar-Benar Jadi Robin Hood

Hanya kira-kira dua jam setelah Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu, bekas Menteri Besar, Ahmad Said mengumumkan keluar daripada UMNO dan mengisytiharkan dirinya ssbagai ADUN Bebas. Bersama beliau berbuat demikian ialah seorang lagi iaitu ADUN Ajil, Ghazali Taib yang difahamkan mempunyai pertalian keluarga dengannya.

Pengumuman itu dibuatnya dengan menghantar kenyataan akhbar kepada sebuah agensi berita tempatan, malam tadi iaitu kira-kira dua jam setelah Ahmad Razif mengangkat sumpah.

Dengan perkembangan ini, kedudukan kerusi di Terengganu akan menjadi 15-15 antara BN dengan PR, mankala Bebas mempunyai dua kerusi.

Secara logiknya, dengan pengisytiharan Ahmad Said dan Ghazali Taib itu, DUN Terengganu sudah pun tergantung serta Ahmad Razif dicatat dakam sejarah sebagai Menteri Besar hanya dalam tempoh dua jam sahaja.

Dalam keadaan ini, BN tidak mempunyai pilihan lain selain membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan.

Tetapi jika Ahmad Said dan Ghazali Taib mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas yang mesra PR, seorang ADUN daripada PR boleh diangkat sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru sebagaimana yang pernah berlaku di Perak pada 2009 dahulu.

Namun demikian jika benar seperti kata Ahmad Said bahawa ada beberapa ADUN lagi akan mengambil tindakan yang sama sepertinya, maka secara automatik kerajaan negeri BN akan tumbang dan PR akan mengambil alih pentadbiran.

Tetapi dalam perkembangan terbaru pagi ini di mana seorang lagi ADUN keluar UMNO iaitu Roslee Daud dari Bukit Besi, maka sahlah BN hanya mempunyai 14 ADUN dah sudah kekurangan majoriti berbanding PR 15 dan Bebas 3 kerusi.

Kemungkinan ramai lagi ADUN mengikut jejak Ahmad Said sudah dijangkakan berikutan dalam pertemuan Setiausaha Agung UMNO dengan ADUN-ADUN Terengganu semalam, daripada 17 ADUN BN, hanya 9 orang saja yang hadir manakala selebihnya dipercayai memprotes dan tidak setuju dengan pengguguran Ahmad Said.

Walaupun sejarah di Perak memperlihatkan UMNO dan BN takut untuk menghadapi pilihanraya semula, tetapi apa yang berlaku di Terengganu ini pastilah membuatkan Najib mengarahkan Ahmad Razif segera membubarkan DUN sebelum kemelut politik yang lebih kronik dan tidak terkawal berlaku di negeri itu.

Sudah tentulah Najib lebih rela diadakan pilihanraya negeri semula daripada menyerahkan kejatuhan negeri Terengganu kepada PR yang tentunya lebih menjejaskan imejnya.

Isu pertukaran jawatan Menteri Besar di beberapa negeri sudah pun menjadi perbualan sejak beberapa minggu lalu dengan Najib dikatakan ingin melakukan pertukaran di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan juga Perak. Alasan pertukaran ialah untuk menyuntik semangat dan tenaga baru menghadapi pilihanraya ke 14 akan datang yang dipercayai lebih mencabar lagi.

Ahmad Said, walaupun dikenali dengan imej kasar dan kadangkala seperti “samseng” terutama ketika berhadapan dengan parti lawan, tetapi keberaniannya juga banyak yang boleh dipuji. Ketika banjir di Terengganu hujung tahun lalu dan semua kenderaan tersekat untuk beberapa jam, beliau telah bertindak ala Robin Hood dengan membuka pintu sebuah van roti dan mengagih-agihnya kepada semua yang sedang kelaparan ketika itu.

Di ketika yang lain, beliau juga membenarkan keretanya digunakan untuk membawa mangsa kemalangan jalanraya yang cedera parah untuk di bawa ke hospital tanpa menghiraukan kenderaannya menjadi kotor, dipenuhi kesan darah atau sebagainya. Tidak mungkin ada pemimpin lain yang sebaik itu jika bertemu dengan kemalangan jalanraya.

Dalam isu bolasepak yang melibatkan insiden pukul-memukul dalam terowong di Stadium Larkin, Ahmad Said menunjukkan keberaniannya dengan mengecam FAM yang bertindak tidak adil dan berat sebelah semata-mata kerana ianya melibatkan golongan istana. Beliau juga mencabar pemimpin FAM yang pro kepada istana agar meletakkan jawatan jika tidak berani bersikap adil.

Dengan mengisytiharkan keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas, Ahmad Said telah sekali lagi membuktikan keberanian dan jiwa Robin Hood yang ada dalam dirinya. Beliau tidak akan membenarkan dirinya diperlekeh. Walaupun beliau meminta pertukarannya ditangguhkan untuk membolehkan kenduri kahwin anaknya pada 17 Mei tetapi tidak dilayan oleh Najib sebagai punca alasannya mengisytiharkan keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas, Ahmad Said jelas seorang yang berjiwa merdeka.

Para pemerhati UMNO menyifatkan tindakan beliau itu wajar kerana selepas ini pun masa depan politiknya akan berakhir begitu saja. Beliau hanya menjadi ADUN biasa dan seterusnya akan tidak akan dipilih semula dalam pilihanraya akan datang.

Selepas Ahmad Said digugurkan semalam dan penggantinya Ahmad Razif mengangkat sumpah malam tadi, sepatutnya proses pertukaran seterusnya ialah di Pahang, Negeri Sembilan dan Perak. Tetapi dengan kemelut baru yang berlaku di Terengganu ini, pastilah pertukaran Menteri Besar di negeri-negeri lain itu bakal terencat bagi mengelakkan gelora politik yang lebih parah lagi.

Sama ada pilihanraya negeri Terengganu akan diadakan atau kepimpinan bertukar tangan daripada BN kepada PR, gelora politik yang dicetuskan melalui tindakan Ahmad Said ini akan membuatkan tiada pertukaran Menteri Besar di negeri-negeri yang dirancangkan Najib sebelum ini.

Ahmad Said nampaknya sekali lagi menjadi Robin Hood, dengan keberaniannya kali ini menyelamatkan kedudukan rakan-rakannya di negeri-negeri lain pula. (SH 13/05/2014)

Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:30 pm

13
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousahmadyaniMiss Veebat8Gombug Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

ADUN BN yang lain sepatutnya mengambil kesempatan diatas peluang yang datang hanya sekali. Buat sidang akhbar seperti Adun Bukit Besi Roslee Daud tunjuk surat isthiar keluar parti, kemudian tunggu. Apabila keadaan jadi semakin becelaru maka akan ada orang yang akan datang mencari dan mereka akan memujuk berserta dengan ganjaran yang lumayan. Untuk beli harga diri seorang ADUN paling tinggi RM 5 juta sudah memadai. Kemudian buat kenyataan akhbar sekali lagi memberitahu pada masyarakat bahawa ADUN tidak jadi wakil rakyat bebas tapi tarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN). Lepas tu buat muka bodoh… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Salam Tuan,
Mengapalah Bn lama sangat nak mengaku yang mereka bukan lagi kerajaan di Terengganu.Jika di banding di Perak,walaupun Nizar istihar bubar DUN, Bn tak iktiraf.Jadi jika benar Roslee sudah keluar umno,maka sah kerajaan BN di Terengganu kerajaan haramjadah.Sepertimana ungkapan PM 1 Malaysia yang rakyat semua macam haramjadah, dia si Najib mesti ingat kuasa Tuhan mengatasi pemikiran bodohnya itu. Setiap perbuatan terkutuknya dan sumpahan dari rakyat dia sedang menerimanya.dan saya percaya Najib sendiri akan tersingkir dari kerusi PMnya hanya beberapa bulan sahaja lagi.Padan muka.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dalam pemerhatian saya, apa yang berlaku di DUN Terengganu adalah senjata makan tuan walaupun pada tindakan awal oleh Adnan Mansor yang lagaknya seperti boleh mengawal suasana. Namun tindakbalas yang diberikan oleh Ahmad Said, Ghazali Taib dan Roslee Daud dengan mengistihar keluar parti memang memeranjatkan semua ahli UMNO Baru. Kemungkinan Najib juga terkencing dalam seluar. Punca Ahmad Said keluar Umno hanya kerana tidak puas hati dengan masa pertukaran penjawat menteri besar yang dibuat beberapa hari sebelum perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini. Najib kata itu soal peribadi. Ada orang bersetuju dengan tindakan Najib itu, kerana Ahmad Said dikatakan hanya mengambil kesempatan… Read more »

ahmadyani
Guest
ahmadyani

Pertukaran yang ingin dibuat DSNajib bukan untuk menghadapi PRU14, tapi untuk membuang orang yang tidak sebulu dengannya dan melantik orang yang boleh ikut telunjuk dia. Tapi jadi masalah bila anak buah lebih cerdik dari dia.

Miss Vee
Guest
Miss Vee

‘Perfect Women’ – This is What Every Men Really Want !!
Kenikmatannya Terasa Hingga ke Subuh !! >>>CLICK HERE !!

Anonymous
Guest
Anonymous

Allah tu Maha Adil…dulu kerajaan najib jatuhkan PR di Perak,sekarang Allah jatuhkan pulak BN di T'ganu…Syabas Mat Said,kamu adalah hero!!(dengar cerita duit Petronas akan diambil utk pujuk wakil2 rakyat BN yg telah isytiharkan diri sbg adun bebas dan yang akan isytiharkan diri utk jd adun bebas…)

Anonymous
Guest
Anonymous

Ya Allah memang Maha Adil sebab tu Terengganu tak jatuh pun…

bat8
Guest
bat8

Tuan, Perkembangan sekarang amat menarik. Dari segi aib, ia boleh dilihat sebagai balasan kepada apa yang berlaku di Perak dulu. Pakatan Rakyat diaibkan apabila 3 orang Adunnya berpaling tadah menjadi Adun bebas yang pro BN. Kali ini giliran UMNO pula. Aib yang terbesar dan teristimewa dari episod ini adalah khusus untuk Najib secara peribadi diatas tindakannya semasa krisis di Perak dulu.No doubt….. Jatuh atau tidak kerajaan Umno Terengganu bergantung kepada apa tindakan Adun-Adun UMNO yang pro Ahmad Said dalam 2-3 hari ini. Kalau mereka masih tidak boleh dihubungi oleh ibupejabat UMNO , maka kemungkinan kerajaan UMNO Terengganu jatuh adalah cerah.… Read more »

Gombug
Guest
Gombug

Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya… Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya… Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Apakah anda sedang berniaga ?

Gombug
Guest
Gombug

Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google. Baca selanjutnya… Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Sungguh berseri dan berwarna warni political landscape negara ni.

Anonymous
Guest
Anonymous

najib sdg membayar harga kebodohan nya