Penangguhan Hudud…Kejayaan Fasa Pertama UMNO Terhadap PAS

Pas akhirnya mengambil keputusan menangguhkan pembentangan usul persendirian mengenai hudud yang dijangka akan dilakukan pada sidang Parlimen Jun depan. Presiden Pas, Haji Hadi Awang dalam kenyataan yang diumumkan oleh timbalannya, Mohamad Sabu menjelaskan, penangguhan itu dibuat bagi memberi laluan kepada jawatankuasa teknikal yang telah dipersetujui penubuhannya untuk memberi saranan dan mengemukakan cadangan lanjut mengenainya.

Terserah kepada jawatankuasa teknikal yang akan berbincang dengan kerajaan Kelantan dan Pusat, tambah Mohamad Sabu lagi.

Ketika isu hudud panas dengan hasrat Pas membentangkan usul persendirian, UMNO dan kerajaan Pusat melalui Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah mencadangkan agar ditubuhkan sebuah jawatankuasa bersama bagi mengkaji perlaksanaan hukum Islam itu. Ia kemudian disusuli dengan kunjungan Jamil Khir Baharom keatas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah dan seterusnya mengumumkan persetujuan penubuhan jawatankuasa teknikal itu.

Walaupun bersangka baik dengan kesungguhhan Pas mahu melaksanakan hukum Islam itu, blog ini beberapa hari lalu telah meramalkan bahawa usul hudud ini bakal ditangguhkah sekali lagi berikutan sikap Pas yang mulai terperangkap dengan permainan UMNO mengenainya.

Cadangan penubuhan jawatankuasa teknikal itu, walaupun niatnya baik, tetapi ianya lebih dipercayai merupakan permainan licik UMNO untuk melengah-lengahkan, bermain dengan masa dan seterusnya menangguhkan perlaksanaan hukum hudud itu.

Ini kerana UMNO bukanlah serius sangat terhadap hukum Islam itu, malah Perdana Menteri, Najib Razak sendiri yang beberapa tahun lalu menolak perlaksanaan hukum hudud, baru-baru ini pula menyatakan banyak perkara perlu dihalusi dan diteliti sebelum hukum itu mahu dilaksanakan.

Dalam masa yang sama, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang masih berpengaruh dan kadangkala ditakuti oleh kebanyakan pemimpin UMNO, masih keras menolak perlaksanaan hukum itu.

Penolakan nyata UMNO terhadap hudud juga terserlah apabila DUN Negeri Terengganu yang dikuasai oleh UMNO baru-baru ini turut menolak untuk melaksanakan hukum tersebut.

Rakan karib UMNO dalam BN iaitu MCA dan Gerakan pula terang-terang menolak hudud. Mereka bukan saja mengancam akan mengadakan kempen bantahan, memungut tandatangan, menyediakan 100 peguam, bahkan mengugut mahu meninggalkan BN jika UMNO memberi sokongan kepada usul hudud yang mahu dibawa oleh Pas.

Sebagai parti yang disokong oleh orang Melayu dan Islam, terutama di luar bandar, UMNO cuba berselindung di sebalik pelbagai hujah dan alasan untuk tidak menolak bulat-bulat hudud kerana bimbangkan kehilangan sokongan melayu dan Islam dengan pendiriannya menolak hudud yang memberi gambaran tidak Islamik. Penubuhan jawatankuasa teknikal bersama adalah untuk menjadikan Pas bergantung kepada UMNO bagi melaksanakannya.

Di sebalik mencadangkan menubuhkan jawatankuasa bersama, UMNO juga sehingga ini belum memberi kata putus sama ada mahu menyokong atau menentang usul itu. Ini ditambah dengan ugutan MCA, ancaman Gerakan dan gertakan Mahathir – tindakan UMNO dan kerajaan Pusat seolah-olah menyokong usul hudud ini memang boleh diragui.

Kini, sebagaimana yang dijangka, setelah sekian lama berlarutan di media dan banyak pemimpin kedua-dua belah pihak juga sudah mengulas mengenai hudud itu, Pas akhirnya mengambil keputusan menangguhkannya bagi memberi kuasa kepada jawatankuasa teknikal memainkan peranannya. Tetapi tidak pula diberitahu sehingga bila?

Apa yang mengharukan, siapa anggota jawatankuasa teknikal ini, berapa lama tempoh diberikan untuk memberikan saranan dan sebagainya belum pun diumumkan lagi. Tetapi Pas sudah pun mengalah kepada jawatankuasa itu.

Dengan pelbagai isu dan masalah yang melanda negara sekarang ini, bolehkah kita mengharapkan jawatankuasa teknikal ini dapat menjalankan tugasnya dalam tempoh enam bulan atau setahun dari sekarang? Atau mungkinkah ia nanti akan memakan masa selama tiga tahun, lima tahun atau sepuluh tahun?

Bolehkah juga kita yakin jawatankuasa teknikal ini mampu menyelesaikan tugasnya sebelum PRU 14 empat tahun lagi?

Apa yang nyata, dengan pengumuman penangguhan ini, isu hudud ini akan reda dalam jangka masa yang sukar diramalkan. Mungkin juga ia tidak dibangkitkan lagi sehingga pilihahraya akan datang. Walaupun ada baiknya kerana ia akan menyebabkan hudud tidak lagi dihina dan diperlekeh dengan pelbagai andaian serta syak wasangka oleh bukan Islam, harapan umat Islam seluruhnya ialah agar ia tidak ditangguhkan untuk tempoh yang terlalu lama atau selama-lamanya.

UMNO dan kerajaan Pusat tentulah lega dengan kejayaan mereka berjaya membuatkan Pas menangguhkan pembentangan usul hudud itu. Ia adalah kejayaan fasa pertama melalui sikap berbaik-baik dan mencadangkan penubuhan jawatankuasa teknikal itu. Penangguhan ini akan membuatkan keretakan UMNO dengan MCA dan Gerakan dapat dipulihkan serta imejnya di mata penganut Islam tidak terjejas.

Setelah MCA mengumumkan tidak bertanding di Bukit Gelugor tetapi Gerakan ghairah mahu meletakkan calonnnya di Teluk Intan, pilihanraya kecil ini akan menjadi medan UMNO merapatkan semula hubunngannya dengan rakan-rakan komponennya tanpa dibayangi oleh isu hudud yang mungkin menghantuinya.

Tanpa diketahui bila isu hudud ini akan bangkit kembali atau sama ada Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat sempat melihat ianya menjadi kenyataan sebelum menutup matanya, kesediaan Pas berjinak-jinak dengan UMNO serta kerajaan Pusat dan kemudian akur kepada jawatankuasa teknikal, jelas suatu kesilapan.

Setelah beberapa kali diperdaya, UMNO sekali lagi berjaya memperdaya Pas atau dalam ertikata lain Pas juga membenarkan dirinya diperdaya. Percayalah, jika masih bergantung kepada UMNO, sampai bila pun hudud ini tidak akan berjaya. (SH 11/05/2014)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:30 pm
Subscribe
Notify of
guest

7 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
24 May 2014 2:33 pm

Kalau beginilah sikap kamu UMNO, PAS, dan penulis blog ini sendiri yang menunjukkan sikap perpecahan tidak ingin bersatu-padu, serta menimbulkan keraguan antara sesama Islam…bagaimana kamu boleh menarik kami orang yang tidak berparti untuk menyertai kamu?…kami juga rakyat malaysia yang beragama islam dan sebangsa dengan kamu.

Anonymous
Anonymous
24 May 2014 2:24 pm

….."blog ini beberapa hari lalu telah meramalkan bahawa usul hudud ini bakal ditangguhkah sekali lagi berikutan sikap Pas yang mulai terperangkap dengan permainan UMNO mengenainya"…… Kata-kata penulis ini seperti satu hasutan agar umat Islam daripada kedua-dua parti UMNO dan PAS saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Biarkanlah mereka duduk semeja bagi mencapai kata sepakat demi Islam…bukankah Islam itu satu agama yang memupuk perpaduan antara sesama manusia. Saya berharap penulis janganlah pula cuba menimbulkan kekeliruan kepada rakyat. Usaha kedua-dua parti UMNO dan PAS duduk semeja bagi perlaksanaan hudud ini adalah langkah yang sangat baik. Saya tak nafikan memanglah ada mereka… Read more »

Kalam Putih
Kalam Putih
13 May 2014 4:14 am

Ada ilmuan yg mengajarkan kpd umat Islam bahawa penangguhan pelaksanaan hukum hudud umpama menagguhkan kefarduan menunaikan haji jika terdapat halangan-halangan tertentu seperti perjalanan yg tidak selamat.

Kenapa memberikan perumpamaan spt menunaikan haji? Kenapa tidak memberikan perumpamaan seperti kefarduan menunaikan solat? – Yg wajib dilaksanakan walau dlm apa jua keadaan sekalipun.

Kenapa ilmuan Islam sedemikian kreatif dan bersungguh sekali mencari hujah utk mengajarkan kpd umat Islam hudud perlu ditangguhkan pelaksanaannya. Kenapa tidak berbuat perkara sebaliknya…. yakni mencari hujah utk mengajarkan kpd umat Islam tentang kewajipan melaksanakan hukum Allah yakni hudud oleh pemerintah ???

akulah69
akulah69
12 May 2014 2:08 pm

Saya berpandangan umno termasuk jerat PAS. Mungkin PAS mencari alasan utk menghentikan polemik hudud dan jk teknikal yg disarankan muyiddin adalah alasan yg munasabah. Di pihak PAS, mgkin jk itu sudah boleh ditubuhkan. Jika umno bg pihak kerajaan gagal mewujudkan jk teknikal, maka itu kegagalan umno n kjaan. PAS boleh guna alasan, bwa ke parlimen ttp umno x sokong tak jadi juga. Jd dgn jk teknikal itu, PAS harap hudud akan jd kenyataan, tp klu hudud tak jln disbbkan jk teknikal yg dijanjikan muhyidin x berlaku, maka umno layak dipersalah…

SpShops
SpShops
11 May 2014 6:10 pm

Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina…..

Anonymous
Anonymous
11 May 2014 3:41 pm

Walaupun kita merasakan UMNO tidak pernah ikhlas untuk menerima pelaksanaan hukum hudud, kita cuba berbaik sangka terlebih dahulu. Mungkin UMNO selama ini tidak begitu jelas dgn sistem perundangan hudud, sebab dasar mereka adalah sekular. Selepas jawatankuasa teknikal memperincikan butiran2 perundangan hudud, UMNO tiada lagi alasan untuk menolak, menangguh atau mempertikaikan mengenai hudud. Apa yg perlu dipersoalkan sekarang adalah:1. Bilakah jawatankuasa itu akan ditubuhkan?2. Siapakah yg akan menjadi ahli jawatankuasa itu dan dari sumber manakah yg akan dijadikan rujukan?3. Berapa lama tempoh diperlukan untuk jawatankuasa membuat penelitian?4. Akhirnya, adakah UMNO akan menerima keputusan jawatankuasa itu sekiranya ia tidak slari dgn prinsip… Read more »

kluangman
kluangman
11 May 2014 2:09 pm

Tahniah kepada PAS yg mengambil langkah bijak menangguhkan pembentangan hudud di parlimen Jun bagi memberi ruang dan peluang kpd jawatankuasa teknikal untuk memperhalusi pembentangan. Kejayaan PAS untuk menarik UMNO untuk duduk semeja sekurang-kurangnya bersetuju mengadakan beberapa pertemuan dan seterusnya penubuhan jawatankuasa teknikal membuktikan ruang kerjasama mampu di adakan walaupun samada dari dalam PAS atau dari dalam UMNO cuba menggagalkan jalinan yg baru mula bertunas ini. Cakap2 PAS tertipu oleh lakonan UMNO oleh segelintir manusia adalah cakap2 yg sudah dijangkakan, begitu juga jika ada yg menyatakan PAS hanya berlakon dlm pembentangan hudud adalah sekadar luahan kekecewaan mereka untuk melihat hudud yg… Read more »