Month: May 2014

Kempen BN Guna Bahasa Jawa Dan Banjar Dipersenda Pengundi Teluk Intan

Setelah hilang harapan untuk mendapat sokongan daripada pengundi Cina di Teluk Intan sehingga Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi segera melabelkan mereka sebagai golongan yang tidak bersyukur, sasaran BN kini lebih kepada pengundi Melayu untuk memastikan kemenangan calonnya, Mah Siew Keong pada pilihanraya 31 Mei depan ini. Pengundi Melayu bukan saja dikunjungi dari rumah ke […]

Belum Pun Menang, Calon BN Sudah Mahu Lari Dari Tanggungjawab!!

Calon BN bagi pilihanraya kecil Teluk Intan, Mah Siew Keong dilaporkan berkata, beliau tidak bertanggungjawab terhadap janji-janji yang dibuat oleh menteri sepanjang kempen pilihanraya ini berikutan ia dibuat tanpa kehadirannya. Katanya lagi, itu adalah janji-janji menteri berkenaan dan bukannya janji beliau. Mah yang juga Presiden Gerakan menegaskan, beliau hanya membuat janji yang dirasakan mampu ditunaikannya […]

Pemuda UMNO Bising Bila ‘Dicelakakan’ Tapi Bisu Ketika Umat Islam ‘Dibabikan’

Ketika umat Islam sekarang ini begitu terpukul dengan kelalaian syarikat coklat, Cadburry sehingga dua jenis keluarannya didapati mengandungi DNA babi, sambil memikirkan sudah berapa banyak najis itu telah memasuki tubuh badan dan menjadi darah kebanyakan umat Islam negara ini, terutamanya kanak-kanak, ramai yang tertanya-tanya kenapa Pemuda UMNO hanya berdiam diri saja? Tindakan Cadburry itu bukan […]

BN Dah Lupakan Pengundi Cina, Sasaran Lebih Kepada Melayu

Setelah hampir seminggu kempen pilihanraya kecil Teluk Intan berjalan, BN didapati masih kekurangan sokongan daripada pengundi Cina yang meliputi 42 peratus daripada 60,483 jumlah pengundi keseluruhan di kawasan itu. Pengundi Cina dikesan masih selesa bersama-sama dengan DAP yang sudah menguasai kawasan itu sejak dua kali pilihanraya lalu. Walaupun kali ini DAP meletakkan calon berbangsa Melayu […]

Bersalam Dengan Dyana Pun Suatu Kesalahan Rupanya…

Sementara penduduk dan pengundi di Teluk Intan berbangga dan meraikan kehadiran Dyana Sofya sebagai calon dalam pilihanraya kecil Teluk Intan yang bakal berlangsung pada 31 Mei ini, keadaan yang sama tidak berlaku kepada sebahagian kakitangan kerajaan yang bertugas di bandar ini. Kehadiran beliau sebagai calon muda yang menarik dan telah menjadi fenomena, rupa-rupanya ada petaka […]

Tindakan Tidak Bijaksana Pemuda UMNO ‘Membunuh’ Calon BN Di Teluk Intan

Ekoran tindakan ADUN DAP Seri Delima, R.S.N Rayer yang menggelarkan “UMNO celaka”, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan pada hari semalam telah mengadakan demonstrasi yang agak ganas di hadapan ibu pejabat DAP sebagai tanda bantahan. Kumpulan ini bukan saja membawa sepanduk yang mengecam DAP dan Rayer tetapi juga bertindak merosakkan papan tanda besar berlambangkan roket kepunyaan parti […]

UMNO Celaka, PAS Sesat, DAP Komunis – Apakah Bezanya?

Dua insiden bercirikan samseng berlaku semalam dan menjadi perhatian rakyat seluruh negara. Di Pulau Pinang, sekumpulan orang yang sebahagiannya melibatkan pemimpin Pemuda UMNO telah merempuh pagar dan pintu serta menceroboh Dewan Undangan Negeri Pinang sebagai tanda protes terhadap ucapan ADUN Seri Delima, R.S.N Rayer yang mengatakan UMNO celaka. Mereka ini cuba mencari Rayer yang kebetulan […]

Disebabkan Yammy Dan Dyana, UMNO Pinda Perlembagaannya?

Pilihanraya kecil Teluk Intan yang menyaksikan DAP mencalonkan Dyana Sofya, anak seorang bekas pemimpin serta masih ahli UMNO membuatkan parti itu bagaikan terkena renjatan letrik. Ramai pemimpinnya terkejut, melatah, cuba menunjuk pandai dan tidak kurang ada yang cuba berlagak “macho” seperti seorang lelaki budiman yang dahagakan perhatian. Ada pemimpin muda yang pantas cuba menyelar calon […]

Urusan Membantu Deepak Rupanya Dilakukan Di Pejabat Menteri, Tapi Kenapa Najib Masih Diam?

Nama usahawan karpet, Deepak Jaikishan yang sebelum ini meriah mendedahkan pelbagai perkara mengenai kecurangan, salah laku serta kemewahan Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor, tiba-tiba muncul dan diperkatakan semula dalam isu keengganan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek menandatangani sambungan khidmat Pengerusi Bank Rakyat, Sabbaruddin Chik. Hassan, menteri yang yang […]

Lebih Baik Shahrizat Tidak Turun Ke Teluk Intan

Keceluparan Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil menyerang calon muda DAP bagi pilihanraya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya dengan melabelkannya sebagai boneka yang diperalatkan oleh DAP, bukan saja mengundang serangan balas daripada parti itu tetapi cara kempen ala 70an itu juga membuatkan kelompok UMNO sendiri rasa tidak selesa dengannya. Sementara Lim Guan Eng menyifatkan kenyataan Shahrizat […]

Adakah Najib Sudah Jadi Tertutup Dan Berjiwa Kecil Sekarang Ini?

Dilaporkan hari ini bahawa Najib dan UMNO sudah menghantar notis saman kepada portal berita Malaysiakini ekoran penyiaran dua artikel yang mengumpulkan pandangan pembaca dalam isu krisis pertukaran Menteri Besar Terengganu, baru-baru ini. Dalam notis saman itu, Najib dan UMNO menuntut permohonan maaf tidak bersyarat daripada Malaysiakini dalam tempoh 48 jam, penarikan balik artikel berkenaan dan […]

Selepas Ahmad Said Dijinakkan, Lebih Mudah Najib Tukar MB Yang Lain

Drama politik di Terengganu yang pada awalnya dijangka akan menjadi sebuah telenovela panjang yang ada babak menangis, ketawa, merajuk, gembira, dendam dan sebagainya, akhirnya hanyalah menjadi sebuah cerita pendek yang paling tidak menarik. Ahmad Said yang pada mulanya dianggap bengkeng, gedebe dan ala-ala samseng, terkulai hanya tidak sampai 48 jam selepas mengisytiharkan keluar UMNO dan […]

Najib Mesti Jadi ‘Jantan’ Untuk Selesai Krisis Di Terengganu

Walaupun ADUN Bukit Besi, Roslee Daud sudah membuat pusingan U dengan kembali kepada UMNO, hanya setelah beberapa jam mengumumkan keluar daripada parti itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat Bebas, kedudukan kerajaan negeri masih lagi tidak stabil dan kekal terumbang-ambing. Dengan Ahmad Said dan Ghazali Taib sehingga ini kekal sebagai ADUN Bebas, komposisi dalam DUN […]

Terengganu Sah Tumbang, Ahmad Said Benar-Benar Jadi Robin Hood

Hanya kira-kira dua jam setelah Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu, bekas Menteri Besar, Ahmad Said mengumumkan keluar daripada UMNO dan mengisytiharkan dirinya ssbagai ADUN Bebas. Bersama beliau berbuat demikian ialah seorang lagi iaitu ADUN Ajil, Ghazali Taib yang difahamkan mempunyai pertalian keluarga dengannya. Pengumuman itu dibuatnya dengan menghantar kenyataan akhbar kepada sebuah […]

Penangguhan Hudud…Kejayaan Fasa Pertama UMNO Terhadap PAS

Pas akhirnya mengambil keputusan menangguhkan pembentangan usul persendirian mengenai hudud yang dijangka akan dilakukan pada sidang Parlimen Jun depan. Presiden Pas, Haji Hadi Awang dalam kenyataan yang diumumkan oleh timbalannya, Mohamad Sabu menjelaskan, penangguhan itu dibuat bagi memberi laluan kepada jawatankuasa teknikal yang telah dipersetujui penubuhannya untuk memberi saranan dan mengemukakan cadangan lanjut mengenainya. Terserah […]