Month: April 2014

Semakan Mahathir Mengenai Dairinya Mungkin Tak Bermakna Lagi

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam akhirnya tampil dengan penjelasan panjang lebar mengenai peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985 dan kaitan dengan kemunculannya dalam sebuah program di Kelantan minggu lalu yang membuatkan beliau mengatakan bahawa Mahathir Mohamad berada di dalam negara ketika peristiwa itu berlaku. Dalam kenyataannya dalam program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan […]

Belum Apa-Apa, Najib Dah Buat Spekulasi

Negara nampaknya dirundung malang lagi. Belum pun nampak kekeruhan hubungan Malaysia dengan China dapat dijernihkan berikutan insiden kehilangan pesawat MH370, kini berlaku lagi kejadian penculikan dua pelancong di Semporna, Sabah di mana salah seorang daripadanya adalah warga China. Seorang lagi mangsa ialah rakyat Filipina. Dua kejadian dalam tempoh berhampiran ini bukan saja akan menjejaskan nama […]

Kalau Tak Tahan Kritikan, Berhentilah Jadi Menteri…

Berikutan kritikan dalam banyak media terhadap kerajaan, yang sebahagian besarnya berpunca daripada kenyataan bercanggah, maklumat tidak tepat, kelewatan menyalurkan maklumat dan seumpamanya berkenaan operasi pencarian pesawat MH370, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein membayangkan akan mengambil tindakan saman terhadap perbuatan media yang didakwanya salah lapor itu. Menurut sepupu Najib Razak itu, kerajaan telah mengumpul bukti sejak […]

Maklumat MH370 Berbelit Lagi, Tapi Perlukah Kita Diam Saja?

Semakin lama misi pencarian pesawat MH370 berjalan, cara kerajaan menangani dan mengendalikan insiden ini semakin kalut dan mengelirukan. Bukan saja waris dan anggota keluarga yang jadi keliru dan marah, rakyat kita sendiri turut bingung dibuatnya. Dalam tragedi yang melibatkan 239 nyawa ini, apa dimahukan oleh semua pihak ialah kebenaran dan bersikap telus tentang apa yang […]