Mahathir Ingat-Ingat Lupa Rupanya…

Setelah mengambil masa hampir dua minggu, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad akhirnya mengaku bahawa beliau memang berada di dalam negara ketika terjadinya peristiwa Memali pada 19 November 1985, sekaligus mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam dalam sebuah diskusi politik di Kota Bharu pada 27 Mac lalu.

Dalam tulisan di blognya, Mahathir juga mengesahkan beliau hanya berlepas ke China pada 20 November iaitu sehari selepas tragedi tersebut.

Mahathir bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa dakwaan beliau berada di China itu bukan datang daripada pihaknya, bahkan dalam buku memoirnya juga tidak pernah menyebut perkara itu.

Sebelum ini ketika Musa Hitam membuat kenyataan di Kota Bharu itu, Mahathir meminta diberi masa untuk menyemak kebenaran apa yang dinyatakan oleh bekas timbalannya dengan alasan beliau tidak ingat mengenainya memandangkan ia sudah begitu lama berlaku.

Musa Hitam kemudiannya tampil dengan kenyataan akhbar yang panjang lebar untuk mengukuhkan lagi dakwaannya bahawa sememangnya Mahathir berada di dalam negara, sambil mengatakan beliau bersama pemangku Ketua Polis Negara ketika itu juga sempat memberi taklimat mengenai Memali kepada Perdana Menteri.

Musa juga menyebut bahawa beliau memujuk Mahathir agak membatalkan lawatannya ke China dengan tiga alasan iaitu kejadian Memali itu melibatkan Melayu dan Islam, berlakunya pula di negeri Kedah serta untuk menunjukkan keprihatinan dan ambil berat terhadap kejadian itu.

Bagaimanapun, menurut Musa lagi, Mahathir menolak pujukannya dan meneruskan juga lawatannya ke China itu.

Namun demikian, Mahathir mengatakan beliau tidak ingat bahawa Musa pernah memujuknya untuk tidak meneruskan lawatan itu.

Apa yang Mahathir ingat ialah Musa ada menghantarnya ke lapangan terbang bersama ramai yang lain untuk mengucapkan selamat jalan kepadanya. “Di ketika itu pun saya tidak ingat sama ada beliau ada menasihati saya supaya tidak pergi ke luar negara,” tambah Mahathir dalam tulisannya itu.

Di sebalik Mahathir tidak pernah ingat sama ada Musa pernah memujuk atau menasihatinya agar tidak pergi ke China itu, beliau nampaknya ingat pula kehadiran bekas timbalannya di lapangan terbang itu.

Mahathir juga dapat mengingati bahawa sebelum beliau ke China itu, beliau telah melantik Musa sebagai pemangku Perdana Menteri atas keyakinan bahawa timbalannya ketika itu dapat menangani keadaan. Bahkan Mahathir juga dapat mengingati sekembalinya beliau daripada China pada 28 November, tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku di dalam negara.

Mahathir juga masih ingat bahawa Musa mengakui beliaulah yang bertanggungjawab atas peristiwa Memali itu.

Di ketika Mahathir masih dapat mengingati beberapa rentetan daripada peristiwa Memali itu, satu-satunya yang beliau tidak ingat ialah sama ada beliau pernah dipujuk atau dinasihati oleh Musa agar tidak meneruskan lawatannya ke luar negara itu.

Dalam usianya yang yang sudah menjangkau 89 tahun, sifat ingat-ingat lupa Mahathir mungkin boleh difahami dan boleh juga diragui tetapi sekurang-kurangnya ingatan beliau lebih baik daripada beberapa orang yang lebih muda daripadanya, termasuk bekas Ketua Pengarang Utusan, Zainuddin Maidin yang awal-awal menempelak Musa Hitam dan mengesahkan bahawa Mahathir tiada di dalam negara ketika terjadinya peristiwa Memali itu.

Sifat ingat-ingat lupa ini juga barangkali bertepatan dengan ungkapan yang selalu disebutnya sebelum ini bahawa Melayu adalah bangsa yang mudah lupa.

Dengan pengakuan Mahathir ini, walaupun beliau masih meletakkan beban tanggungjawab kepada Musa Hitam sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu, sekurang-kurangnya sejarah baru mengenai Memali perlu ditulis semula setelah fakta sebenar mengenainya tersembunyi hampir 30 tahun lamanya.

Dengan pengesahan Mahathir sendiri beliau berada di dalam negara ketika itu, persoalannya ialah apakah peranan beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu? Apakah waktu itu Perdana Menteri hanya berdiam diri?

Walaupun setelah hampir 30 tahun berlalu, dengan perkembangan terbaru ini barangkali ada keperluan juga untuk ditubuhkan Siasatan Diraja untuk menyemak semula fakta Memali dan menarik semula kertas putih yang telah dibentangkan sebelum ini.

Melalui pengakuan Mahathir ini, setidak-tidaknya nama Musa Hitam sedikit dibersihkan daripada persepsi dan tanggapan para penyokong Pas yang sebelum ini bulat-bulat menuduhnya bertanggungjawab atas peristiwa yang mengorbankan 16 orang yang diketuai oleh Allahyarham Ibrahim Libya serta 4 anggota polis. Pengakuan Mahathir ini juga tentunya melegakan Musa Hitam kerana ternyata beliau bercakap benar dan tidak berbohong.

Tetapi keseluruhan kejadian belum dijernihkan lagi. Segala-galanya kini terpulang kepada Najib dan kerajaan untuk mengambil tindakan seterusnya. (SH 11/04/2014)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:30 pm
Subscribe
Notify of
guest

34 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Alias Abd Aziz
Alias Abd Aziz
13 April 2014 3:53 am

Mari Beri Pendapat

Dijemput saudara/saudari meluangkan masa untuk memberikan pendapat pada link berikut.

https://docs.google.com/forms/d/12BTtyPup0d61QBXQZqDgas9gKOSPMOpTfyQfbWASQHQ/viewform

Terima kasih

Anonymous
Anonymous
12 April 2014 2:08 pm

Hidup Jak Jat!. Malaysia dah tak import daging lembu lagi kerana lembu lembu Kak Jat yg diternak dalam kondo gemuk gemuk semuanya. Kaedah Kak Jat ternak lembu cukup canggih, orang Kluang pun semuanya makan daging lembu Kak Jat termasuklah Kluangman. Tanpa Kak Jat..tak sekor lembu pun ada kat Malaysia. Tahniah Kak Jat kerana bijak memelihara lembu baik dalam kondo mau pun dalam kandang UMNO.

kluangman
kluangman
12 April 2014 1:20 pm

Anwar sedang fokus kepada reformasi keadilan 1hb Mei dan aku percaya Anwar akan berjaya mengumpul seramai mungkin penyokong berdasarkan fakta: ramai lembu tidak bersekolah di sini akan diseret ke jalanan.

Hidup lembu !!!!

Anonymous
Anonymous
12 April 2014 8:33 pm
Reply to  kluangman

Kluangman lompat lompat lompat….nak gula gula hacks….mulut busuk sangat tu…..maklumlaaa beruk….lalalalalal…….lembu umno yg bela…cuba tanya kak jat…..

Anonymous
Anonymous
13 April 2014 12:37 am
Reply to  kluangman

Hahaha…meroyan nampak sahabat lama aku ni dari zaman blog jeff ooi dengan Anwar gara-gara demo GST pada 1mei depan. Siap mengaku ghamai rakyat akan turun. Bro…penuh mulut dok sebut demokrasi, sikap pun kena demokrasi jugak le. Geng-geng orang melayu miskin yang dok sokong UMNO dah pun mengadakan demo minta cukai GST dilaksanakan kepada mereka. Kalau depa boleh, depa yang bantah GST pun patut diberi peluang juga le. Kalau geng yang bantah GST tak boleh, geng yang sokong GST pun tak boleh le…. Apa nak takut jika ghamai yang keluar pada 1 mei nanti. Itu menunjukkan bahawa ghamai rakyat yang menentang… Read more »

kluangman
kluangman
13 April 2014 5:22 am
Reply to  kluangman

Tujuan umno ke sabah untuk memyelamatkan Islam. Tanpa umno pasti sudah ramai lagi yg masuk kristian krana kegiatan mubaligh mereka yg agresif, aktid dan ditaja.

Menuduh biarlah ada pengkajian, jangan tengok semua dari sudut politik shj.

kluangman
kluangman
13 April 2014 5:25 am
Reply to  kluangman

Kemasukan umno ke sabah juga semasa umno masih kuat dan pada masa itu umno tidak menghadapi kegilaan individu yg gila pangjat dan kuasa spt sekarang.

Umno semakin kuat selepas ini, insyAllah.

bat8
bat8
13 April 2014 8:04 am
Reply to  kluangman

Tak payah nak kel3ntonglah yang UMNO masuk ke Sabah semasa kuat. Kalau kuat mengapa sampai sanggup tukar status parti dari sebuah parti MELAYU ISLAM kepada PARTI BUMIPUTRA untuk menarik sokongan bumiputra bukan melayu bukan Islam kat Sabah yang berugama KRISTIAN masuk dan tolong perkuatkan UMNO. Kalau UMNO tu kuat macam sdra cuba kelentong, buat apa lari dari medan politik asal di semenanjung, pi cari bantuan orang yang tak ada kena mengena dengan UMNO di tempat asing beribu-ribu batu dari kampong halaman di sem3nanjung ni! Sdra kita ni bukan budak-budak lepas SPM. Dah masuk peringkat dewasa sakan. Buruk perangai dan sikap… Read more »

Anonymous
Anonymous
13 April 2014 8:42 am
Reply to  kluangman

Kluangman meroyan lagi…….hoi mangkuk ayun….gi baca sejarah apa yg berlaku bila umno masuk sabah!!!!!!!!…….ops!!!!! Lupo….kluangman lupo laaaa macam mahadir…hahahaha….kluangman mana pernah baca report ke, sejarah ke, dokumen ke, berita ke….sebab dia beruk…..hahahahahahah…..tulis ikut jubo……otak letak kat jubo….jadi taik ler yang dia tulis…..respect satu same lu….lu bole tulis…beruk yg pandai menulis…hahahahah….wey kluangman…..tulis lagi taik ko tu……hahahaha

1Crony
1Crony
12 April 2014 10:29 am

Di dunia ini Mamak Kutty memang mudah lupa…… Insyaallah, apabila masuk ke liang lahad nanti pastinya beliau akan ingat kembali segala dosa-dosa yang selalu menghantui beliau di dunia ini. Pastinya Malaikat Munkar dan Nangkir As tak akan mudah lupa……

wajahsyurga
wajahsyurga
12 April 2014 3:25 am

Adakah begini muka orang syurga? Anak Mursyidul PAS ke dia ni?

Anonymous
Anonymous
11 April 2014 10:15 pm

Yang patut dihumban ke jel selama-lamanya adalah Hadi Awang, pembawa fatwa sesat yang mengkafirkan orang UMNO pada masa tu, tapi sekarang menjilat beruk tua yang hidup penuh pembohongan yang bernama Anwar Ibrahim…manusia yang dihilangkan rahmatnya hinggakan tengok muka pun nampak sangat macam ahli neraka!

Anonymous
Anonymous
11 April 2014 6:02 pm

Aku yakin kluangman tu spesis sama dgn madet kerala. Dia klingman berdarah mandeliar, satu kapal dengan maidin yg KO dgn Johari Abdul di SP. Sebab tu PERKASA yg dibawah naungan madet kutty agak ramai disertai spesis ini.

Anonymous
Anonymous
11 April 2014 2:58 pm

Kluangman dah tak guna otak untuk berbahas ye…ye…

Anonymous
Anonymous
11 April 2014 12:00 pm

Haramjadah punya kluangman. Klu penjenayah buat pe sultan melawat.

Ko mangkok ke tolol

Anonymous
Anonymous
11 April 2014 11:55 am

Hello Kluangman, Hari ini si A kalah kes di mahkamah, setahun dua kemudian si B menang kes bukan satu bukti yang menggambarkan mahkamah itu adil. Jangan jadi bodoh. Masalahnya di sini ialah keputusan hakim yang tidak berdasarkan fakta hujahan selain perjalanan kes yg mencurigakan. Dgn kata lain pendakwaan terpilih. Boleh hang buktikan jenayah apa Ibrahim Libya telah lakukan?. Dia ada bunuh mak bapak hang ke?. Sirul yg telah mengaku bunuh boleh mahkamah lepaskan, kenapa Ibrahim Libya hang tidak dibuktikan dosa besarnya boleh dibunuh. Esok atau lusa kalau Sirul tembak bpk hang dan letupkan tubuh bpk hang, dia dibicarakan dan mengaku… Read more »

kluangman
kluangman
11 April 2014 11:23 am

Perlu ingat sangat ke untuk PM dan Menteri KDN untuk ingat setiap tarikh dan masa setiap penjenayah dan pengganas dibunuh dan ditumpaskan.

Ibrahim Libya dan kumpulannya tidak lebih dari pengganas atau penjenayah yg menolak kedamaian dan mesyuarah mengikut tuntutan Islam dengan enggan menyerah diri untuk dibawa kemuka pengadilan.

Puak haram kemudiannya pula akan menuduh pengadilan akan mengikut telunjuk kerajaan.

Puak haram hanya iktiraf mahkamah kalau menang, itu mentaliti yahudi.

Anonymous
Anonymous
11 April 2014 12:23 pm
Reply to  kluangman

Hahahaha…….kluangman dah lompat…..lompat….lompat….eh eh….ade rantai pulak…..hahahah…….nak menegakan benang yg basah…..hahahaha

Anonymous
Anonymous
11 April 2014 1:11 pm
Reply to  kluangman

Mangkuk hayun kluangman….bodohnye..peristiwa yang membabitkan nyawa…peristiwa hitam utk negara…bukan peristiwa mlm pertama ko gan bini ko..tu ko jer yg tau…mesti ingat nye.. Kau tau ke pm tu ape? Perdana menteri..nama pon dah perdana menteri. Kalau sorang2 buat kerja mungkin lupa laaa. Ini ade satu jabatan iaitu pejabat perdana menteri dalam tu ade berbagai setiausaha, pengarah, pegawai, kerani untuk pm. Semua minit meyuarat, surat rasmi dan bermcm lg disimpan untuk direkod dan disimpan. Ade lagi jabatan perdana menteri, ade pulak kementerian dlm negeri, pdrm yng merekod semua minit dan keputusan mesyuarat yg direkod dan disimpan. Untuk ape semua ini? Untuk kite… Read more »

SpShops
SpShops
11 April 2014 9:29 am

Drama pencak silat dan tendang terajang antara dua Tun ini terkait tragedi Memali adalah satu ilustrasi bahawa kerajaan UMNO regu 2M telah melakukan kesilapan besar yang meragut 14 nyawa tidak berdosa, mencederakan ramai selain menyebabkan penderitaan dan siksa perasaan keluarga mereka yang terlibat. Tolak menolak dan saling menyalahi antara 2 Tun ini menjelaskan bahawa mereka sedar tragedi Memali itu tidak wajar berlaku. Saya lebih menyakini kata kata Tun Musa berbanding Mahathir kerana banyak perkara yang lepas yang memperlihatkan sisi buruk Tun Mahathir, bila ditanya wartawan, beliau sering menjawab " saya lupa…dah tak ingat…lama dah ". Tapi kalau yang disoal itu… Read more »

kluangman
kluangman
11 April 2014 9:09 am

Apabila kebenaran dinyatakan …anjing suruhan akan menyalak tanpa fakta…

Anonymous
Anonymous
11 April 2014 10:16 am
Reply to  kluangman

Kluangman masa abah ko berayok boleh ingat tak?
pakai akal la..
bunuh org boleh lupa ke
Kencing punya kaki

Anonymous
Anonymous
11 April 2014 12:18 pm
Reply to  kluangman

Kluangman merepek…….hahahaha….hang yg jadi anjing suruhan….beli rantai sendiri lilit kat leher hang…..tu jer layak utk hang…….hahahah

Anonymous
Anonymous
12 April 2014 3:37 am
Reply to  kluangman

Haaa….Haaaa…mengata orang kamu yang lebih. Tidak sedar kah…. kamulah anjing suruhan Mahathir.

…..apabila kebenaran dinyatakan,,,,anjing suruhan Mahathir akan menyalak tanpa fakta,,,,

ayor tawor.
ayor tawor.
11 April 2014 4:32 am

rakyat kena berak , mangsa memali teraniya , RCI kena kencing ..budaya pemimpin umnu sanggup tipu demi kuasa ..apa lagi rakyat mau ???? masih sayang umnu ???

kluangman
kluangman
11 April 2014 4:24 am

Sebelum sebelum ini saya kira pemilik blogger ni agak hebat dan boleh difikirkan layak sebagai bernas. Tetapi tulisan di atas meosakkan segalanya. Insiden memali tidak perlu ditulis semula walau sepatah ayat kerana ia kekal atas apa yg telah terjadi. Sudah pun ujud versi umno dan pas sebelum ini dan tidaklah perlu lagi ditambah oleh versi baru yg datang dari hati yg busuk, umpama mahu menegak benang yg basah, umpama tikus membaiki labu. Yang timbul hanyalah dakwaan musa, mahathir ada dalam negara pada masa kejadian dan ini disahkan betul oleh mahathir – apa lain yg nak remeh temeh !!! Ingatkah anda… Read more »

Anonymous
Anonymous
11 April 2014 6:20 am
Reply to  kluangman

hahahahaha……tong sampah dah berkata-kata. Mencari kebenaran kluangman. Cuba kena batang hidung sendiri. Lebih daripada beruk hang jadi. Jangan cakap jer pandai.

Anonymous
Anonymous
11 April 2014 7:55 am
Reply to  kluangman

Sebelum Ne nafi bukan main keluangman, mcm berok mak yee

Anonymous
Anonymous
11 April 2014 8:46 am
Reply to  kluangman

hahahahahaha…kluangman…..lompat…lompat…..lompat!!!

Anonymous
Anonymous
11 April 2014 10:27 am
Reply to  kluangman

Kluangman,, wah ingat nabi.. Bagusss….

Bila madey kutuk janggut nabi amacam!!!!
putar la….. Putar la…
haprak

Anonymous
Anonymous
11 April 2014 4:09 am

woi anak haram punya umporno hangpa yang buat siel tak mau mengaku buat2 lupa pulak tapi betoi jugak kata mamak pudekang melayu mudah lupa!!!!

tebing tinggi
tebing tinggi
11 April 2014 1:52 pm
Reply to  Anonymous

Setiap angota kabinet yang dilantik mempunyi tugas dan tangongjawab masing yang dipertangongjawabkan , sepatutnya tidak timbul dimana PM ketika itu berada .
Orang yang lemah keperibadian sahaja akan mengatakan itu dan ini sedangkan tugas dan tangongjawab telah diamanahkan kapadanya.

Sebab itulah Musa tak jadi PM.

Anonymous
Anonymous
11 April 2014 1:47 am

Kluangman nak komen tu…..jeng jeng jeng….hahahaha

Anonymous
Anonymous
11 April 2014 1:36 am

Nik Ajis jak yg koat ingatannya…. ha..ha..ha….

Yang buat onar si hadi boroi, org lain pulak jadi mangsa? Apa punya blogger nih, bias betul!