Belum Apa-Apa, Najib Dah Buat Spekulasi

Negara nampaknya dirundung malang lagi. Belum pun nampak kekeruhan hubungan Malaysia dengan China dapat dijernihkan berikutan insiden kehilangan pesawat MH370, kini berlaku lagi kejadian penculikan dua pelancong di Semporna, Sabah di mana salah seorang daripadanya adalah warga China. Seorang lagi mangsa ialah rakyat Filipina.

Dua kejadian dalam tempoh berhampiran ini bukan saja akan menjejaskan nama baik negara serta hubungan dengan China, bahkan pastinya juga akan menjejaskan kedatangan pelancong daripada negara tersebut ke negara kita.

Memang diketahui Malaysia adalah antara negara yang paling digemari oleh pelancong China. Jika dalam insiden MH370, 158 daripada 239 penumpangnya adalah warga China, ketika kejadian penculikan di sebuah resort di Semporna itu pula, daripada 61 pelancong yang sedang menginap, 59 daripadanya adalah warga China.

Maka, dengan kemarahan yang belum reda daripada waris penumpang MH370 yang tidak puas hati berkaitan ketelusan maklumat mengenai kehilangan pesawat yang sudah menjangkau hari ke 25 ini, berlakunya kejadian penculikan ini pastinya menambahkan lagi beban sengsara yang ditanggung oleh kerajaan.

Ia ibarat kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga.

Tetapi kejadian penculikan bukannya perkara baru Semporna ini. Sudah beberapa kali ianya terjadi. Tidak lama sebelum ini, seorang pelancong Taiwan juga diculik setelah suaminya ditembak mati. Pelancong terbabit hanya dilepaskan beberapa hari kemudian selepas wang tebusan yang diminta diberikan.

Polis Sabah sendiri tidak menolak kejadian terbaru itu turut bermotifkan wang tebusan. Pesuruhjaya polis Sabah, Hamza Taib percaya, penculikan ini dilakukan oleh kumpulan yang berpusat di selatan Filipina dan dilakukan semata-mata untuk mendapatkan wang.

Selain kejadian ini bermotifkan wang tebusan, ianya juga memperlihatkan kawalan keselamatan yang boleh dipertikaikan keberkesanannya. Meskipun negeri Sabah di kelelilingi lautan dan banyak pulau-pulau, pihak berkuasa seharusnya sentiasa berawas dan berhati-hati dalam soal keselamatan, terutamanya yang berkaitan pelancong.

Kerapnya kejadian penculikan ini, di tambah pula dengan insiden pencerobohan Lahad Datu sebelum ini, ia tidak lain memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena dalam soal kawalan keselamatan di negeri Sabah dan memerlukan perhatian yang lebih serius dari pihak berwajib.

Bagaimanapun, sebagaimana insiden lain seperti kehilangan pesawat MH370 dan sebagainya, kita tidak harus membuat sebarang spekulasi atau andaian awal mengenai motif dah siapa yang terlibat, kecuali setelah benar-benar pasti dan mempunyai bukti kukuh mengenainya.

Tetapi dalam insiden penculikan ini, Perdana Menteri, Najib Razak awal-awal lagi sudah membuat spekulasi dan andaian awal mengenainya. Menulis di twitternya, beliau tidak menolak kejadian ini didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mengeruhkan lagi hubungan Malaysia dengan China.

Kerajaan tidak tolak kemungkinan kes penculikan di Semporna perbuatan pihak tertentu untuk keruhkan hubungan Malaysia – China, demikian tulisan itu dipetik.

Hanya bersandarkan andaian dan kebetulan kemarahan ramai warga China berikutan insiden kehilangan pesawat MH370, Najib seolah-olah terus membuat kesimpulan ianya didalangi oleh mereka yang mahu mengeruhkan hubungan Malaysia dengan China.

Siapakah pihak yang dimaksudkan Najib itu? Adakah beliau pasti mengenainya? Apakah pula bukti yang menyokong dakwaan itu? Tidakkah ini bertentangan dengan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah yang mengaitkannya dengan penculikan bermotifkan wang?

Persoalan yang lebih penting ialah wajarkah seorang Perdana Menteri membuat spekulasi sedemikian rupa seolah-olah semua perkara dikaitkan dengan unsur politik? Jika dalam insiden MH370, rakyat diingatkan agar jangan membuat sebarang spekulasi dab mendengar maklumat sahih daripada kerajaan, kenapakah dalam kejadian penculikan ini, Najib sendiri memilih menjadi spekulator nombor wahid mengenainya?

Janganlah kerana pesawat hilang, kewarasan dan wibawa seorang Perdana Menteri juga turut hilang sama!! (SH 03/04/2014)

Updated: 26 March 2019 — 1:30 pm

10 Comments

Add a Comment
  1. Enscom fail. Gagal. Nmpk sgt perairan negara mudah dicerobohi. Sbb apa? Sbb trlalu ambil mudah. Seperti mh370, jet tudm tak pintas sbb x ancam keselamatan negara, diarah patah balik kononnya, jd x bhya.. Bila dh jd mcm 911 br nak sedar agaknyer. Acu kita pikir klu jet tudm, pintas peswat awam x dikenali tu, pd mlm kejadian mh370 atas faktor keselamatan, mgkin dh boleh jejak kt mana kpl terbang tu agaknya.

  2. Mereka ni berpolitik utk kepentingan diri sendiri. Biasalaah ni…..kalau dah pendatang tanpa izin, lanun, penganas melambak masuk dalam Malaysia. Takde permit pon boleh kerja..( cuma permit dia $$$$) sampai Putrajaya diaorang kerja. Ape nak takut !!!(permit $$$$). Yang susah rakyat jugak….buat permit org gaji mahal RM12k….kerja 1 bulan lari….senang apa….kerja kat luar gaji lebih sikit…kena tahan (cuma tunjuk $$$$ jalan daaaa). Penghujungnya orang tempatan hidup susah, makan susah, keselamatan takde dan pendatang tanpa izin jadi Raja dalam Malaysia ni……(tu pon dah nampak bunga-bunga nak jadi).

  3. Nampaknya PM kita dh overdose kangkung.

  4. Najib telah melakukan sesuatu yg betul

    1. Betul le sokongan sdra tu…..ini satu lagi kerja sabotaj Anwar Ibrahim kan?…..hebat betul Anwar Ibrahim ni kan?

    2. Cuma yang makan cili terada pedas.. pedas boleh dihilangkan dengan banyak makan kangkung – khasiat kangkung.

      kalau anda dubur panas? – Jangan pandang belakang.

    3. Nak buat macamana kalau dah puak UMNO ….yang semua tahu kaki lucah. Semua benda dilihat dari kacamata dubur je. MH 370 pun depa tengok dari sudut sama tu pasai xjumpa-jumpa. Stendet SOP cai-cai

  5. Betul juga, klip video Onrderful Malaysia telah memperkatakan hal ini

  6. Tukarkan smua anggota polis yg da lama bertugas dibandar2 pesisiran pantai sabah…mrka da dikenali ole musuh2 tetapi polis x kenal mrka itu..

Leave a Reply

Your email address will not be published.