Month: April 2014

Beranikah Najib Terus Bertelagah Dengan Mahathir Mengenai Hudud?

Pendirian UMNO yang berpendirian positif terhadap rancangan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu melalui usul persendirian yang dijangka dibentangkan tidak lama lagi, akhirnya menyebabkan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menjadi semakin lantang mengkritik kerajaan pimpinan Najib Razak. Dalam kritikan terbarunya, beliau berkata, usul hudud ini dihidupkan semula oleh Pas adalah kerana kerajaan […]

Feri Karam, PM Korea Letak Jawatan Tapi MH370 Hilang, PM Malaysia Sibuk ‘Berselfie’

Ada dua kejadian malang sedang menimpa dunia ketika ini. Satu, mengenai kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia membawa 239 penumpang yang masih misteri sehingga kini sejak 8 Mac lalu manakala yang kedua ialah tragedi feri karam di Korea Selatan pada 16 April lalu yang dipercayai mengorbankan hampir 300 nyawa. Dalam kejadian feri karam itu, sehingga ini […]

Kedatangan Obama Turut Melonjakkan Nama KJ

Kedatangan Presiden Amerika, Barack Obama untuk lawatan selama tiga hari ke negara ini bukan saja menyebabkan Perdana Menteri, Najib Razak diselubungi kegembiraan kerana seolah-olah mendapat pengiktirafan daripada negara “super power” itu, tetapi juga menyebabkan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan turut menerima lonjakan daripadanya. Jika Najib berbunga-bunga hatinya kerana kunjungan Obama ini dibuat selepas hampir […]

Biarkanlah Najib Penjarakan Anwar…

Menjelang rayuannya didengar di Mahkamah Persekutuan yang dijangka dalam tempoh terdekat ini, Anwar Ibrahim membayangkan bahawa beliau mungkin akan dipenjara sekali lagi kes liwat yang dihadapinya. Walaupun mengemukakan 35 hujah untuk menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelumnya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepadanya, beliau tetap merasakan peluangnya untuk bebas adalah tipis. Selain memberi alasan bahawa […]

Mujurlah Ada Mahathir, Jika Tidak, Pastilah Sebatang Jalan Di Putrajaya Dinamakan “Lebuh Obama”

Semalam bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menulis di blognya mengenai peranan pembodek dan penasihat kepada seseorang yang berkuasa sehingga menyebabkan kemarahan rakyat dan seterusnya boleh mengakibatkan seseorang pemimpin itu tersingkir daripada takhta kuasa. Walaupun beliau menulis secara umum dan tidak menyebut nama mana-mana pemimpin, tetapi jelas difahami bahawa tulisannya itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Najib […]

Daim Sebenarnya Hanya Anti Najib…

Di sebalik serangan PKR terhadap kekayaan serta pemilikan bank di beberapa negara luar, bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin tidak melihat semua itu sebagai halangan untuknya terus menegur kepimpinan kerajaan dan pengurusan ekonomi negara yang disifatkannya lemah dan tidak betul. Sambil meminta mereka yang menuduhnya mempunyai kekayaan dan terlibat dengan rasuah itu mengemukakan bukti serta menyifatkan […]

Kenapa Begitu Cepat Sijil Kematian Penumpang MH370 Mahu Dikeluarkan?

Meskipun belum ada sebarang bukti serpihan pesawat MH370 dan cebisan mayat penumpangnya ditemui sehingga ini, kerajaan dilaporkan sudah mahu mengeluarkan sijil kematian iaitu pengesahan rasmi bahawa kesemua mereka ditakrifkan sudah meninggal dunia. Timbalan Menteri Luar Negeri, Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata bahawa kerajaan memutuskan untuk mengumumkan status penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu […]

Pejabat Agama Jangan Hanya Tonton Saja Perlakuan Raja Bomoh

Selepas kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung beberapa hari lalu, individu yang mendakwa dirinya Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zain semalam muncul di kawasan berlakunya kemalangan itu untuk melakukan ritual yang didakwanya untuk menghalau makhluk jahat yang di kawasan itu. Dalam ritualnya sambil membawa bunga malai yang digantungkan di salah […]

Najib Perlu Segera Jauhi Species Seperti Zulkifli Noordin

Bekas Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin rupanya bukanlah seorang yang mahu mengakui kesilapan serta mudah mengungkapkan kata-kata maaf atas keterlanjuran perbuataannya. Setelah tindakannya menulis di twitter sesuatu yang tidak wajar mengenai kematian Karpal Singh dan ditegur oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, beliau nampaknya bukan saja tidak mahu mengalah, malah seolah-olah beliau tidak pernah melakukan […]

Kematian Karpal Singh Perlu Disimpati, Bukan Dikeji

Berita mengenai kematian Karpal Singh, seorang pemimpin veteran DAP dan juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang yang terlibat dalam kemalangan jalanraya awal pagi tadi, tentunya mengejut dan memeranjatkan banyak pihak. Malah ada yang memeriksa daripada beberapa sumber lain untuk memastikan kesahihannya, sebelum benar-benar mempercayai kematiannya. Walaupun beliau seorang pemimpin pembangkang dan DAP, perjuangannya dalam […]

Respon Berita Tidak Tepat, Mana Pegawai, Penasihat Dan Con-Setan Najib?

Untuk menunjukkan kerajaan pimpinannya sentiasa bertanggungjawab dalam misi pencarian pesawat MH370 yang masih hilang dan beliau pula tidaklah seteruk yang disangka, Perdana Menteri, Najib Razak segera menyelar Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang didakwa mengeluarkan kenyataan mampu menyelesaikan kemelut itu hanya dalam satu saat. Kata Najib, kenyataan Anwar yang disiarkan dalam majalah Southern Weekly itu langsung […]

Daripada Menteri Amaran Menjadi Menteri Penafian

Ramai yang memuji keupayaan Hishammuddin Hussein dalam mengendalikan sidang akhbar, menjawab soalan dan memberi penjelasan, terutamanya daripada asakan soalan media asing sepanjang tugasnya sebagai pemangku Menteri Pengangkutan berkaitan kehilangan pesawat MH370. Caranya menjawab soalan-soalan wartawan dikatakan cukup meyakinkan, tenang dan menunjukkan beliau memang membuat persiapan yang sewajarnya sebelum setiap kali sidang akhbar itu diadakan. Kemampuannya […]

Bermewah Macam Rosmah, Siapa Sabotaj Muhyiddin?

Berikutan pendedahan mengenai lawatan mewah Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ke Dubai yang lebih dipenuhi dengan acara main golf dan menikmati jamuan mewah berbanding menghadiri program rasmi berkaitan pendidikan bermula 8 hingga 12 April lalu, Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa memberi amaran tidak akan berkompromi terhadap penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan. Beliau berkata, tindakan […]

Akhirnya Media Kerajaan Sendiri Tolak Kesimpulan PM

Setelah masuk hari ke 35 pencarian pesawat MH370 yang masih hilang, nampaknya makin banyak karut-marut dan perkara yang mengelirukan orangramai berlaku dalam operasi itu. Selain banyak isyarat ping yang kononnya dikesan tetapi akhirnya hilang begitu saja, beberapa objek yang dulunya dikesan begitu banyak di Lautan Hindi dan dipercayai daripada pesawat yang hilang itu, semuanya kini […]

Eloklah Disiarkan Secara Langsung Majlis Tampar-Menampar Antara Dua Pemimpin Ini

Cabaran Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi agar bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee menamparnya sendiri serta diberi habuan wang tunai ssbanyak RM501 dan tidak perlu bersusah payah mencari orang lain untuk melakukannya, akhirnya disambut dengan tangan terbuka oleh pemimpin dari Sabah itu. Untuk menjadikan acara menampar itu menjadi realiti, beliau mempelawa Zahid agar […]

Budaya UMNO Sudah Meresap Dalam PKR?

Pemilihan pucuk pimpinan PKR akan berlangsung daripada 25 April hingga 11 Mei depan. Semua jawatan utama, daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ketua sayap dan lain-lainnya, nampaknya bakal menyaksikan persaingan yang sengit kali ini. Walaupun Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah, kedua-duanya yang merupakan pasangan suami isteri, masing-masing telah mengemukakan pencalonan untuk bertanding jawatan […]

Untuk Makluman Shahidan Kassim, Tindakan Musa Hitam Bukan Membuka Aib Namanya

Dalam usaha mempertahankan Mahathir Mohamad dan mengelakkannya daripada dijadikan bahan kecaman berikutan pendedahan Musa Hitam bahawa bekas Perdana Menteri itu sebenarnya berada di dalam negara ketika berlakunya tragedi Memali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim mengingatkan bahawa Islam melarang umatnya membuka aib orang lain. Katanya, Islam menggalakkan umatnya supaya menutup aib orang lain dan […]

Ketirisan Masih Jadi Budaya Kerajaan

Membaca laporan audit bagi tahun 2013 yang dibentangkan hari ini, suatu kesimpulan yang nyata ialah maslah ketirisan, tidak amanah, sambil lewa, cuai dan mengutamakan kroni masih menjadi budaya di dalam kerajaan pimpinan BN yang hanya memperolehi sokongan undi popular sebanyak 47 peratus dalam pilihanraya umum lalu. Masih kedengaran lagi berita-berita menyedihkan seperti projek gagal disiapkan […]

Ibrahim Ali Kata UMNO Dan Pas Sama-Sama ‘Biol’, Pulak Dah…

Tanpa angin dan tanpa ribut, tiba-tiba saja Presiden Perkasa, Ibrahim Ali meluahkan kemarahannya kepada UMNO dan Pas yang disifatkannya gagal dalam memperjuangkan nasib Melayu dan Bumiputera, sebaliknya asyik bertelagah sesama sendiri sehingga matlamat perjuangan itu menjadi terabai. “Pemimpin kita banyak yang ‘biol’, patut dihantar ke Tanjung Rambutan. Apa yang bergaduh pun saya tak faham. Kereta […]