Month: March 2014

Marah Benar Zahid Hamidi Dengan Imigresen….

Insiden kehilangan pesawat MH370 yang masih menjadi misteri sehingga kini, akhirnya turut mendedahkan beberapa kelemahan lain dalam kerajaan. Dari proses mencari dan menyelamat yang dianggap perlahan sehingga kerajaan China yang mana seramai 138 rakyatnya turut berada dalam pesawat itu telah menghantar satu pasukan daripada pelbagai kementerian ke negara ini untuk menggesa misi menyelamat dipercepatkan, sistem […]

Bermula Di Kajang, Mesej Kepada Najib Harus Lebih Berani

Sementara kita masih bersedih dengan tragedi kehilangan pesawat MAS MH370 yang belum ditemui lagi serta bersimpati dengan waris mangsa yang mungkin kehilangan orang-orang tersayang, gelora politik dalam negara selepas Anwar Ibrahim dihalang daripada bertanding di Kajang jelas makin hangat dan membara. Di mana-mana kedengaran rasa tidak puas hati dan simpati terhadap nasib yang ditimpakan kepada […]

Akhirnya Anwar Dihalang Daripada Menjadi MB Selangor

Sebagaimana yang diduga oleh kebanyakan orang, Mahkamah Rayuan akhirnya menerima rayuan pihak pendakwa dan mendapati Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan. Beliau dikemudiannya dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun dan mahkamah juga menerima rayuan peguambela Anwar untuk menangguhkan sementara hukuman sehingga proses seterusnya dibawa ke Mahkamah Persekutuan pula. Selain […]

Pertanyaan Untuk KDN, Berapa Banyak Huru-Hara dan Murtad Kerana Ultraman?

Tindakan Kementerian Dalam Negeri semalam mengharamkan buku Ultraman The Ultra Power atas alasan buku tersebut mengandungi unsur-unsur yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam telah dijadikan bahan jenaka di media sosial dengan rata-ratanya menyindir dan mengeluarkan pelbagai tafsiran di sebalik tindakan kerajaan itu. Oleh kerana KDN tidak menyebut secara jelas sebab-sebab pengharaman itu, maka semua orang membuat […]

Gossip Ku Nan Dengan Erra Fazira, Jangan Lepas Ni Betul Pulak!!

Dengan tidak semena-mena tiba-tiba muncul gossip mengenai hubungan yang dikatakan sudah terjalin antara Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor dengan aktress yang belum habis edahnya, Erra Fazira. Sampai ke tahap mana hubungan mereka atau ia betul-betul hanya khabar angin tidaklah diketahui, tetapi kedua-duanya pantas menafikan adanya hubungan itu. Tengku Adnan yang lebih mesra dengan […]

Mahathir Dah Mula ‘Geli’ Dengan Najib

Dalam kritikan terbarunya terhadap pentadbiran Najib Razak, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mempersoalkan pula pemberian tunai BR1M yang dilakukan sejak tiga tahun lalu, sambil mengingatkan pemimpin BN supaya tidak terus berada dalam khayalan bahawa kaedah itu boleh memberikan sokongan yang lebih kepada kerajaan. Katanya, kerajaan pernah mendapat sokongan yang baik daripada rakyat walaupun tanpa BR1M, […]

Politik Air Di Selangor, Siapa Bakal Kuyup?

Sejak Menteri Besar Selangor menandatangani memorandum persefahaman atau MOU secara tergesa-gesa dengan kerajaan Pusat yang menyaksikan pertelingkahan yang berlarutan sejak lebih lima tahun lalu menemui titik penyelesaiannya, gelora politik di negeri paling kaya dan menjadi rebutan antara BN dan PR seolah-olah memasuki gerbang baru yang makin sukar diramalkan. Ia bukan saja kerana MOU itu ditandatangani […]