Month: March 2014

Soalan Mudah Untuk Bakal PM: Apa Bezanya Berakhir Di Lautan Hindi Dengan Terhempas Di Lautan Hindi?

Berikutan desakan waris penumpang MH370 daripada negeri China agar kerajaan memohon maaf kerana sehingga ini masih tiada bukti kukuh yang menunjukkan pesawat itu terhempas di Lautan Hindi dan semua penumpangnya terkorban, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein yang dikatakan terlonjak namanya sebagai bakal PM berikutan insiden ini, terpaksa membuat kenyataan berdolak-dalik untuk menyelamatkan sepupunya, Najib Razak. […]

Bersediakah Kita Menerima Seorang Lagi Anak Bekas PM Jadi PM?

Sementara usaha pencarian pesawat MH370 masih buntu walaupun setelah memasuki hari ke 24 dengan pelbagai teori dan kemungkinan mengenai nasib 239 penumpangnya boleh didengar di mana-mana, insiden ini juga seperti dilorongkan untuk menjadi rahmat dan keuntungan kepada Hishammuddin Hussein, Menteri Pertahanan yang dalam masa sama memangku jawatan Menteri Pengangkutan. Dengan kapasitinya sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan […]

Menunggu Jawapan Mahathir Mengenai Memali

Setelah lebih 30 tahun tersimpul rapi, walaupun bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam sebenarnya mempunyai banyak ruang untuk menceritakan segala rahsia mengenai peristiwa Memali sebelum ini, kenapa hanya sekarang beliau mendedahkan perkara itu tentunya menarik perhatian ramai. Dalam sebuah forum anjuran kerajaan Pas Kelantan di Kota Bharu malam semalam, Musa Hitam yang ketika peristiwa Memali […]

Janji Najib Dimungkiri Lagi, Negara Jadi Makin Tertutup

Dalam jawapan di Parlimen mengenai kelulusan permit penerbitan akhbar Malaysiakini dan FZ Daily, Kementerian Dalam Negeri melalui jawapan bertulis oleh Menterinya, Ahmad Zahid Hamidi memberitahu pihaknya menolak untuk meluluskan kedua-dua permit itu adalah bertujuan untuk mengawal jumlah akhbar di negara ini. Ia juga, menurut jawapan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, ialah agar […]

Selepas CEO MAS, Siapa Lagi Perlu Letak Jawatan?

Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya telah menunjukkan ketinggian moralnya sebagai pemimpin korporat dengan membayangkan akan meletakkan jawatannya apabila segala urusan berkaitan tragedi kehilangan pesawat MH370 yang dikesan hilang di selatan Lautan Hindi, berakhir. Adakah saya akan akan meletakkan? Ini adalah keputusan peribadi yang akan dilakukan selepas ini apabila segala-galanya selesai, demikian […]

Berita Sedih Buat Malaysia

Kira-kira 10 malam tadi, setelah 17 hari pencarian, baru disahkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak bahawa pesawat MH370 dikesan oleh satelit untuk kali terakhir di selatan Lautan Hindi, berhampiran Perth, Australia dan dipercayai terhempas serta semua penumpangnya tiada yang selamat. Dalam pengumuman itu, Najib juga memberitahu waris dan ahli keluarga mangsa sudah pun diberitahu mengenainya. […]

Lebih Ramai Percaya MH370 Dirampas Daripada Terhempas?

Sudah dua minggu berlalu tetapi sehingga ini masih belum ada apa-apa berita mengenai pesawat MH370. Pada Sabtu 8hb Mac, kerajaan mengumumkan pesawat itu hilang daripada radar di perairan Vietnam dan mengesyaki ia mungkin terhempas di Laut China Selatan tetapi pada Sabtu seterusnya iaitu 15 Mac, Najib pula membuat pengumuman pesawat itu sebenarnya dikesan berpatah balik […]

Ahli UMNO Jangan Marah, Ganjaran Kepada Ezam Akan Membuatkan Wan Azizah Kecundang Di Kajang

Ganjaran kali kedua sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan yang diterima oleh bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor daripada Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO, Najib Razak, berkuatkuasa 15 Mac lalu, membuatkan ada sesetengah ahli dan pemimpin UMNO bersungut dan mencebikkan bibir kerananya. Dengan sebelum ini beliau sudah diberikan jawatan Senator sejak 2010 […]

Kasta Politik Dalam Malapetaka Negara

Di sebalik rungutan beberapa negara mengenai sikap tidak telus dan kemungkinan maklumat disembunyikan dalam menangani kemelut kehilangan pesawat MH370 yang sudah berlarutan sehingga hari ke-11 hari ini, kerajaan semalam menunjukkan kepada rakyat bahawa dakwaan itu semakin menunjukkan kebenarannya. Ini berikutan dengan tindakan Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishamuddin Hussein yang hanya menjemput Ahli-Ahli Parlimen BN menghadiri taklimat […]

Antara Tragedi MH370, Konsert Dadah Dan Nafsu Membeli-Belah

Di sebalik tragedi kehilangan pesawat MH370 yang masih menjadi misteri sehingga kini, dengan sesetengah pihak menganggapnya sebagai bala Tuhan berikutan terlalu banyak kemungkaran berlaku di depan mata, kerajaan dan pemimpinnya terlihat langsung tidak menunjukkan tanda insaf atau keinginan mahu berubah. Dengan sorotan dunia serta kritikan terhadap pelbagai perkara tentang bagaimana negara menangani krisis ini, kita […]

Nama Anwar Mula Dikaitkan Dengan MH370, Apakah Rumahnya Pula Digeledah Selepas Ini?

Hari ini sudah masuk hari kesembilan kehilangan pesawat MH370 menghantui dunia. Daripada jangkaan awal bahawa pesawat itu mungkin terhempas dengan fokus pencarian di Laut China Selatan dan Selat Melaka, pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak dalam sidang akhbar yang tidak boleh ditanyakan soalan semalam, perhatian kini bertukar dimensi dengan kebarangkalian ianya dirampas atau sengaja disabotaj pula. […]

Berpunca Dari Zahid Hamidi, KJ Pula Jadi Mangsanya

Oleh kerana marah disebabkan Khairy Jamaluddin menyarankan agar beliau ditangkap berikutan memalukan negara dengan dua kejadian ritual pelik dan bertentangan dengan Islam di KLIA untuk memanggil pesawat MH370 yang masih hilang, Ibrahim Mat Zain yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh atau Bomoh VIP, mengugut mahu menampar muka Ketua Pemuda UMNO itu. Dengan menggambarkan KJ sebagai biadap […]

Hanya Kerana Bomoh, Reputasi Najib Terbarai Di Mata Dunia

Sebagaimana yang dijangka sebelum ini, lagi lama misteri kehilangan pesawat MH370 berlarutan, lagi berat tekanan yang akan dihadapi oleh Perdana Menteri, Najib Razak. Ini kerana seluruh dunia sedang memberi tumpuan tentang bagaimana kerajaan menyelesaikan krisis tersebut yang sudah berlangsung selama hampir seminggu tanpa sebarang petunjuk positif. Jika di awal bermulanya tragedi ini, kerajaan dipertikai kerana […]

Antara Rosmah Dan Wan Azizah

Dalam dunia politik Malaysia, hanya terdapat dua pemimpin yang wataknya serta isterinya sering menjadi perbualan ramai iaitu Perdana Menteri, Najib Razak dengan isterinya, Rosmah Mansor dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Rosmah hanyalah seorang isteri dan suri rumah tetapi sering membayangi penampilan suaminya manakala Wan Azizah adalah Presiden PKR […]

Temubual saya dalam Let’s Talk – Analisis PRK DUN Kajang By MobTV

Isu Panas !!! Saksikan sesi bual bicara saya bersama dengan MobTV mengenai isu PRK DUN Kajang Let’s Talk – Pilihanraya Kecil N.25 Kajang memasuki fasa baru. Calon pilihan Anwar Ibrahim bukan lagi calon Pakatan apabila dia didapati bersalah atas tuduhan jenayah dan disabitkan 5 tahun penjara. Sekaligus kehilangan kelayakan untuk bertanding. Kekosongan itu kini diisi […]

Misteri MH370 Kini Mula Bertukar Menjadi Tekanan Terhadap Najib

Misteri kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari kelima tanpa sebarang jawapan kini sudah beransur-ansur bertukar menjadi tekanan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak di mana pelbagai pihak sama ada dalam negara, mahu pun antarabangsa mulai melihat aspek kecelaruan, tiada kesepakatan dan saling tuduh-menuduh dalam proses mencari jawapan pesawat yang hilang itu. Sementara waris mangsa […]

Najib ‘Bunuh’ Konsensus Nasional?

Harapan rakyat untuk melihat wujudnya konsensus atau rekonsilasi antara kerajaan dengan pembangkang dalam beberapa isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara, akhirnya lebur menjadi debu. Anwar Ibrahim secara rasmi semalam mengumumkan bahawa PR menarik balik usaha ke arah itu dan akan terus bersikap “lawan tetap lawan” terhadap kerajaan. Penarikan diri PR daripada konsensus ini berikutan […]