Month: February 2014

Kesian Rosmah Mansor….

Secara tiba-tiba isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor mengeluh tentang masanya yang kini telah diambil oleh rakyat sehingga tidak mempunyai kesempatan lagi untuk melayan hobinya sendiri, terutama bermain badminton yang menjadi kegemarannya sebelum ini. Berucap dalam satu majlis semalam, beliau berkata, “semua telah diambil rakyat, termasuk masa dan hobi saya. Saya sampai tiada masa untuk bermain […]

Tersenarai Dalam 5 Boros Di Dunia, Satu Lagi Alasan Najib Wajar Diganti

Minggu ini sekali lagi Malaysia dikenali di peringkat antarabangsa. Setelah beberapa kehebatan dan kecemerlangan yang berjaya dilakukan oleh pelbagai individu serta dalam pelbagai bidang sebelum ini yang sekaligus mengangkat nama Malaysia makin harum di persada dunia, kehebatan yang berlaku kali ini lebih “terangkat” lagi. Sebuah portal berita Indonesia, Merdeka.com dalam laporan terbarunya telah membariskan Perdana […]

Apabila Daim Bersuara Lagi….

Sudah dua kali bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin bersuara mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka di tahun 2014 ini. Kali pertama ketika berucap di suatu majlis di Merbok, kawasan Parlimen yang pernah diwakilinya pada pertengahan Januari lalu, Daim mengkritik beberapa dasar tidak betul kerajaan seperti subsidi, tol, kenaikan harga barang, menteri tidak pandai menjawab isu, Najib […]

Jangan Beri Publisiti Pada Pelampau, Apakah Najib Menujukannya Pada Perkasa?

Dalam usaha menjayakan rekonsilasi nasional yang akan diumum serta dilaksanakan beberapa bulan lagi yang antara lainnya diharapkan membantu memberi inspirasi kepada rakyat untuk saling hormat-menghormati dan berhubung sesama sendiri serta seterusnya menjadikan perpaduan dan keadaan negara menjadi lebih baik, Perdana Menteri, Najib Razak juga menggesa media dan media sosial agar tidak memberi publisiti kepada penghasut […]

MCA Hanya Kemaruk Jawatan Menteri

Tanpa menunggu keputusan pilihanraya kecil DUN Kajang yang merupaksn ukuran sama ada MCA sudah mendapat kepercayaan pengundi Cina atau sebaliknya, parti itu sebaliknya membuat keputusan mempercepatkan mesyuarat agung luar biasa atau EGM untuk menentukan sama ada mereka wajar kembali menduduki kabinet atau kekal berada di luar kabinet sepertimana sekarang. Dalam EGM yang diadakan semalam itu, […]

Kemenangan Anwar Adalah Penolakan Mutlak Kepada BN

Pilihanraya kecil DUN Kajang semakin hampir tarikhnya. Calon-calon yang bakal bertanding juga sudah dumumkan. BN menamakan Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun manakala PKR sejak awal meletakkan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim. Beberapa calon Bebas juga turut mengumumkan hasrat untuk bertanding tetapi kebarangkaliannya mungkin hanya Zaid Ibrahim yang berani mengotakan kata-katanya. Sekarang ini yang perlu ditunggu […]

Chew Mei Fun Calon BN, Perkasa Wajib Jadi Tukang Kempen Utama

BN akhirnya memutuskan calonnya bagi berhadapan dengan Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil DUN Kajang pada 23 Mac depan ialah Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun. Meskipun beliau seorang wanita, tetapi dengan kedudukannya dalam MCA serta pengalamannya pernah menjadi Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen sebelum ini, beliau dianggap calon terbaik untuk menghalang Anwar daripada memenangi kerusi […]

Selepas PRK Kajang, Lebih Ramai Yang Mahukan Najib Berundur…Tunggulah

Ada sesuatu yang unik di negara kita. Sesuatu perkara itu selalunya berlaku bermusim dan berturut-turut. Jika mula berlaku tanah runtuh misalnya, selalunya beberapa kejadian lagi akan berlaku selepas itu. Begitu juga jika ada kes penderaan pembantu rumah, kanak-kanak mati di taska, kes orang hilang, remaja perempuan dilarikan ke Lombok dan sebagainya, selalunya kejadian yang sama […]

Asyik-Asyik KJ Yang Ke Depan Pertahan Najib, Mana Menteri Lain?

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin atau KJ sekali lagi tampil paling pantas mempertahankan Najib apabila pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy mengkritik Perdana Menteri sebagai seorang yang khianat dan mungkir janji untuk membantu golongan miskin India serta memintanya meletakkan jawatan. Tidak lama selepas kenyataan Waytha itu dikeluarkan, KJ terus menulis bertalu-talu di twitternya untuk membela Najib […]

Kenapa Mahathir Takut Anwar Jadi MB Sedangkan Najib Relaks Saja?

Beberapa kenyataan Mahathir Mohamad sejak kebelakangan ini mengenai Anwar Ibrahim dan pilihanraya kecil DUN Kajang, tidak lain menyerlahkan ketakutannya mengenai kebangkitan musuh poltitiknya itu. Bermula dengan jujur mengakui bahawa jawatan sebagai MB Selangor akan memberi kelebihan kepada Anwar untuk menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang, beliau kemudian mengatakan niat Anwar sejak awal menyertai UMNO […]

Berbanding Zaid Ibrahim, 1000 Kali Lebih Baik Undi Diberi Pada Herman Tino

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim akhirnya mengesahkan hasratnya bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihanraya kecil DUN Kajang pada 23 Mac depan. Setelah mendapat lampu hijau daripada isterinya dan menganggap penyertaannya dalam pilihanraya ini sebagai hadiah Valentine, Zaid juga tidak menyembunyikan hasrat sebenarnya ialah untuk menghalang Anwar daripada menjadi Menteri Besar Selangor. Menurut […]

Anwar Sebagai MB Selangor Seharusnya Dialu-alukan

Satu-satunya kejayaan yang terlihat menonjol di sebalik tindakan SPR melewatkan tarikh pilihanraya kecil DUN Kajang ialah menjadikan peluang Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor mula tidak menentu dan caca-marba. Walaupun DAP amat konsisten dan lebih memandang peluang yang mungkin lebih terbentang dalam PRU 14 jika Anwar menjadi MB Selangor, PAS sebaliknya tidak mempunyai kesepakatan pemikiran yang […]

Berapa Tebal Agaknya Kulit Muka Idris Haron…

Beberapa hari lalu telah tersebar di laman sosial maklumat mengenai pembelian nombor plat MCM (bermaksud Malacca Chief Minister) yang melibatkan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron, isterinya dan beberapa orang setiausahanya. Dalam maklumat itu, Idris dikatakan membeli nombor plat MCM 11 dengan harga RM20,900 manakala seorang wanita yang bernama Fadilah Abdullah, dipercayai isterinya telah memenangi bidaan […]

Mahathir Pun Kadangkala Jadi Melayu Mudah Lupa Juga

Dalam usaha menghasut agar musuh politiknya iaitu Anwar Ibrahim terhalang daripada menjadi Menteri Besar Selangor, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad berpendapat, sudah tiba masanya kerusi itu diserahkan kepada Pas yang mempunyai jumlah kerusi DUN yang lebih banyak berbanding PKR. Beliau berkata, sudah tiba masanya PKR mengembalikan kerusi Menteri Besar Selangor kepada Pas kerana PKR bukan […]

Sarawak Dipimpin Adenan Satem, Masihkah Jadi Simpanan Tetap BN?

Teka-teki mengenai politik Sarawak kini sudah pun terjawab. Taib Mahmud yang berkuasa di Sarawak sejak 33 tahun lalu sudah sah akan meletakkan jawatannya pada 28 Februari ini. Pengganti beliau juga sudah diumumkan iaitu Adenan Satem yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Dengan pengunduran Taib dan penggantinya juga sudah […]

Sumpah Politik, Sumpah Bola Dan Manusia Sesumpah

Tindakan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said mengadakan majlis sumpah dengan Al-Quran untuk pemain dan jurulatih pasukan bolasepak T-Team berhubung kebenaran insiden dalam terowong yang melibatkan pasukan itu dengan pasukan Johor Darul Takzim atau JDT, rupa-rupanya mengundang rasa kurang senang banyak pihak. Ahmad Said yang baru pulang dari lawatan ke Antartika dituduh dengan bermacam-macam dakwaan seperti […]

Kes Rasuah Bekas Setpol Shahrizat, Mana Suara Najib?

Walaupun Peguam Negara, Gani Patail menafikan adanya campurtangan politik dalam kelewatan pertuduhan terhadap bekas Setiausaha Politik Shahrizat Jalil yang sebelum ini sudah dinyatakan akan didakwa di mahkamah oleh SPRM tetapi tiba-tiba dibatalkan bila tiba waktunya, namun ia sama-sekali tidak berupaya menghentikan orangramai daripada terus bercakap mengenainya. Sebelum ini SPRM telah membuat kenyataan bahawa bekas Setpol […]

Najib Kena Penampar!!

Sementara ramai tertunggu-tunggu siapakah yang berani menyahut cabaran untuk menampar muka Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok demi untuk mendapatkan ganjaran wang tunai RM1200 yang ditawarkan oleh sebuah NGO, secara tiba-tiba keluar berita mengenai perletakan jawatan pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Dewan Negara berkuatkuasa 10 Februari ini. […]

Wowww…Anak Perempuan Zahid Hamidi Pula Tawar Diri Jadi Calon Di Kajang

BN nampaknya masih buntu untuk menentukan siapa calonnya yang sesuai untuk berhadapan dengan Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil DUN Kajang pada 23 Mac depan. Walaupun secara tradisinya, kerusi itu milik MCA tetapi UMNO jelas begitu inginkan calonnya dipilih mewakili BN bertanding di kerusi tersebut. Selain disebabkan jumlah pengundi Melayu seramai 48 peratus, UMNO juga mahukan […]

Di Sebalik Provokasi Perkauman, Bala Besar Sedang Menunggu Najib

Tindakan sebuah NGO yang menamakan dirinya Majlis Jamaah NGO Islam Malaysia mengadakan demonstrasi membantah penerbitan video yang dibuat oleh pemimpin DAP, Teresa Kok yang dianggap menghina orang Melayu dan pemimpin tertentu, sambil menyembelih ayam dan melumurkan darahnya pada gambar beberapa pemimpin pembangkang, adalah suatu perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali dalam sebuah negara berbilang […]