Jika Anwar Jadi MB Selangor, Peluang BN Lebih Tipis Dalam PRU 14

Sementara kedudukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri sedang dipertikai dan diasak agar segera berundur bagi mengelakkan BN menerima kekalahan dalam PRU 14 nanti, Anwar Ibrahim nyata telah mengambil langkah yang jauh lebih ke depan dengan kemungkinan besar menjadikan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim.

Sejak akhbar The Star mendedahkan kemungkinan Khalid Ibrahim meletakkan jawatan pada Rabu ini bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim memgambil tempatnya, atmosfera politik negara agak kalut seketika dengan perbincangan pro dan kontra mengenai perkara itu. Walaupun Anwar dan Khalid masing-masing menafikan perkara itu dan menganggapnya hanya khabar angin semata-mata tetapi dengan keluarnya berita perletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh menjelang jam 5.00 petang, semakin ramai yang meyakini perletakan itu adalah semata-mata untuk memberi laluan Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu dan seterusnya menjadi MB Selangor.

Dengan kemenangan besar Lee dalam pilihanraya umum lalu iaitu majoriti 6,824 undi, jika Anwar bertanding dalam pilihanraya kecil yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, tentulah tiada masalah besar untuk beliau mencipta kemenangan di kawasan itu. Lebih-lebih lagi dengan keyakinan bahawa Anwar bakal menjadi MB Selangor, tidak mustahil kemenangan yang lebih besar mampu dicapainya.

Langkah Anwar mengambil alih jawatan MB Selangor ini tidak diragui lagi adalah langkah bijaknya dalam menyelesaikan krisis di Selangor yang melibatkan antara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali. Dengan Anwar menjadi MB Selangor, ia adalah jalan tengah yang mendamaikan antara kedua-dua kumpulan itu sehingga pilihanraya akan datang dan Khalid serta Azmin juga tentunya tiada halangan terhadapnya.

Tidak dinafikan bahawa krisis Khalid dengan Azmin, jika dibiarkan berlarutan bukan saja boleh menjejaskan peluang PR mengekalkan kemenangan di Selangor dalam pilihanraya umum akan datang, bahkan tidak mustahil selepas pilihanraya umum akan datang jumlah kerusi kemenangan PKR makin berkurangan dan ini tentunya memberi lebih peluang kepada ADUN Pas pula untuk menduduki kerusi MB Selangor.

Namun dengan Anwar menjadi MB Selangor, tidak saja ketegangan kumpulan Khalid dan Azmin dapat diredakan, malah juga menyebabkab tiada lagi keributan dalam Pakatan Rakyat dalam penentuan jawatan MB Selangor selepas ini. Seperti yang diakui, Pas dan DAP tentunya akan memberi sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim dalam perhitungan ini.

Dalam masa yang sama, dengan melonjakkan isu beliau bakal mengisi jawatan MB Selangor, isu perceraian Nurul Izzah yang cuba dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk memberi gambaran buruk terhadap imej anaknya, dengan sendirinya telah menemui jalan matinya. Selepas ini, semua orang hanya akan memperkatakan tentang Anwar saja dan melupakan Nurul Izzah.

Dengan menjadi MB Selangor selama empat tahun menjelang pilihanraya umum akan datang, kedudukan Anwar dan Pakatan Rakyat secara realitinya akan bertambah kukuh lagi di mata rakyat jika beliau berjaya mentadbir negeri itu dengan jayanya dalam tempoh tersebut.

Dengan pengalaman sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor dan kedudukan rizab Selangor yang kukuh iaitu hampir RM3 bilion serta Selangor sendiri sebagai negeri yang paling maju, Anwar rasanya tidak menghadapi banyak masalah untuk mencipta lebih banyak kejayaan dan kejutan untuk negeri itu. Jika itu dapat dilakukan, kedudukan sebagai MB Selangor akan menjadi laluan lebih selesa menuju Putrajaya.

Dalam masa yang sama, selain kedudukan Anwar dan Pakatan Rakyat akan bertambah kukuh menuju laluan ke Putrajaya setelah menjadi MB Selangor nanti, Noh Omar juga bolehlah melupakan hasratnya untuk menawan negeri itu dalam pilihanraya umum nanti dan sebaiknya mulai merangka surat persaraannya daripada arena politik.

Yang paling menarik dengan Anwar menjadi MB Selangor ini ialah berkenaan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri. Sementara beliau sedang dipertikaikan dengan pelbagai isu seperti kenaikan harga barang, kos sara hidup, kalimah Allah dan sebagainya, dalam masa yang sama tekanan supaya beliau berundur juga semakin kuat kedengaran.

Beberapa blogger pro UMNO dan Mahathir seperti Outsyed The Box, Apanama, Unspinners dan Kadir Jasin sedang mempertingkatkan tekanan agar Najib berundur dan memberi bayangan bahawa BN akan tewas jika beliau terus kekal sebagai PM. Terbaru pula, bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin sudah mula mengkritik Najib secara terbuka dengan menggariskan beberapa kelemahannya serta turut meramalkan BN akan tumbang jika pilihanraya diadakan dalam suasana seperti sekarang ini.

Terdapat juga maklumat yang mengatakan dalam beberapa perjumpaan dengan kumpulan tertentu, Mahathir juga turut mengkritik Najib secara agak lantang dan tanpa segan silu. Maklumat lain pula menyebut, seiring dengan pendirian Mahathir bersetuju dengan pandangan Daim, bekas PM itu juga dikatakan sudah tidak lagi memberi sokongannya kepada Najib.

Bersama dengan tekanan dan asakan yang semakin kuat itu, bertambah kukuhnya kedudukan Anwar dengan menjadi MB Selangor pula, tidak dapat tidak, kedudukan Najib pastinya kian terhimpit. Dengan menjadi Ketua Pembangkang dan kuasa sebagai MB Selangor dalam masa yang sama, aura Anwar dan kestabilan Pakatan Rakyat dalam menghadapi BN dalam PRU 14 juga turut meningkat.

Ini akan menjadikan tekanan daripada dalam UMNO terhadap Najib turut meningkat. Menunggu Najib berubah, menjadi lebih tegas dan menyelesaikan semua isu berbangkit, mungkin hanya tindakan membuang masa. Tindakan terbaik pastinya memaksa beliau berundur dan digantikan dengan pemimpin lain.

Hanya dengan pengunduran Najib dalam kadar yang lebih segera mungkin memberi sedikit peluang kepada BN dalam pilihanraya umum nanti. (SH 27/01/2014)

Updated: 26 March 2019 — 1:30 pm

11 Comments

Add a Comment
  1. Sebagai penduduk Selangor, saya berpendapat pentadbiran TS Khalid agak bersih. Dia memerintah ala korporat. Tetapi dari pemerintahan politik, beliau dilihat kurang berkaliber. Pada pendapat saya, pemerintahan DS Najib juga boleh dikatakan baik. Beliau tidak mempunyai tentangan di dalam umno kecuali team Mahathir. DS Najib telah setia dengan pimpinan mahathir dahulu. Sepatutnya, mahathir menyokong beliau 100 peratus.

  2. Satu perkara yg penulis terlupa sehingga bentuk penulisan nampak tidak kritis. Melalui bentuk pentadbiran yg wujud di Selangor dgn jumlah kursi PKR yg paling sedikit telah dilantik sebagai MB Selangor serta atas ehsan pihak PAS dan penerimaan sultan Selangor maka terbentuk satu bentuk perikatan yg memperlihatkn kelemahan. Wbp, disebabkn oleh kelebihan serta kematangan MB Selangor kini keadaan nampak stabil. Penulis terlalu keasyikan dgn ruang legar pemikirannya yg kurang matang serta terlalu asyik mengeluarkn teori2 yg memperlihatkn bentuk pendirian yg tersasar. Ramai bloger2 yg sama seperti penulis tidak kira la pro kerajaan atau pro pembangkang. Seolah2 ingin menafikan fakta sebenar.

  3. Analisis daripada seorang penulis yang tak laku dalam Umno dan cuba cari makan dng PKR ni tak boleh dipakai sangat. Rakyat Sngor masih perlukan TS Khalid. Dia tak banyak berpolitik, tapi lebih pentingkan kerja. Kalau Anwar jadi MB pun masalah takkan selesai. Kami yang menganggap TS Khalid teraniaya tidak akan terima politik cara ini.

  4. I rasa biar pkr/pr kalah prk kajang nih dan khalid ibrahim terus jadi mb. Buat ape si lee chin cheh ni nak letak jawatan? Dah lah concencus pr (dap/pas) yg punya 30 kerusi adun nak khalid ibrahim jadi mb… nih pkr nak pongpang anwar ganti pulak? Even tho i nih pengundi bukan kajang i disagree sesiapa ganti khalid… no way jose… if this happens my vote goes back to bn next time… i gurantee it. Ask around selangor… pkr is already getting on the nerves of alot of voters… dont F it up any more than u already have.

  5. Tuan

    Saya setuju dengan pandangan tuan. Pakatan Rakyat menang di Selangor kerana Tan Sri Khalid yang mentadbir dengan cemerlang.

    Mengapakah Anwar terpaksa mengambil sikap begini. Pada saya Anwar mahu mengelakkan satu malapetaka besar dengan berbuat begini sehingga sanggup mengorbankan Tan Sri Khalid.
    Maknanya Azmin dan kumpulannya mempunyai agenda besar untuk memporakperandakan PKR. Mustahil isu penamatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah menjadi satu sebab untuk mutiny secara besar-besaran nak berlaku ( andaian saya sahaja). Apa yang terjadi itu adalah lebih kepada administrative miscommunication and misunderstanding yang boleh diselesaikan dengan mudah kerana tempoh perlantikan Azmin masih berkuatkuasa sehingga Febuari 2015.

  6. Tuan, setuju sangat Anwar jadi MB Selangor.Jadi PM lagi bagus! Negara tengah gawat ni. Nak harap Najib kangkung tu memang tak boleh harap. Asyik duduk bawah ketiak bini saja, mana boleh maju. Lagi pun Najib takda kelulusan akademik. macam PM Britian John Major tu.Dia pun dikangkungkan sama seperti juga Najib.

  7. Benarkah Anwar Ibrahim mahu jadi Menteri Besar, atau mungkin Azmin Ali atau jika tidak Azmin apakah Rafizi Ramli akan mengisi tempat Khalidi Ibrahim ?

    Benarkah pemimpin PKR Selangor bersikap gelojoh, lupa daratan dan hipokrit sehingga sanggup singkir Khalid MB Selangor yang telah berjaya menjana ekonomi Selangor sehingga mempunyai simpanan yang banyak ?

    Teka-teki yang disediakan kerajaan negeri Selangor itu telah memberi peluang orang ramai mencipta jawapan dalam ramalan masing-masing sehingga ada diantaranya tunjuk reaksi negatif terhadap perubahan yang dirasakan spontan dan mendadak.

    Sebenarnya apa yang berlaku itu adalah tindakbalas kuasa politik yang memungkinan sesuatu yang luar biasa perlu dilakukan. Sesiapa saja layak jadi apa saja yang mereka inginkan asalkan kehendak itu bersesuaian dengan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

    Cuma kita berharap setiap perancangan itu berjalan lancar, betul dan bertindak tepat pada masanya…..

  8. Rahsia Pancutkan Isteri Tersebar !!
    Kenikmatannya Terasa Hingga Ke Subuh !! >>> http://bit.ly/1aNp5Bz

  9. ..tarak jadi hal la aljuburi jadik mb sgor ka atau aljuburi jadik sultan melaka.. life goes on..

    1. anon 20:49 mesti orang melayu yang tak berugama!

    2. Dia ni melayu perkasa, melayu tak da pendirian. Macam mabuk daun ketum.

Leave a Reply

Your email address will not be published.