Month: January 2014

Gandingan Muhyiddin – Zahid Hamidi Paling Sesuai Untuk Lawan Anwar Dalam PRU 14

Kemaraan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri yang dirangkumkan dengan cita-cita Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam pilihanraya akan datang menjadi semakin hampir menuju realiti dengan kelicikan terbarunya menjadikan jawatab Menteri Besar Selangor sebagai transit ke arah hasrat itu. Sebagaimana yang diakui oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad bahawa tindakan Anwar bertanding dalam pilihanraya kecil DUN […]

Gerak Kerja Politik Mahathir Memang Selalu Bermula Dengan Penafian

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menafikan beliau adalah orang yang memainkan peranan di belakang gerakan mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Razak sebagaimana yang didakwa oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan juga sudah sekian lama menjadi percakapan umum. Bagi Mahathir, anggapan mengenai penglibatan dirinya hanyalah tafsiran Rafizi semata-mata. Rafizi mengaitkan gerakan mahu menjatuhkan Najib itu […]

PRK Kajang Bukan Ujian Kekuatan, Tapi Mengukur Kelemahan Najib

Selepas PRU 13, isu yang paling banyak diperkatakan ialah mengenai kelemahan Najib sebagai Perdana Menteri. Ia tidak saja diselak dan dijaja oleh pembangkang, diperkatakan oleh rakyat biasa, malah secara perlahan-lahan turut diakui oleh banyak kalangan dalam UMNO sendiri. Pelbagai isu yang berlaku, daripada kenaikan harga barang, perkauman, keselamatan, kalimah Allah dan sebagainya lagi ternyata lebih […]

Kalau BN Tidak Bertanding Di Kajang, Tiadalah Wang Rakyat Dibazirkan

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kini sudah sah akan menjadi calon bagi pilihanraya kecil DUN Kajang yang akan diadakan tidak lama lagi. SPR sudah pun dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi itu dan bakal mengadakan mesyuaratnya pada 5 Februari depan bagi penentuan tarikh pilihanraya kecil itu. Walaupun ada sedikit perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat mengenai pilihanraya kecil […]

Jika Anwar Jadi MB Selangor, Peluang BN Lebih Tipis Dalam PRU 14

Sementara kedudukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri sedang dipertikai dan diasak agar segera berundur bagi mengelakkan BN menerima kekalahan dalam PRU 14 nanti, Anwar Ibrahim nyata telah mengambil langkah yang jauh lebih ke depan dengan kemungkinan besar menjadikan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim. Sejak akhbar The Star mendedahkan kemungkinan Khalid […]

Latihan Media Tetap Tak Berguna Kalau Menteri Dari Kalangan Kurang Cerdik

Dikhabarkan bahawa Perdana Menteri sudah mengarahkan para menterinya menjalani latihan media bagi mengelakkan mereka mengeluarkan kenyataan tidak cerdik sehingga kerajaan menjadi bahan lawak jenaka dan persendaan rakyat. Latihan itu antara lain supaya menteri-menteri kelihatan lebih cerdik dan tidak memalukan kerajaan setiap kali bercakap dengan media. Latihan media ini, walaupun dikatakan merujuk kepada kenyataan Menteri Perdagangan […]

Zahid Hamidi Pun Mahu Dua Kementerian Seperti Hishammuddin

Selepas berjaya menubuhkan unit polis syarie dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam atau Jakim untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan penguatkuasaan dan perundangan Islam, Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi mengorak selangkah lagi memperluaskan tugas anggota polis dengan memberinya peranan memantau harga-harga barang pula. Langkah yang dilakukan bukan bertujuan menidakkan peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan […]

Kalah PRU 14 Adalah Baik Untuk UMNO

Di kala semakin ramai yang melahirkan kebimbangan mengenai kelemahan kepimpinan Najib bakal menyebabkan UMNO dan BN tewas dalam pilihanraya umum akan datang, generasi muda dalam parti itu pula merasakan kekalahan adalah ubat paling mujarab untuk memulihkan UMNO daripada segala penyakit yang sudah sekian lama bersarang didalamnya. Bagi mereka, kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, gagal […]

Najib Tidak Akan Berubah

Walaupun jangka masa PRU 14 masih ada empat tahun lebih daripada sekarang, tetapi sudah ramai yang bercakap mengenai kemungkinan UMNO bakal kalah dalam pilihanraya itu. Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang pandangannya mengenai politik jarang tersasar, secara terbuka berkata, BN akan kehilangan kuasanya jika PRU 14 diadakan dalam suasana seperti sekarang di mana kelemahan kepimpinan […]

Segera Jadikan Azmin MB Selangor?

Krisis berlarutan di Selangor berhubung kedudukan Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, membuatkan orangramai mula mempertikaikan kepimpinan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Daripada soal sekecil kedudukan Azmin dalam PKNS, Khalid terlihat begitu kalut untuk menyelesailan isu tersebut sehingga diheretnya sekali Pengurus Besar, Othman Omar dan Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek. Daripada awal, […]

Hanya Ada Satu Cara Jika Najib Mahu Pujian Daripada Rakyat

Selepas agak puas dikangkungkan, Najib dan isterinya, Rosmah Mansor diboo pula semalam ketika menyampaikan hadiah di Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia. Suara penonton yang mengejek dan memboo agak jelas kedengaran ketika Rosmah sedang berjalan untuk menyampaikan hadiah kepada Lee Chong Wei. Sebagaimana isu kangkung yang cuba dikaitkan dengan isu perkauman, insiden di majlis penyampaian hadiah badminton […]

Selepas Lebih 40 Tahun, Kenapa Masih Membanggakan 13 Mei?

Tindakan sekumpulan penyokong UMNO mengadakan demontrasi mempertahankan Najib yang telah dikangkungkan sejak lebih seminggu lalu, bukanlah sesuatu yang luar biasa. Adalah menjadi hak dan kebebasan mereka untuk berbuat demikian, lebih-lebih lagi ia merupakan tindak balas terhadap apa yang telah menimpa Najib sendiri. Apa yang luar biasa ialah mengaitkan perhimpunan itu dengan unsur-unsur perkauman dan tragedi […]

Hanya Setelah Fenomena Kangkung, Barulah Menteri-Menteri Sibuk Turun Ke Pasar

Selama ini apabila rakyat merungut tentang kenaikan harga barang, ramai yang menjawab ianya adalah fenomena biasa. Malah apabila harga minyak dan gula dinaikkan melalui dasar rasionalisasi subsidi, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan dengan bangganya berkata, harga minyak dan gula di negara kita masih rendah berbanding di beberapa negara jiran yang lain. Najib dan semua pemimpin […]

Rupa-rupanya Najib Pun Dua Kali Lima Juga

Walaupun isu kangkung sudah mulai sejuk dan basi sejak diperkatakan hampir seminggu lalu yang kesan ketaranya menjadikan kedudukan Najib hampir lunyai dipermain dan dipersendakan oleh pemain media sosial pro PR, tetapi hanya baru semalam Perdana Menteri sendiri menjelaskan mengapa kangkung dipilih sebagai contoh dalam ucapannya. Najib berkata, kangkung menjadi rujukannya bukan saja kerana ia kesukaannya, […]

Tarik Balik Saman Bukti UMNO Amal Demokrasi Sebenar, Demikian Hujah Kangkung Razali Ibrahim

Dalam mingggu ini UMNO telah menarik balik dua kes saman mahkamahnya. Yang pertama, saman terhadap Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berhubung isu Lahad Datu dan yang kedua, saman terhadap Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali berkaitan penyebaran video seks yang dikaitkan dengan pemimpin Pas tersebut. Ramai yang meluahkan rasa kecewa dan marah atas tindakan UMNO menarik […]

Najib Dikangkungkan Lagi, Kali Ini Adiknya Sendiri Mengingatkannya Tentang Jimat-Cermat

Selepas Najib Rasak melalui episod yang memalukan dan menjadi bahan persendaan sehingga ke peringkat antarabangsa berkaitan penurunan harga sayur kangkung, di waktu yang sama beliau juga menerima tamparan apabila adiknya, Nazir Razak yang merupakan CEO CIMB Bank, telah menulis satu rencana untuk memperingati pemergian ayahnya, Allahyarham Tun Razak tetapi turut mengandungi beberapa peringatan yang ditujukan […]

Apabila Najib Dikangkungkan, Jentera Maya UMNO Langsung Tak Bermaya

Sejak semalam laman sosial sesak dengan perkataan kangkung dan kaitannya dengan Perdana Menteri, Najib Razak. Hanya kerana Najib mahu mempertahankan kenaikan harga barang yang tidak semuanya berpunca daripada kerajaan tetapi juga disebabkan faktor lain seperti cuaca dan sebagainya dan kemudian mengambil harga sayur kangkung sebagai contohnya telah menyebabkan beliau dikaitkan dengan pelbagai perkara berkaitan kangkung. […]

Mana Satu Pilihan Najib – Kembalikan ISA, Beri Mahathir Kuasa, Rombak Kabinet Atau Undur Diri?

Cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad agar Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA dikembalikan bagi menangani kumpulan ekstrem yang mungkin menggugat kestabilan negara, bukan saja mengundang pro dan kontra terhadap keperluan akta tersebut, sebaliknya turut menyeret idea agar beliau dikembalikan dalam kabinet bagi membantu kepimpinan Najib Razak yang dianggap terlalu lemah ketika ini. Bekas […]

Janganlah Sampai Penyokong Jamil Khir Buat Laporan Polis Terhadap Harussani…

Setelah semalam tersebar khabar angin mengenai perletakan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek sehingga sekumpulan Pemuda UMNO yang diketuai oleh anaknya sendiri membuat laporan polis kerana menganggapnya fitnah yang mengaibkan, hari ini seorang lagi menteri diminta meletakkan jawatan. Kali ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab dalam […]

Kalau Tukar Kerajaan Tidak Jamin Harga Turun, Tentulah Jawapannya Tukar PM…

Ahli Parlimen Pulai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Nur Jazlan Mohamed telah bertindak dengan sewajarnya ketika berhujah mengenai kenaikan harga barang dalam forum anjuran Sinar Harian, semalam. Atas kapasitinya sebagai pemimpin UMNO dan BN, walaupun agak lantang dan banyak mengkritik kerajaan sejak kebelakangan ini, beliau pada hakikatnya tidak lupa akan kedudukan dirinya yang […]