Najib Makin Lemah, Muhyiddin Pun Mula Mengorak Langkah

Ketika ini sedang berlangsung perhimpunan aman Turun bagi membantah kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup. Dilaporkan ribuan rakyat sedang berhimpun di tiga lokasi yang telah ditetapkan iaitu di depan Kompleks Sogo, Masjid Jamek dan Pasar Seni untuk menuju ke Dataran Merdeka sebagai destinasi sebenar perhimpunan tersebut.

Memandangkan kehadiran peserta demonstrasi akan bercampur dengan hadirin yang ingin menyambut ketibaan tahun baru, tidak dapat dielakkan bahawa kehadiran adalah dijangka melimpah-ruah. Dalam masa yang sama, terdapat juga mereka yang hadir untuk meraikan tahun baru tetapi turut membantah kenaikan harga barang yang sedang berlaku sekarang ini atau dalam ertikata lain hadir dengan dua tujuan.

Namun, bagaimanapun sambutan rakyat terhadap perhimpunan Turun ini, hakikat yang nyata ialah kedudukan Najib sedang merudum di mata umum. Jika perhimpunan berjaya dengan aman serta kehadiran puluhan ribu orang dapat dicatatkan, gambarannya langkah Najib menaikkan harga minyak, tarif letrik dan merasionalisasikan subsidi sehingga mewujudkan rantaian kenaikan harga barang adalah tindakan yang salah dan tidak diterima rakyat.

Jika berlaku sesuatu yang buruk yang melibatkan keganasan atau kecederaan, balanya lagi buruk buat Najib. Beliau dan kerajaannya akan disorot oleh seluruh dunia sebagai kerajaan yang keras, tidak bertolak ansur dan sanggup berbuat apa saja untuk mempertahankan kuasa.

Berjaya atau gagal perhimpunan Turun ini, impaknya tetap menyusahkan Najib. Tambahan pula dalam keadaan seperti ini, beliau juga tidak berada di dalam negara dan sedang bercuti bersama keluarganya. Walaupun hebahan dan maklumat tentang perhimpunan ini sudah lama diketahui, nampaknya bagi Najib, cuti tetap cuti.

Perhimpunan ini bukan saja membantah kenaikan harga barang dan kos sara hidup tetapi yang lebih penting ialah menolak pendekatan Najib yang mahu memansuhkan subsidi secara perlahan-lahan (istilah yang digunakan rasionalisasi) sehingga menyebabkan harga minyak dan tarif letrik turut mengalami kenaikan.

Najib lebih melihat penjimatan susbsidi bernilai RM46 bilion setahun sebagai jumlah yang besar untuk menambah tabungan negara. Dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini juga Najib mempertahankan bahawa perbelanjaan subsidi yang besar yang hampir menyamai belanja pembangunan RM49 bilion adalah sesuatu yang tidak munasabah dan negara tidak mungkin mampu bertahan selama-lamanya dengan kaedah itu.

Masalahnya ialah rakyat telah menerima subsidi dalam bentuk pengurangan harga barangan keperluan harian sudah terlalu lama dan pemansuhan secara drastik serta berturut-turut membuatkan ramai yang terbeban kehidupannya, lalu bangkit dan menjerit.

Dengan kedudukan Najib yang semakin melemah akibat penolakan rakyat terhadap dasar merasionalkan subsidi sehingga meningkatnya banyak harga barangan serta kehidupan rakyat menjadi semakin terhimpit, hari ini Muhyiddin Yassin yang baru kembali bertugas setelah bercuti di luar negara seakan telah membawa khabar gembira buat rakyat dengan menyatakan kerajaan akan melihat semula dasar rasionalisasi subsidi yang dilakukan sebelum ini.

Muhyiddin menyatakan subsidi kerajaan perlu dilihat semula secara lebih holistik dalam usaha meringankan beban kehidupan rakyat, terutama kumpulan sasaran.

Ini bermakna bahawa Muhyiddin amat menyedari kenaikan harga barang ini amat membebankan rakyat dan menjadi utama kemarahan mereka terhadap kerajaan ini. Lantaran itu, beliau mahu mengkaji dan melihat semula dasar yang telah dilaksanakan itu. Ini dipercayai langkah awal meredakan kemarahan ramai terhadap kerajaan.

Walaupun sebagai Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin sebenarnya turut bersetuju dengan dasar rasionalisasi subsidi yang dilakukan Najib sebelum ini, nampaknya beliau mula berubah nada. Muhyiddin mula menunjukkan beliau pro rakyat kerana menyedari rakyat tidak gembira dengan kenaikan harga barang sekarang ini.

Jika kita masih ingat, tindakan Muhyiddin ini tidak ubah seperti apa yang dilakukannya terhadap Pak Lah dahulu. Meskipun tarikh pengunduran Pak Lah sebagai Perdana Menteri telah dimaklumkan kepada kabinet dan MT UMNO serta dipersetujui pada awalnya, tetapi oleh kerana adanya rungutan bahawa tarikh yang dipilih oleh Pak Lah itu terlalu lama, Muhyiddin akhirnya bersuara di Singapura mendesak agar tarikh itu dipercepatkan.

Desakan itu akhirnya disambut oleh banyak pihak sehingga Pak Lah akur menyerahkan kuasa kepada Najib pada April 2009.

Dengan kedudukan Najib yang kian merosot dan tidak lagi digembirai oleh majoriti rakyat, Muhyiddin seperti sedang mengorak langkah menampilkan dirinya sebagai hero rakyat, sambil menambahkan lagi tekanan terhadap Najib. Melalui jaminan untuk mengkaji semula pemansuhan subsidi, tidak diragui lagi bahawa Muhyiddin bakal lebih disukai dan diberikan sokongan selepas ini.

Najib terlihat berkeras mahu mengekalkan dasar memansuhkan subsidi dan bergantung banyak kepada Pemandu yang diketuai oleh Idris Jala tetapi rakyat jelas tidak gembira dengan semua itu. Sebagaimana mereka meluat dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup, begitulah juga meluatnya rakyat terhadap Idris Jala.

Isunya di sini bukanlah sama ada kerajaan terguling atau tidak melalui perhimpunan Turun ini, tetapi apakah Najib masih mampu membawa kejayaan kepada BN dalam PRU 14 nanti. Satu demi satu bencana politik yang dihadapi Najib meletakkan kuasa semakin rapuh dalam genggamannya.

Sementara kedudukan BN terlihat semakin terumbang-ambing dan mungkin kecundang pada pilihanraya 2018 nanti, Muhyiddin dengan jaminan mahu mengkaji semula subsidi seperti sedang menampilkan dirinya sebagai harapan baru untuk mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap BN dan kerajaan.

Adakah beliau akan berjaya dalam misinya kali ini sebagaimana kejayaannya mengundurkan Pak Lah dahulu? Hanya masa yang akan menentukan tetapi bidalan selalu mengingatkan, cencarau makan petang memang selalu pulang kenyang. (SH 31/12/13)

Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:30 pm

15
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymousbukanbudaktingkat4bat8 Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

memalukan kan je perangai ali tinju … habis terpalit semua … siapa lantik dia tu..

Anonymous
Guest
Anonymous

Banyk benda diswastakan,tinggikan cukai utk dpt pulangan balik utk kurang beban kerajaan sjk zmn mahathir.tun mahathir bgus xhutang bank dunia,tp duit rakyat bnyk2 xthu kmana.korupsi!!!.spatutnya gji2 menteri+elaun mereka yg beribu2 raban dicatu utk kurangkan beban rakyat.menyusahkan rakyat, bg benda free,pastu minta dgn kerah cara lain

Anonymous
Guest
Anonymous

Kareer Najib sbg PM dah menuju ambang maut. Tapi sorry ler Muhyiddin takde tpt dlm hati rakyat. Itulah sape suruh duduk lama sgt dlm tong najis. Sampai rakyat pon tak tahan. Muka kau pon bukan main berlagak lagi semenjak jd TPM. Muka berlagak sombong takde chance la nk jd PM. Bagi chance la pada org cerdik pandai di Malaysia ni, ramai lagi kan…

bat8
Guest
bat8

Tuan Perhimpunan membantah kenaikan harga barangan di Dataran Merdeka semalam amat berjaya untuk menyampaikan mesej kepada Najib dan rakyat. Jumlah kehadiran semalam amat membanggakan. Media pencacai tidak boleh mempertikaikan impak dan jumlah kehadiran semalam. Mereka kena spin cara lain. Keduanya kehadiran majoriti golongan muda semalam adalah satu pertanda baik dan memberi harapan bahawa UMNO boleh ditewaskan dalam PRU 14 nanti dengan dokongan mereka. Jika kita lihat golongan muda yang hadir menghimpunkan pelbagai kumpulan i.e bukan aktivis parti pembangkang je. Hari ini polis mengeluarkan bahawa tindakan akan diambil kepada penganjur bantahan semalam. Ini satu lagi sikap tak cerdik yang kita perlu… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

apa kata lepas ni tulis huruf E tu betul betul bukan tulis E jadi 3.

Anonymous
Guest
Anonymous

tak kira siapa, asal saja spesis umno semuanya bangang. Menyusahkan rakyat.

Anonymous
Guest
Anonymous

jika mahathir masih bersuara selagi itulah rakyat akan susah….kesusahan rakyat sekarang sebenarnya sudah berpunca dari kerakusan mahathir menghabiskan sumber negara…yg nampak kerakusan ini akan dihumban isa….paklah dan najib hanya menjadi umpan mahathir menutup kerakusannya…zaman mahathir kita sebagai rakyat langsung tiada suara…
sekarang suara yg kita ada harus digunakan dgn sebaik mungkin demi masa depan anak anak kita…

bukanbudaktingkat4
Guest
bukanbudaktingkat4

Lu hidup zaman mana? Shahbuddin wartawan, saya bekas wartawan, dan sepanjang pengetahuan saya, kami bebas sahaja menulis. Buku Pak Habib (Syed Hussein Al Attas) yang asyik hentam Mahathir itu pun boleh dijual dengan bebas di PWTC. Hanya bila zaman pak lah, buku-buku politik tidak dibenarkan dijual di PWTC time UMNO bersidang. Memang ada beberapa kes KDN era Mahathir agak keras dengan penerbitan – khususnya semasa zaman reformasi. Tetapi tengok dulu rasional di sebalik tindakan itu. Mahathir habiskan sumber negara? Bukti? Kalau setakat cakap dengar, tak payah la… Mahathir memang ada kelemahan. Agak banyak. Tapi tentang pengurusan negara, dia bukan bandingan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

boleh tak rakyat bersuara hapuskan isa masa mahathir…? boleh tak rakyat buat kartun muka mahathir masa zaman mahathir…? aduhai pakcik…jgn debat dgn kami anak muda….kami bukan wartawan …tapi kami ada suara marhein…kami bersatu dengan satu suara…satu dimensi…satu impian…satu dunia kawan kami…satu dunia kami bersuara…suara kami suara marhein….kami ditindas…kami perjuangkan hak kami….turunkan harga minyak petrol yg pertama…maaf kami pinta…kalau begini sikap pakcik…alamat tak berbini tiga lah pakcik…

Anonymous
Guest
Anonymous

boleh tak rakyat bersuara hapuskan isa masa mahathir…? boleh tak rakyat buat kartun muka mahathir masa zaman mahathir…? aduhai pakcik…jgn debat dgn kami anak muda….kami bukan wartawan …tapi kami ada suara marhein…kami bersatu dengan satu suara…satu dimensi…satu impian…satu dunia kawan kami…satu dunia kami bersuara…suara kami suara marhein….kami ditindas…kami perjuangkan hak kami….turunkan harga minyak petrol yg pertama…maaf kami pinta…kalau begini sikap pakcik…alamat tak berbini tiga lah pakcik…

Anonymous
Guest
Anonymous

Cakap Muhyiddin ni bukan boleh dipakai sangat, pagi cakap lain, tengahari cakap lain, petang cakap lain begitu juga malam dihari yg sama. Semuanya berbeza sama sekali, lidahnya bercabang banyak. Dia saja nak turunkan suhu buat seketika, kalau tak percaya sama2 kita tunggu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sokong….2 kali dia datang tempat saya…6 bulan sebelum pilihanraya cakap lain datang lagi sebulan sebelum pilihanraya lain pula cakapnya…..macam tak cukup DHA

Anonymous
Guest
Anonymous

macam lidah anwar ibrahim kan? cabangnya mengalahkan pokok rambutan

Anonymous
Guest
Anonymous

Rambutan tengkorak kamu..ko tahan ke dgn kos sara hidup dan kenaikkan yg gila ini? Dah drg pemerintah tak betul, boros sana, boros sini..skrg baru terhantuk defisit negara kronik..

Anonymous
Guest
Anonymous

adakah mana-mana kerajaan boleh mengarah pekedai turunkan harga barang? itu kedai mereka, business mereka, siapa yg boleh beri arahan kepada mereka? kita sebagai pengguna patut buat sesuatu supaya peniaga terpaksa turunkan harga. TNB, PLUS untung berbillion, mereka tak patut naikkan rate mereka tambahan mereka GLC