Najib Sudah Boleh Dikategori Perdana Menteri OKU

Sesiapa pun kini tidak dapat lagi menyembunyikan kebimbangannya terhadap keupayaan Najib dalam memimpin negara ini. Pretasinya merosot hari demi hari, kedudukan ekonomi kian memburuk, hutang negara bertambah dan kehidupan rakyat tidak pernah menjadi lebih baik.

Menambahkan beban derita rakyat melalui pelbagai kenaikan kos sara hidup bagaikan sudah menjadi amalannya, terutama sejak berakhirnya PRU 13 lalu. Di sebalik pelbagai janji untuk memulihkan ekonomi dan menyatakan prestasi ekonomi negara berada di landasan yang betul, hakikatnya semakin hari semakin banyak wang dari poket rakyat yang cuba disedut atas nama kesejahteraan negara dalam jangka panjang kononnya.

Dan setiap kali berlaku kenaikan dan menambahkan derita rakyat, Najib seolah-olah tidak berasa berdosa melakukannya. Beliau sentiasa mencari hujah-hujah yang logik untuk mewajarnya segala kenaikan itu, walaupun banyak daripada hujahnya kelihatan dangkal dan tidak masuk akal.

Dalam mempertahankan kenaikan pelbagai harga barang dan perkhidmatan, Najib telah membandingkan dengan kenaikan gaji dan elaun wakil rakyat di Selangor dengan menyatakan kerajaan PRlah yang lebih dulu melakukan kenaikan. Sekali pandang, hujah Perdana Menteri itu nampak ada betulnya tetapi hakikatnya beliau lupa bahawa kerajaan telah menaikkan harga minyak sebaik saja berakhir pilihanraya pada 5 Mei lalu sedangkan kenaikan gaji wakil rakyat Selangor hanya baru diluluskan dan belum pun berkuatkuasa lagi.

Ia kemudian diikuti dengan kenaikan harga gula, tarif letrik, tol dan pelbagai lagi. Inilah yang telah menambahkan lagi kos sara hidup hidup rakyat. Lagi pula tiada kaitan antara kenaikan gaji wakil rakyat di Selangor dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dilakukan Najib itu. Beliau hanya cuba memesongkan kesalahannya ke bahu orang lain.

Dalam masa yang sama, jika Najib ingin membandingkan kenaikan gaji wakil rakyat, beliau sepatutnya melihat kepada kerajaan negeri Sarawak yang telah melakukan kenaikan gaji dan elaun lebih awal serta pada peratusan yang lebih tinggi lagi berbanding di Selangor.

Bercakap mengenai kenaikan kadar tol pula, Najib mempertahankan cadangan kenaikan itu dengan mengatakan jika tol tidak dinaikkan, maka cukai terpaksa dinaikkan. Terlihat di sini bahawa untuk menambah pendapatan dan mengelakkan hutang negara terus bertambah, Najib hanya melihat cara mudah untuk memperolehi wang iaitu melalui kenaikan harga barang, menambah kadar cukai dan penghapusan subsidi.

Bahkan melalui apa yang didedahkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli bahawa kerajaan juga didapati telah menjual dan memajak beberapa aset negara untuk mencapai sasaran defisit negara 2013 pada kadar 4 peratus daripada KDNK sebagaimana yang dijanjikan, berbanding 4.5 peratus pada tahun lalu, jelas membuktikan bahawa Najib semakin kehilangan upaya dalam mentadbir negara ini.

Sudah tentu penjualan aset negara ini adalah berdasarkan nasihat daripada Pemandu yang diketuai oleh Idris Jala di mana ketika mengetuai MAS, beliau juga pernah mengambil pendekatan sama iaitu menjual bangunan ibu pejabatnya untuk memperolehi pendapatan.

Lalu apa jadi kepada MAS sekarang, sudahlah hilang bangunan, prestasinya juga terus merosot. Catatan untung hanya direkodkan pada tahun awal Idris Jala mengetuainya saja dan jelas keuntungan itu kerana menjual bangunannya.

Daripada menaikkan harga barang, menambah kadar cukai, menghapuskan subsidi dan menambah derita rakyat, Najib kini menjual aset negara pula. Beliau sudah menjadi seorang yang kurang upaya atau OKU dalam memimpin negara ini.

Jika dalam kehidupan seharian OKU bermaksud orang kelainan upaya tetapi dalam kes Najib, maksud yang sesuai ialah orang kurang upaya. Beliau kini dilihat tidak mampu lagi membawa negara melangkah lebih jauh menuju kemajuan dan memberi kebahagiaan kepada rakyatnya. Setiap hari berita yang diterima rakyat adalah berita sedih belaka.

Najib pada hakikatnya sudah menjadi Perdana Menteri yang OKU sifatnya. Yang beliau nampak hanyalah menaikkan cukai, memotong subsidi dan menaikkan harga barang sebagai jalan mudah memperolehi wang dan pendapatan bagi negara. Kesengsaraan dan kesusahan rakyat semakin jauh daripada lubuk hatinya.

Jika dalam dunia pekerjaan, mereka yang sudah mengalami kecacatan kekal atau dikategorikan OKU sudah dibolehkan mengambil pencen Socso, maka Najib juga sebenarnya layak dimasukkan dalam kategori itu. Beliau pada hakikatnya sudah menjadi OKU dalam memimpin, berfikir dan merencana sesuatu yang bermakna untuk negara. Beliau juga tidak mampu lagi memimpin dengan lebih kreatif atau beraksi dengan lebih baik untuk tahun-tahun seterusnya.

Lagi lama, lagi derita rakyat dibuatnya. Lagi lama juga, tiada apa lagi yang tinggal akhirnya nanti. (SH 22/12/2013)

Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:29 pm

33
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymoussally allenzalieynaREMPAH RASAconsultantsam Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

ha..ha.. ada logiknya… jika tajuk ""Najib Sudah Boleh Dikategori OKU sebagai Perdana Menteri"" baru mantap penggunaan metaforanya… OKU pun mental or fizikal boleh berjaya seperti Dr Stephen Hawkins…. so possible la OKU jadi PM satu hari nanti…. perlu rujuk dewan bahasa nie subjek, predikat dan lain2….

Anonymous
Guest
Anonymous

Penulis yang salah tulis dan tidak tahu menggunakan bahasa sendiri dengan betul. Kebetulan En Najib adalah Perdana Menteri untuk OKU kerana beliau telah menyokong pengeluaran penuh caruman KWSP saya, seorang OKU pada masa kecemasan. Terima kasih buat En Najib dan kesannya sedikit sebanyak satu rombakan dalam prosedur pengeluaran caruman KWSP telah dibuat. Pada pandangan saya, isu kenaikan harga bukan salah kerajaan. Sebaliknya secara tersirat salah masyarakat sendiri yang semakin meningkatkan saham dosa. Zina semakin berleluasa menyuburkan kemiskinan. Boleh selak kitab alQuran dan sunnah nabi. Contoh senang soal bertudung wanita. Ramai anggap jika bertudung tetapi hati busuk tak perlulah bertudung. Walhal… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Sally,

Kami faham tapi jgn sensitif sgt.
Teringat saya satu masa dulu, tak bolah kata cacat lalu tukar kepada oku. Kisan pemblog ne tiada kaitan dgn (tidak merujuk) kepada org oku atau org cacat. Sesungguhnya apa yg nak disampaikan adalah pentadbiran najib banyak kecacatan kerana ditadbir oleh org2 kelihatan oku (org yg tidak sempurna kasih syg kepada rakyat). Bukan merujuk kepada yg ditakdirkan tuhan mendapat kekurangan dari segi fizikal, ya syg.

sally allen
Guest
sally allen

Ini bukan macai/tiada kaitan politik. Tp penggunaan kata penulis menunjukkan anda kurg sensitif dan telah menyinggung dan lagi merendahkan taraf OKU. Mungkin tidak sesuai kata tsebut dipilih utk mengumpamakan kelemahan pentadbiran Saudara Najib itu. Mohon betulkan kesilapan tersebut.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kehkehkeh…..lunyai tuan kena lanyak dengan macai-macai ajibgor nampak. Takpe bagi can kat depa menunjukkan jaguh mereka. Otak bongsai mana nak faham metafora…yang jelas bagai matahari tengah hari pun mereka kata tak nampak….hehehe

Anonymous
Guest
Anonymous

rasa diri hebat tapi hakikatnya bangang bertingkat-tingkat. tak payah nak kaitkan OKU dengan mainan politik. kalau korang nak bergadug sesama sendiri suka hati korang la…yang aku tak puas hati sebab korang nak kaitkan OKU…siap buat perumpamaan plak tu…jangan rasa diri hebat sangat sampai mengguris hati insan2 istimewa…kalau nak kami boleh tolong doakan…tiada daya upaya manusia melainkan atas kehendak Allah…Sendiri mau ingat..

REMPAH RASA
Guest
REMPAH RASA

Anonymous sy setuju dgn setiap comment anda…sgst sgt

REMPAH RASA
Guest
REMPAH RASA

Saya tak peduli siapa encik.Bagi sy taraf encik sangat rendah…skala bawah skali. Hina sungguh pandangan encik trhadap hamba Allah yg trpilih ini golongan oku. Cuba belajar mghormati, pandai hina orang tp diri sendiri tak sedar diri…

Anonymous
Guest
Anonymous

encik tidak layak menjadi seorang penulis,.sekiranya masih ada sifat diskriminasi terhadap oku atau mahluk tuhan yang lain dalam diri encik shahbudin,.belajar ilmu penulisan daripada pak samad,…apa yg patut di ukirkan pada skrin komputer..jangan menghina tetapi tegur la melalui ayat-ayat yang berbisa…

Anonymous
Guest
Anonymous

kadang2 manusia itu dianugerahkan otak tpi tidak berakal…penulisan ini lebih kepada mementingkan dirI.wlu kita rasa diri kita sempurna tp …jgn sampai menghina…sedih

consultantsam
Guest
consultantsam

Hang nak kutuk orang janganlah nak babitkan OKU, bodoh! Ak harap hang atau keluarga hang jadi OKU! Biar terencat akal trus lg senang!

Buat penulisan plak pakai sumber berat sebelah, butuhlah kritis dalam membina negara, puiiii!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Agak2 la pakcik….kalau nk marah kat atok tu sekali pun jgn la kaitkan dgn OKU…..kalau hang n tau nenek tuk pun ada anak OKU….walaupun depa lagi bini ada mbuat silap tetapi sekurang2nya di hati kecil mereka ada rasa belas kasihan pada golongan OKU n berusaha utk mbantu..pakcik, tolong buka sikit minda, banyak kan lagi mbaca n cuba bgaul dgn org yg OKU….saya rasa baru pakcik akan paham!

Anonymous
Guest
Anonymous

betul2..

Anonymous
Guest
Anonymous

Nak kutuk najib boleh tapi jgn kutuk oku

Anonymous
Guest
Anonymous

Xkena kt batang idung bleh ar blasah sebut OKU. Tulis guna pala lutut..hampess.nmpk mcm pndai..

Anonymous
Guest
Anonymous

Salam. Saya tak berapa ambil pusing soal politik. TAPI itu bukan perkara utama. Yang saya nak komen tindakan encik menyamakan pemimpin tak berupaya dengan golongan OKU. Asal yang buruk dan bodoh kenapa nak samakan dengan OKU? Jangan sewenang2nya guna istilah OKU atau apa2 istilah sekalipun nak menyamakan orang. Pendapat saya keyboard warrior macam encik ni dan golongan yang suka mencaci, mencarut, mengeji kerja COMPLAIN 24 jam ni yang memperbesarkan isu yang entah betul atau tidak (punca bertambah2nya fitnah) lagi HINA level berbanding OKU dan pemimpin yang walaupun tak sempurna tapi sentiasa cuba cari titik persefahaman semua pihak. Kalau golongan macam… Read more »

maslina
Guest
maslina

Salam tuan shahbudin husin,

Sy amat terkilan apabila tuan mengaitkan perdana menteri dgn golongan OKU.bkn semua OKU itu bodoh,malah mereka golongan istimewa yg tidak diminta dilahirkan begitu.harapan sy agar tuan lebih sensitif dgn kenyataan yg diberikan meskipun tuan tidak setuju dgn pemerintah negara

Anonymous
Guest
Anonymous

Saudara, kalau nak marah sekalipun tak payah lah samakan dia dgn OKU. Saya sgt tersinggung dgn kenyataan saudara ini. Seperti rakan2 di atas, saya juga mempunyai anak OKU. Tidak pernah saya berasa malu atau kesal dianugerahkan anak OKU. Kalau golongan kami mengahrgai kehadiran OKU, kenapa saudara menyamakan orang yg saudara benci dngan OKU? Kenapa tak samakan dengan Firaun ke, Hitler ke…..apa sudah hilang kepandaian dari pihak saudara ke utk menyamakan orang itu dgn golongan OKU? NAmpaknya orang itu dengan saudara pun DUA KALI LIMA sahaja. Pendek akal walaupun kononnya dari golongan TERPELAJAR.

Anonymous
Guest
Anonymous

pada pendapat saya melabelkan seseorg dgn apa2 gelaran sekali pun tidak dibenarkan oleh Islam…..

Anonymous
Guest
Anonymous

My son has an OKU card. He uses it whenever he can. It doesn't make him feel inferior. To him it means he is different, NOT less. The card states that he has 'masalah pembelajaran' but alhamdulillah he is an undergraduate at a local university. It saddens me & other parents when someone with a high intellect like you look down on OKUs, that they are somehow inferior to you.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sangat setuju. Menyamakan sifat2 negatif dengan OKU sangat tidak boleh diterima akal. Barangkali penulis tidak mempunyai ahli keluarga dan rakan dalam kategori ini sehingga sanggup mengeluarkan komen yang mengarut

AA
Guest
AA

Saya bersetuju dengan Puan Siti. Jika kepimpinan beliau yang saudara cuba ketengahkan di sini…tidak perlu lah penggunaan OKU itu digunakan. Banyak lagi perkataan lain yang boleh melambangkan kepincangan kepimpinan seseorang. Mempunya anak OKU, menjadikan saya lebih tabah dalam hidup dan menghargai setiap pemberian TUHAN kepada saya. Saya redha dikurniakan anak OKU…tapi kesal dengan pengertian OKU dari post saudara ini !

Aishah Binti Abdul Ghani
Guest
Aishah Binti Abdul Ghani

Asal nak gambarkan yg buruk, busuk, bodoh ttg orang cepat sahaja kaitkan dengan OKU. Kami yg lansung tak ambik pusing hal kauorang..sekuman pun tak related.. mudah2 nak pakai istilah OKU. Apa org normal mcm kau hebat sangatkah? Tahulah nanti Allah balas tulisan kau yg menyakitkan hati.. ibu anak OKU.

Siti_btp
Guest
Siti_btp

Encik, maafkan saya ye..saya setuju hujah2 Encik tapi tak perlulah membabitkan golongan OKU..Saya tahu keluarga Encik tiada yg OKU ..Orang yang sihat akan jadi OKU bila di timpa kemalangan ke.yang terpilih dr yg di pilih..Tak mustahil kita juga akk terpilih jadi OKU.Tak semestinya golongan OKU ni semua berfikiran yg buruk spt en sangkakan..Saya amat kesal dgn apa yg en tuliskan di sini dan betul2 rasa terhina..

Anonymous
Guest
Anonymous

setuju

IbuFF
Guest
IbuFF

ye betul..dlm tak sedar, kita nak pertahankan keadilan, tapi dlm masa yg sama juga, encik telah berlaku tidak adil..

zalieyna
Guest
zalieyna

setuju..jgn kerana encik. tidak setuju dgn kepimpinan beliau sampaikan melibatkan beliau dgn golongan insan istimewa…

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan, Najib pada kami hanyalah seorang yang tak layak jadi PM dan mukanya setebal kulit babi.Muka tak tau malu.Masih bangga dengan menarik undi sebanyak 47%,memang jenis manusia haramjadah!

Shakirin Al-Ikram
Guest
Shakirin Al-Ikram

Don't let us give this pathetic example of a PM any quarters and spare him our `kesian' he does NOt deserve any ounce of nicety as he has been stumbling and bungling for the time he was Pahang MB.Now 46 years on and at age 60, he has come to naught all because he has no redeeming values working for him!THis is the first PM I believe who is selling and hocking like a common housewife trying to make ends meet.NOT that he wants to reimburse the rakyat all the millions siphoned, the billions squandered and the trillions `gone to… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Dalam tinjauan rambang melalui beberapa kelompok ahli dan penyokong Barisan Nasional, kita melihat rata-rata mereka meletakkan harapan pada Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Mat Sabu, Lim Kit Siang, memperjuangkan nasib mereka anak beranak. Tapi dalam masa yang sama mereka tetap mempertahankan pemimpin bangang mereka untuk terus berkuasa. Kenapa ahli UMNO Baru bersikap seperti melayu tolol dan bacul tanpa berani bersuara untuk membantah tindakan pemimpin mereka yang mahu mengenakan cukai GST, menaikkan harga barangan sedangkan apa yang akan dilakukan Najib itu melibatkan tambahan kos kehidupan semua rakyat sama ada dibandar mahu pun yang hidup diulu kampong.. ? Apakah sudah ada ejen yang… Read more »

ct-sue
Guest
ct-sue

Saudara hebat namun saudara mungkin tak sedar saudara menyentuh sensitiviti OKU sendiri. AKTA OKU 2008 jelas OKU-Orang Kurang Upaya…bukan Orang Kelainan Upaya.Ada part pandangan saudara seolah2 menyatakan OKU juga tidak mampu membawa kemajuan kepada negara. Ada kalanya lidah kita ini lebih tajam daripada mata pedang dan tanpa sedar ia menghiris hati orang lain…

Anonymous
Guest
Anonymous

Tunggulah balasan Allah untuk pemimpin pemimpin UMNO BN yg zalim ini…..In Sya Allah….

Anynomous
Guest
Anynomous

Itula masalahnya apabila yg memimpin tidak pernah merasa jerih payah kehidupan. Golongan mereka yg tergolong didlm kategori bangsawan. Kenaikan harga barangan biarpun 10 sen amat dirasakan oleh org2 kampung seperti saya. Kesan rantaian kenaikan pelbagai kos seperti letrik, tol dan minyak semakin menghimpit kehidupan kami. Dgn anak seramai 6 org berapakah gaji sesorg itu utk merasa kehidupan yg selesa? Yg saya terkilan ada menteri yg mencadangkan agar mengikat perut didlm menharungi hidup seharian tau tk beliau selama ini pun memang kami berbelanja ikut kemampuan saja tapi belanja sekolah pakaian pengangkutan bukan kami yg menentukan. Menteri tk fikir semua itu kerana… Read more »