Month: December 2013

Najib Makin Lemah, Muhyiddin Pun Mula Mengorak Langkah

Ketika ini sedang berlangsung perhimpunan aman Turun bagi membantah kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup. Dilaporkan ribuan rakyat sedang berhimpun di tiga lokasi yang telah ditetapkan iaitu di depan Kompleks Sogo, Masjid Jamek dan Pasar Seni untuk menuju ke Dataran Merdeka sebagai destinasi sebenar perhimpunan tersebut. Memandangkan kehadiran peserta demonstrasi akan bercampur dengan […]

Selain Tukar Penasihat, Najib Juga Perlu Tukar Menteri Cap Ayam Dalam Kabinetnya

Sesiapa pun kini dapat merasakan bahawa sokongan rakyat terhadap kerajaan berada di tahap paling lemah sekali. Di mana-mana mudah saja kedengaran rungutan dan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan. Rungutan tidak lagi diluahkan oleh kelompok yang memang kritikal dan menentang kerajaan, bahkan kebelakangan ini suara daripada dalam UMNO dan kerajaan sendiri semakin lantang mengkritik Najib […]

Takkanlah Kerajaan Najib Serapuh Biskut Kering?

Serentak dengan sambutan malam tahun baru beberapa hari lagi, beberapa NGO pro pembangkang telah merancang untuk mengadakan perhimpunan aman di Dataran Merdeka untuk menzahirkan luahan perasaan terhadap kerajaan yang menaikkan beberapa harga barang dan perkhidmatan sejak beberapa bulan lalu. Sejak pilihanraya umum Mei lalu, kerajaan didapati telah menaikkan empat hingga lima barang dan perkhidmatan, manakala […]

Anak Rosmah Beli Kondo RM110 Juta, Satu Lagi Kebanggaan Malaysia

Sebagaimana satu demi satu harga barang dinaikkan, nampaknya satu demi satu juga terdedahnya kemewahan yang mahu dipamerkan oleh keluarga Perdana Menteri, Najib Razak kepada rakyat Malaysia ini. Terbaru, dilaporkan anak Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu yang secara automatiknya merupakan anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz telah membeli sebuah kondo mewah di New York berharga […]

Saranan Mahathir Bukti Najib Mengurus Negara Secara Salah

Selepas beberapa pihak tampil menyatakan kebimbangan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad akhirnya turut bersuara dengan nada yang serupa. Dalam tulisan di blognya, Mahathir berkata, dalam menangani beban kewangan negara dan keperluan menambah sumber pendapatan, kerajaan sepatutnya mengurangkan kos pengeluaran dan bukannya menaikkan harga barangan yang […]

Mujurlah Hanya Ada Seorang Hasan Malek Di Negara Ini

Berlakunya siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan kebelakangan ini diakui oleh semua pihak bakal memberi kesan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan. Ia bukan saja memperlihatkan kegagalan kerajaan menggunakan kuasa yang ada padanya dengan sebaik mungkin, malah sesetengah kenaikan itu juga menunjukkan kegagalan kerajaan menepati janjinya. Selain Perdana Menteri, wakil-wakil rakyat, ahli akademik, NGO dan sebagainya […]

Berapa Lama Lagikah Najib Mampu Bertahan?

Kritikan demi kritikan yang diterima Najib sejak kebelakangan ini jelas memperlihatkan kerajaan yang sedang dipimpinnya semakin lemah dan ditolak oleh rakyat. Jika sebelum ini kegagalannya menangani kenaikan harga barang lebih banyak dikritik oleh pihak pembangkang, mutakhir ini pula memperlihatkan suara dari dalam UMNO sendiri semakin lantang mengenainya. Selain Ahli Parlimen Pulai dan Pengerusi PAC, Nur […]

Turunkan Najib Harus Jadi Azam Tahun Baru 2014 Rakyat Malaysia

Beberapa hari saja lagi, tahun baru 2014 akan menjelma. Seperti kebiasaannya setiap kali menjelang ketibaan tahun baru, perkara yang selalu dilakukan oleh kebanyakan orang ialah menanam azam masing-masing supaya apa yang mahu dicapai pada tahun tersebut sentiasa tersemat dalam hati dan menambahkan lagi kegigihan untuk berusaha. Ada yang azamnya mahu memiliki kereta, membeli rumah baru, […]

Najib Sudah Boleh Dikategori Perdana Menteri OKU

Sesiapa pun kini tidak dapat lagi menyembunyikan kebimbangannya terhadap keupayaan Najib dalam memimpin negara ini. Pretasinya merosot hari demi hari, kedudukan ekonomi kian memburuk, hutang negara bertambah dan kehidupan rakyat tidak pernah menjadi lebih baik. Menambahkan beban derita rakyat melalui pelbagai kenaikan kos sara hidup bagaikan sudah menjadi amalannya, terutama sejak berakhirnya PRU 13 lalu. […]

Makmal Kos Sara Hidup Langkah Terbalik Najib

Ekoran rungutan berterusan orangramai mengenai kos sara hidup yang kian meningkat berikutan berlakunya siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan, Najib Razak semalam mengumumkan penubuhan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup dibawah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan atau Pemandu bagi mengkaji dan merangka langkah-langkah susulan menangani masalah itu. Menulis di laman sosial Facebooknya, Perdana Menteri berkata, beliau […]

Awas, Jangan Kritik Isteri PM Lagi!!

Tindakan KDN menggantung permit penerbitan akhbar mingguan The Heat, adalah isyarat jelas kepada pengamal media agar tidak lagi mengkritik isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Akhbar itu yang sebelum ini telah diberikan surat tunjuk sebab, akhirnya digantung permit penerbitannya kerana menyiarkan berita mengenai perbelanjaan mewah Najib dan Rosmah sebagai berita muka hadapannya. Walaupun tiada penjelasan mengenai […]

Kasanova Baru Kahwin Pun Tidak Mungkir Janji Secepat Ini!!

Apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam menaikkan harga barang dan perkhidmatan selepas pilihanraya ini memperlihatkan wajah sebenar kerajaan yang sedang memerintah negara ini. Ia juga memperlihatkan gambaran sebenar wajah Perdana Menteri, Najib Razak dan hati perutnya dalam memimpin negara ini. Kini tidak terselindungkan lagi hakikat wujudnya perbezaan bagaikan langit dengan bumi dalam diri dan perasaannya […]

Barang Naik: Angkara Penasihat Atau Tanda Lemahnya Najib?

Kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berturut-turut sejak beberapa bulan lalu mula menimbulkan keresahan kepada rakyat. Setelah beberapa kenaikan berlaku, pertanyaan yang sering bermain di fikiran ialah, apakah lagi akan naik selepas ini? Setelah kenaikan tarif letrik sebanyak 15 peratus bermula Januari 2014, kenaikan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 di beberapa lebuhraya bermula […]

Dari Korporat Kepada ‘Cap Ayam’

Kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan yang berturut-turut sejak kebelakangan ini memang boleh membuatkan darah rakyat turut menaik saja. Kerajaan yang kononnya berpaksikan slogan “rakyat didahulukan” dan menjanjikan mimpi yang indah-indah semasa pilihanraya lalu, kini dilihat seperti melupai janji sendiri dengan tidak sabar-sabar mahu menyedut wang dari poket rakyat. Bermula dengan minyak, gula, cukai pintu […]

Peringatan Kepada Zahid Hamidi: KDN Bukanlah Tanah Subur Untuk Bermain Politik

Walau apa pun alasan di sebalik dakwaan yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan menterinya, Ahmad Zahid Hamidi terhadap Timbalan Presiden Pas yang dikaitkan dengan fahaman Syiah, agenda politik kenapa dakwaan itu dibuat adalah paling tepat sekali. Selain mahu menghancurkan Pas dan memastikan sokongan Melayu luar bandar kekal milik UMNO, ia juga dipercayai mahu meningkatkan […]

Dunia Sudah Terbalik, Mat Sabu Pula Diminta Kemuka Bukti!!

Dalam perkembangan terbaru mengenai dakwaan menganut fahaman Syiah yang dilemparkan terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, pegawai agama KDN, Dr Zamihan Mat Zain Al-Ghari meminta pemimpin Pas itu tampil mengemukakan bukti menafikan dirinya terlibat dengan fahaman itu. “Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah […]

Soalan Untuk Zahid Hamidi, Bolehkah Mat Sabu Ditahan Dengan 10 Bukti Itu?

Ketika berucap di penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, 7 Disember lalu, Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, “Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam Pas. “Pas, ketepikan perbezaan politik. Ini soal akidah dan keselamatan negara. Kita hairan bagaimana Pas memilih pemimpin Syiah itu untuk menjadi orang nombor dua dalam Pas. Jangan […]

Apa Lagi Akan Naik Selepas Ini?

Kebimbangan utama rakyat kini ialah kenaikan kos sara hidup yang bagaikan tiada penghujungnya. Perkembangan selepas PRU 13 ini lebih menunjukkan kerajaan pimpinan Najib lebih ghairah untuk menaikkan apa saja yang boleh dinaikkan bagi menampung kantung negara yang makin berkurangan serta hutang yang makin bertambah. Bermula dengan kenaikan minyak, penghapusaan subsidi gula, pengenalan cukai GST yang […]

Tolonglah, Bukan Salah Rosmah!!

Puji-pujian yang diberikan oleh Perdana Menteri, Najib Razak terhadap isterinya di ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, sekali lagi mendedahkan Rosmah Mansor kepada sorotan perhatian ramai. Jika sebelum ini, perhatian kepadanya adalah melalui apa yang dilakukannya sendiri, tetapi kali ini Najib selaku suami pula yang melontarkan umpan supaya kedudukan isterinya diperkatakan orang. Dalam memuji […]

Kalau Berpura-Pura Tanda Syiah, Dalam UMNO Pun Ramai Penganutnya

Dalam reaksi awalnya mengenai dakwaan yang dibuatnya di penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, Sabtu lalu bahawa orang nombor dua dalam Pas iaitu Mohamad Sabu mengamalkan ajaran Syiah, Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, bukti terperinci mengenainya akan dibuat dalam sidang akhbar khas yang akan diadakan tidak lama lagi. Katanya, Ketua Setiausaha KDN, Abdul Rahim Mohamad […]