Month: November 2013

Sekali Lagi Mukhriz Dipinggirkan Oleh Najib

Selain perlantikan pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias sebagai ahli MT UMNO yang menjadi perbualan hangat, tercicirnya nama Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dalam senarai perlantikan turut juga menjadi persoalan ramai kalangan dalam UMNO. Ustaz Kazim dipertikaikan kerana dilantik tetapi Mahathir pula dipersoalkan kenapa beliau tidak dilantik. Dalam pemilihan UMNO pada Oktober lalu, Mukhriz yang dilihat […]

Semoga Ustaz Kazim Elias Tidak Sekadar Berperanan Baca Doa Dalam UMNO

UMNO semalam mengumumkan perlantikan sembilan ahli MT untuk melengkapkan barisan kepimpinan tertingginya, sesuai usainya pemilihan parti pada 12 Oktober lalu dan dalam menghadapj Perhimpunan Agung UMNO minggu depan. Perlantikan yang dibuat dan disahkan oleh Presiden UMNO, Najib Razak itu bagaimanapun hanya diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor. Mereka yang dilantik ialah Nazri […]

Bukan Sekadar Gaji, Wang Pencen Juga Wajar Diserah Kepada Badan Kebajikan

Isu kenaikan gaji anggota pentadbiran dan Adun Negeri Selangor yang menjadi perbualan hangat kini akhirnya menyerlahkan sikap “talam dua muka” sebahagian wakil rakyat negeri itu. Tidak saja Adun BN yang didapati bersikap demikian, bahkan Adun daripada PR juga nampaknya bersikap sama. Dalam perbahasan mengenai kenaikan gaji itu, sehingga bacaan kali ketiga, semua Adun bersetuju dengannya. […]

Kalau Ada Rizab RM2.7 Bilion, Apa Salahnya Naik Gaji!!

Isu kenaikan gaji anggota pentadbiran kerajaan negeri Selangor kini hangat diperkatakan. Ramai yang menyifatkan kenaikan yang diusulkan oleh MB Selangor, Khalid Ibrahim dan diluluskan oleh DUN Selangor itu terlalu tinggi terutama bagi jawatan Speaker dan Timbalan Speaker yang hanya bertugas mempengerusikan sidang Dewan Undangan Negeri beberapa kali saja dalam setahun. Struktur gaji baru itu ialah […]

Pepatah “Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih” Tidak Pernah Berbohong

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi bahawa kertas siasatan tidak dapat dibuka berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah KL, Mat Zain Ibrahim terhadap Peguam Negara, Gani Patail kerana akaun bersumpahnya bukanlah laporan polis, sebenarnya menimbulkan lebih banyak tanda-tanya kepada umum. Ia hampir mengesahkan kebenaran dakwaan Naib Presiden PKR, N Surendran bahawa […]

Pemimpin UMNO Tiada Harga Di Mata Najib

Apabila bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengkritik Najib dengan mengatakan kepimpinannya semakin lemah dan sering tunduk kepada tuntutan kumpulan ekstremis pembangkang, beberapa pemimpin UMNO segera tampil menyanggah pandangan itu. Menurut mereka, keterbukaan Najib tidak seharusnya ditafsirkan sebagai tunduk dan lebih mendengar tuntutan pembangkang. Namun demikian, dua hari lalu Najib mengumumkan penubuhan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara […]

Bolehkah Kita Tersenyum Lagi?

Semalam Najib menyatakan bahawa mereka yang mengelak daripada membayar cukai adalah dianggap telah melakukan pengkhianatan kepada negara. Ini kerana, menurut tafsiran Perdana Menteri, membayar cukai adalah sebahagian daripada ciri semangat patriotisme kepada negara. Dalam bahasa yang mudah ialah mereka yang tidak membayar cukai tidak ada semangat patriotisme dan adalah pengkhianat negara. Hujah Perdana Menteri ini […]

“Tak Perlulah Sampai Guna Lilin, Tapi Tunjuklah Keinginan Nak Berjimat”

Perdana Menteri, Najib Razak akhirnya bersuara juga mengenai kontroversi bil letrik di Seri Perdana yang mencecah lebih RM2.2 juta bagi tahun 2012 yang lalu sehingga bukan saja menjadi isu Parlimen tetapi juga menjadi perbualan di kalangan rakyat. Rata-rata berpendapat, bil sebanyak itu terlalu tinggi dan kurang sesuai dengan kedudukan ekonomi negara sekarang ini. Dalam penjelasannya, […]

Kemenangan Yang Tidak Menggembirakan UMNO

Pemenang bagi jawatan Timbalan Presiden Pas sudah pun diketahui. Mat Sabu akhirnya berjaya mengekalkan jawatannya setelah menewaskan pencabarnya, Nik Amar Nik Abdullah dengan 588 undi berbalas 490. Setelah Haji Hadi Awang menang tanpa betanding bagi jawatan Presiden sebelum ini, bermakna gandingan ulama dan bukan ulama kekal menerajui kepimpinan Pas bagi tempoh dua tahun akan datang […]

Antara Isteri Tengku Adnan Dan Isteri Najib

Isu kenaikan cukai pintu yang dicadangkan oleh DBKL baru-baru ini telah menimbulkan keresahan kepada warga kota. Ramai yang terperanjat apabila menerima bil cukai pintu masing-masing. Kenaikan antara 100 peratus hinga 300 peratus yang dicadangkan itu dianggap terlalu tinggi dan membebankan. Setelah dibebankan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup, kenaikan cukai pintu ini tentunya menambahkan lagi […]

Siapa Lebih Lawak?

Dalam program Maharaja Lawak Mega 2013, kumpulan Jambu adalah adalah antara peserta yang sering mencuit hati penonton. Lawaknya bersahaja dan santai. Kumpulan ini dianggotai oleh Tauke dan Yus (pemuda berasal dari Perlis). Berikut adalah salah satu dialog dalam persembahan mereka. Tauke: Apa kata kalau kita cuti bersama? Yus: Pergi ke mana? Tauke: Indonesia. Yus: Hisss, […]

Isu Jet Rosmah: Muhyiddin Sedang Diperangkap?

Dalam perkembangan yang semakin membingungkan orangamai berhubung isu penggunaan jet eksekutif yang membawa isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dalam lawatan ke Qatar baru-baru ini, Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said mendedahkan bahawa lawatan ke Qatar itu adalah atas jemputan peribadi dan bukannya urusan rasmi yang melibatkan kerajaan. Pendedahan ini, jika benar, secara automatik menolak hujah […]

Putrajaya Lubuk Penyamun Pecah Rumah?

Kewujudan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan dengan rekabentuk bangunan yang indah-indah memang mengkagumkan sesiapa saja, tidak kira rakyat tempatan mahu pun pelancong luar negara. Ramai rakyat tempatan yang bangga dengan kewujudannya dan menjadikannya sebagai salah satu tempat yang sering dikunjungi untuk bersiar-siar bersama ahli keluarga. Bagi pelancong luar pula, Putrajaya hampir menjadi destinasi wajib untuk […]

Surat Terbuka Dari Rakyat Malaysia – Tahniah Dan Terima Kasih Rosmah, Kami Sangat Bangga Denganmu

Kepada Yabhg Datuk Seri Datin Paduka Dr Rosmah Mansor First Lady Of Malaysia Seri Perdana, Putrajaya. Yabhg Datuk Seri yang kami sayangi, Setelah membaca kenyataan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim hari ini, kami rakyat Malaysia secara tiba-tiba berasa bersalah kerana telah tersalah anggap selama ini. Benar kata Shahidan, rakyat Malaysia sepatutnya berterima […]

Rosmah Mansor Kembali ‘Mengganas’

Setelah sekian lama agak menyepikan diri dari sorotan cerita-cerita sensasi, isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor secara tiba-tiba kembali menjadi bahan bualan rakyat. Puncanya hanyalah kerana beliau menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa ke 4 di Qatar, minggu lalu dengan menggunakan jet eksekutif. Di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim telah disoal bertalu-talu oleh […]

MB Negeri Sembilan Diakui Pindahkan Wang RM10 Juta Tapi Tiada Kes Rasuah, Kata Menteri

Dalam jawapan di Parlimen hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan didapati tidak bersalah atas dakwaan memindahkan wang sebanyak RM10 juta ke luar negara. Katanya, hasil siasan Jabatan Peguam Negara, sejumlah wang bernilai RM10 juta yang dipindahkan itu bukanlah hasil daripada perbuatan rasuah. “Jabatan Peguam Negara […]

Belum Pun Apa-Apa, Pas Sudah Mahu DiHasan-Alikan

Tanpa angin, tanpa ribut, bahkan mungkin tidak ada sesiapa yang mempelawanya pun, secara tiba-tiba saja bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Hasan Ali membayangkan kemungkinan untuk kembali menyertai Pas, parti politik Islam yang telah memecatnya tidak lama dahulu. Mungkin muktamar dan pemilihan Pas yang bakal berlangsung tidak lama lagi telah membangkitkan kembali ghairahnya terhadap parti itu. […]

Tiada Lagi Alasan Untuk Tidak Menyiasat Gani Patail

Meskipun sudah banyak orang bercakap mengenai isu dakwaan salah laku Peguam Negara, Gani Patail dan adanya pengintip CIA diambil bekerja dengannya, tetapi sehingga ini semuanya masih lagi kelabu. Najib yang sepatutnya bersuara menjelaskan keadaan itu, masih lagi berdiam diri. Gani Patail yang dituduh pula hilang entah ke mana, juga membisukan diri dan mungkin sedang menenangkan […]

Sampai Bilakah Mahathir Mahu Berhenti Merungut?

Seperti yang dijangka, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad bersuara lagi meluahkan sesuatu yang terbuku dihatinya. Setelah beberapa tegurannya mengenai UMNO dan kerajaan tidak berapa didengar sebelum ini, tindakannya terus bersuara seperti ingin memancing perhatian, bukan saja daripada pemimpin UMNO tetapi juga rakyat jelata. Terbaru, beliau merayu supaya kerajaan mengembalikan semula pembelajaran sains dan matematik dalam […]