Month: October 2013

Nasib Baik Ku Li Tak Jadi Lawan Najib…

Keputusan pemilihan bagi jawatan ketua sayap UMNO semalam yang menyaksikan Shahrizat Jalil, Khairy Jamaluddin dan Mas Ermieyati memenangi jawatan Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri bukanlah suatu keputusan yang memeranjatkan. Ia boleh dikatakan keputusan yang sudah diduga oleh kebanyakan orang dan bukan lagi suatu berita besar. Sebab itu, kemenangan mereka tidak diraikan dengan meriah […]

Hishammuddin Sudah Terbayang Kekalahannya…

Menjelang pemilihan sayap dalam UMNO yang akan diadaka dalam tempoh beberapa jam dan seminggu lagi sebelum pemilihan peringkat MT UMNO, Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein yang dikatakan lembik dan paling mungkin kecundang dalam mempertahankan jawatannya, dilihat cuba menagih simpati agar penyingkirannya itu tidak menjadi kenyataan. Dengan cuba menggambarkan dirinya seorang yang tidak mementingkan kedudukan dan […]

Nak Mudah Menang Jawatan Dalam UMNO, Bergaduhlah Dengan Cina

Persaingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO kali ini mulai membahang panasnya. Sementara Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dilihat merupakan calon yang paling dikehendaki oleh majoriti perwakilan bagi menduduki kerusi nombor tiga itu dan Hishammuddin Hussein, seorang lagi anak bekas Perdana Menteri berada dalam kedudukan cemas dalam mempertahankan jawatannya, Zahid Hamidi pula terus meniti populariti terutama […]

Menjelang Aidil Adha, Politik Wang Pun Turut Bermula!

Adakah wang akan menjadi penentu undi ??? – Gambar hiasan Sambutan Hari Raya Aidil Adha mungkin disambut secara biasa oleh kebanyakan umat Islam di negara ini, tetapi bagi orang Melayu beragama Islam yang menjadi perwakilan UMNO, sambutan pada tahun ini barangkali berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mereka yang terbabit mungkin menyambutnya dengan sedikit meriah serta poket […]

Zahid Hamidi Sesuai Jadi Pemimpin UMNO Tapi Kurang Sesuai Sebagai Pemimpin Kerajaan

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi dalam satu majlis tertutup di Melaka berkaitan jenayah dan keselamatan baru-baru ini, terus mengundang pertikaian banyak pihak. Rakaman ucapan beliau yang didedahkan oleh sebuah portal berita itu bukan saja dikecam oleh part-parti pembangkang tetapi juga oleh parti komponan BN sendiri. Selain Gerakan yang sudah menyatakan rasa kurang senang […]

Kalau Pemimpin Umpama Durian, Isa Samad Durian Jenis Apa Agaknya?

Pengerusi Felda, Isa Samad adalah antara pemimpin UMNO yang suka melawak dan mempunyai banyak perumpamaan apabila bercskap mengena sesuatu isu. Ada-ada saja perumpamaan atau contoh perbandingan yang keluar dari mulutnya dan selalunya pula ianya terlihat logik dan mudah diterima akal. Sikapnya yang suka melawak, bergurau dan mudah didekati, selain banyak perumpamaan menarik dalam diari pemikirannya, […]

Kenapa Zahid Hamidi Terlalu Emosional?

Sejak timbulnya isu berkenaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dan kemudian laporan audit yang mengaitkan wujudnya beberapa kelemahan dalam agensi Kementerian Dalam Negeri, Zahid Hamidi menjadi menteri yang paling kacau dan tidak tenteram jiwanya. Tindakan dan gelagatnya beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan beliau seolah-olah seorang pemimpin yang tidak boleh ditegur dan hanya mahu berita yang baik-baik […]

Jika BN Mahu Menang Di Sungai Limau, Menangkan Dulu Mukhriz Naib Presiden UMNO

SPR sudah pun menetapkan tarikh pilihanraya kecil DUN Sungai Limau pada 4 November depan manakala hari penamaan calonnya pada 23 Oktober. Dengan penetapan tarikh ini, kedua-dua parti yang bakal bertanding di situ iaitu Pas dan UMNO, bolehlah mula mempertingkatkan lagi gerak kerja masing-masing bagi memenangi pilihanraya nanti. Pas memang ingin mengekalkan kawasan DUN Sungai Limau […]

Nama Najib Dijaja Lagi Dalam Pemilihan UMNO Wangsa Maju

Menjelang pemilihan UMNO pada 19 Oktober depan, antara bahagian yang dijangka menyaksikan pertandingan sengit ialah di bahagian Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan. Bekas Setiausaha Politik Najib di Kementerian Kewangan, Shafie Abdullah kali ini akan ditentang oleh bekas Pemangku Ketua UMNO bahagian itu, Zainal Nazeri Zainuddin. Dalam pemilihan 2008 lalu, Zainal Nazeri terpaksa mengundurkan diri kerana diasak […]

Teori Yang Boleh Difikirkan Dalam Memilih Naib Presiden UMNO

Dua hari lalu, Ahmad Zahid Hamidi menafikan laporan blog ini yang mendedahkan wujud desakan kepada para perwakilan untuk mengekalkan ketiga-tiga penyandang Naib Presiden UMNO sedia ada sehingga menimbulkan keresahan kepada para perwakilan UMNO yang akan mengundi pada 19 Oktober ini. Menurut beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, dakwaan itu hanyalah spekulasi semata-mata kerana jawatan Naib […]

Laporan Audit Membuktikan Janji Berubah Hanya Omongan Kosong

Setiap tahun apabila laporan audit mengenai perbelanjaan kerajaan didedahkan kepada umum, cerita yang sama berulang kembali. Ceritanya tidak lain mengenai pembaziran, ketirisan, perbelanjaan tidak munasabah dengan membeli barang ikut harga sesuka hati dan penyelewengan seolah-olah wang perbendaharaan negara yang dibelanjakan itu adalah warisan daripada nenek moyang mereka. Sebagaimana tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya, kali ini […]

Berapa Lamakah Najib Mampu Bertahan?

Walaupun Najib sudah disahkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan UMNO 2013 dan ini merupakan penggal keduanya selepas menang tanda ditandingi juga pada 2004 lalu, masa depan beliau sebenarnya masih lagi dilihat tidak selamat. Kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri dilihat tidak sepanjang masa kukuh untuknya dan beliau seolah-olah bila-bila masa saja boleh tercampak daripadanya. Jika […]