Month: October 2013

Muhyiddin Dah Pandai Melawak, Katanya Projek Pembangunan Bukan Untuk Beli Undi…

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang kini lebih lapang dadanya berikutan permohonan maafnya telah diterima baik oleh keluarga Allahyarham Ustaz Azizan sedangkan isu keterlanjurannya mengaitkan bekas MB Kedah yang dipotong kakinya dengan pemansuhan subsidi gula menjadi percakapan ramai, dilihat semakin bersemangat meneruskan kempennya untuk memastikan kemenangan BN di Sungai Limau pada 4 November ini. Beliau […]

Kenapalah Kerajaan BN Jadi Terlebih Cerdik Bila Berurusniaga…

Isu pemansuhan subsidi gula yang diumumkan dalam Bajet 2014 Jumaat lalu, terus mendedahkan kelemahan dan pelbagai kepincangan kerajaan dalam menjaga amanah serta mengurus wang rakyat. Sebagaimana yang diunjurkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Parlimen bahawa pasaran gula di Malaysia mencecah RM4 bilion setahun dan dengan pemansuhan subsidinya, keuntungan yang boleh diraih oleh tauke gula […]

Muhyiddin Sudah Minta Maaf, Pas Bila Lagi?

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin akhirnya akur untuk meminta maaf kepada keluarga Allahyarham Ustaz Azizan Razak berhubung kontroversi ucapannya yang dianggap menyinggung perasaan dan mengguris hati keluarga bekas MB Kedah itu. Menurut Muhyiddin, sebagai umat Islam dan manusia biasa, beliau memohon maaf sekiranya ucapannya sebelum ini menyinggung hati dan perasaan keluarga Ustaz Azizan. “Bukan tujuan […]

Akhirnya Mahathir Mulai Menyerang, Apakah Najib Bakal Tersungkur?

Sebagaimana yang diduga banyak pihak bahawa kekalahan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir merebut jawatan Naib Presiden UMNO pasti akan menyebabkan rasa tidak senang bapanya, akhirnya menjadi kenyataan juga. Hari ini bekas PM selama 22 tahun mendakwa politik wang masih wujud dalam UMNO sehingga menyebabkan mereka yang tidak layak berjaya menang dalam pemilihan baru-baru ini. Walaupun […]

Jangan Sampai Terlupa Sedekahkan Al Fatihah Untuk Roh Ustaz Azizan…

Berbanding banyak pilihanraya kecil sebelum ini, pilihanraya kecil DUN Sungai Limau ini agak pelik dan sedikit luar biasa. Dalam pilihanraya kecil ini, nama Allahyarham Ustaz Azizan Razak, bekas ADUN kawasan itu selama lima penggal dan juga bekas Menteri Menteri Besar Kedah, begitu dijadikan sandaran untuk mendapatkan undi. Jika hanya PAS yang berbuat demikian, tidaklah terasa […]

Bajet Mungkir Janji, Ramai Menyesal Mengundi BN

Intipati Bajet 2014 yang dibentangkan Najib di Parlimen dirasakan paling tidak menarik kali ini. Bajet yang pada mulanya diandaikan sebagai bajet menunaikan janji kepada rakyat dan membuktikan slogan BN menang, rakyat senang setelah rakyat, terutamanya penduduk kampung dan luar bandar terus memberi sokongan kepada BN dalam pilihanraya lalu, kini sudah bertukar menjadi bajet mungkir janji. […]

Menunggu Janji Pilihanraya “BN Menang, Rakyat Senang” Dalam Belanjawan 2014

Pembentangan Belanjawan 2014 petang Jumaat ini yang akan dilakukan oleh Najib Razak tentunya ditunggu-tunggu oleh semua orang. Ramai yang ingin mendengar sama ada kali ini banyak berita gembira atau rakyat terus dibebankan dengan pelbagai kenaikan cukai dan pemotongan subsidi lagi. Lebih-lebih lagi, pembentangan belanjawan kali ini dilakukan selepas BN menang tipis dalam pilihanraya Mei lalu […]

Kemenangan Khairul Azwan Sebagai Naib Ketua Pemuda Hanyalah “Menang Betina”

Sebagaimana yang diduga, Ketua Pemuda Perak, Khairul Azwan Harun akhirnya diumumkan memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia menewaskan Jamawi Jaafar setelah dua bahagian yang mengadakan pemilihan semulanya hari ini iaitu Gelang Patah dan Sabak Bernam memberikan undinya kepada pegawai khas Menteri Besar Perak itu. Dengan kedudukan undi sekarang Khairul Azwan mendapat 75 berbanding Jamawi […]

Bila Agaknya Najib Nak Tunaikan Janji Tukar Ketua Menteri Sarawak?

Semalam Perdana Menteri, Najib Razak berada di Sarawak untuk merasmikan Perhimpunan Agung parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dipimpinan oleh Ketua Menterinya, Taib Mahmud. Secara kasarnya tiada apa-apa yang istimewanya dengan kehadiran Najib itu kerana sudah menjadi amalan biasa sebagai Pengerusi BN, beliau akan merasmikan semua perhimpunan agung parti-parti komponen yang bergabung di bawah BN. […]

Kesian Ali Rustam, Dulu Cina Kencing Dia, Sekarang UMNO Melaka Pula…

Bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam mungkin antara ahli politik paling bernasib malang di negara ini. Walaupun bintang politiknya pernah menyinar, berjaya memimpin negeri Melaka selama 13 tahun dan cerita-cerita kejayaannya membangunkan negeri itu sering menjadi sebutan, tetapi kebelakangan ini bintangnya sering saja diselaputi kabus tebal. Ini menjadikan laluannya untuk terus mendaki ke puncak seakan-akan […]

Menunggu Mahathir Bersuara…

Apa yang paling ditunggu di sebalik keputusan pemilihan UMNO semalam ialah apakah reaksi bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengenainya. Ia bukan saja mengenai kekalnya status quo Naib Presiden yang menyaksikan anaknya, Mukhriz kalah dan gagal mencetuskan perubahan dalam UMNO tetapi juga berikutan senarai pemenang jawatan MT turut memperlihatkan pemikiran statik lebih menguasai parti itu berbanding […]

Pilihan Najib Berjaya Tapi Transformasi UMNO Gagal

Sehingga lewat tengah malam tadi, keputusan pemilihan bagi jawatan Naib Presiden UMNO menyaksikan ketiga-tiga penyandang berjaya mempertahankan jawatan mereka, termasuk Hishammuddin yang dianggap lembik dan tidak tegas sebagai pemimpin. Keputusannya setakat ini memperlihatkan Zahid mendapat 185 undi, Shafie Apdal 174 undi, Hishammuddin 100 undi, Mukhriz 91 undi, Isa Samad 7 undi dan Ali Rustam juga […]

Sah, UMNO Alergik Dengan Undi Popular

Jawatankuasa Pemilihan UMNO akhirnya membuat pusingan u-turn berhubung keputusan untuk menentukan pemenang bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO yang tergantung sejak seminggu lalu berikutan jumlah undi yang diperolehi oleh dua calonnya iaitu Khairul Azwan Harun dan Jamawi Jaafar terikat dengan kedudukan 73-73 pada pemilihan 12 Oktober lalu. Selepas keputusan seri itu, Jawatankuasa Pemilihan kemudiannnya memutuskan […]

Menjelang Hari Pengundian, Seperti Sudah Ada Arahan Agar Penyandang Naib Presiden Dikekalkan

Dengan tempoh kempen yang semakin singkat dan detik membuang undi hanya tinggal beberapa jam saja lagi, sudah mula bertaburan di sana-sini cai atau senarai calon yang harus dipilih oleh para perwakilan dalam pengundian Sabtu ini. Walaupun cai itu melibatkan calon Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi, tetapi dipercayai fokusnya ialah bagi jawatan Naib Presiden UMNO. […]

Mungkinkah Ali Rustam Dan Isa Samad Dikambinghitamkan Untuk Memenangkan Pilihan Najib?

Bahang perebutan jawatan Naib Presiden UMNO semakin meninggi suhunya. Bukan saja calon yang makin sibuk mengatur strategi saat-saat akhir, bahkan para perwakilan juga tidak menang tangan memenuhi pelbagai jemputan bertemu dengan calon dan juga dengan ejen calon-calon yang bertanding. Semakin dekat hari pengundian pada Sabtu ini, warna sebenar mengenai siapa yang bakal menang dan siapa […]

3 Hari Menjelang Pengundian, Hishammuddin Masih Lagi Ketinggalan

Pemilihan UMNO bakal diadakan pada 19 Oktober ini, iaitu kira-kira tiga hari daripada sekarang. Kerusi paling panas diperkatakan ialah Naib Presiden. Semua calon bagi merebut jawatan itu ketika ini sedang sibuk berkempen ke seluruh negara menemui perwakilan, di samping turut sibuk muncul berkempen di televisyen melalui program bual bicara atau wawancara. Memandangkan kali ini jumlah […]

KJ Tolak Undi Popular Kerana Mahu Khairul Azwan Jadi Naibnya?

Keputusan muktamad siapa pemenang yang sebenar bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO bakal ditentukan melalui undi popular. Ini berikutan dua calonnya iaitu Khairul Azwan Harun dan Jamawi Jaafar masing-masing memperolehi 73 undi daripada bahagian-bahagian yang membuat pilihan pada Sabtu lalu. Berikutan itu, Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh Tajol Rosli memutuskan bahawa undi popular daripada 73 […]