Month: September 2013

Saya Tak Bodoh, Saya Tak Bodoh, CGPA Saya 3.85 Lagi, Kata Ahmad Maslan

Barangkali kerana tidak dapat menahan dada yang sentiasa membuak-buak berikutan banyak kenyataan dan hujah-hujahnya dipertikaikan, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan malam tadi menulis di Twitternya “Saya tak lah bodoh sangat. Ijazah pertama di Victoria University Wellington New Zealand. MBA di UKM pelajar terbaik drpd 177. CGPA 3.85”. Barangkali Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO […]

Kalaulah Mukhriz Kalah Naib Presiden UMNO…

Penyertaan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO tidak sudah-sudah mengundang kontroversi. Daripada disyaratkan meminta nasihat Presiden UMNO terlebih dahulu, kemudian penyertaannya dikatakan tidak mendapat restu berikutan Najib mahu penyandang sedia ada dikekalkan dan terbaru ini, beliau dikatakan merupakan ancaman kepada kedudukan Najib pula. Namun di sebalik semua itu, mood dan […]

Kod Etika Pemilihan UMNO Hanya Menguntungkan Pemegang Jawatan Kerajaan

Pemilihan UMNO kali ini bukan saja menyaksikan perubahan dari segi penyertaan mereka yang diberi hak memilih tetapi juga beberapa peraturan baru berkaitan pertandingan turut diperkenalkan. Antara yang menjadi perbahasan hangat ialah mengenai peraturan kempen dan ruang untuk berjumpa dengan perwakilan. Tidak seperti sebelum ini, dalam pemilihan kali ini mereka yang bertanding di peringkat pusat hanya […]

Peluang Wanita UMNO Memulihkan Imejnya

Kehadiran Maznah Mazlan sebagai pencabar Shahrizat Jalil di saat-saat akhir bagi jawatan Ketua Wanita UMNO pada 12 Oktober depan, kembali menghangatkan perebutan bagi jawatan itu. Sebelum ini apabila bekas Ketua Puteri UMNO, Azalina Othman Said menarik diri daripada mencabar Shahrizat kerana dikhabarkan dinasihatkan berbuat demikian di samping dijanjikan kedudukan dalam sebuah GLC serta jawatan kanan […]

Ayuh Najib, Beranilah Sahut Cabaran Ku Li Untuk Isytihar Harta!

Hanya berselang beberapa jam setelah Tengku Razaleigh Hamzah melontarkan cabaran kepada Najib agar semua yang bergelar pemimpin, termasuk dirinya supaya berani mengisytiharkan harta masing-masing kepada umum sebagai langkah menangani rasuah dan mengembalikan kepercayaan umum, terdedah pula berita mengenai anak seorang menteri yang berjawatan pegawai khas didapati telah membeli sebuah banglo mewah bernilai lebih RM7 juta. […]

Orang Najib Dipaksa Kibar Bendera Putih Kepada Orang Muhyiddin Di Setiawangsa

Perebutan jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa antara Ahli Parlimen kawasan itu, Ahmad Fauzi Zahari dengan Izuddin Ishak yang pada mulanya dijangka sengit dan menarik, sudahnya berakhir dengan anti klimaks apabila salah seorang calonnya menarik diri setelah diarahkan berbuat demikian. Izuddin Ishak yang mahu mencabar Fauzi untuk kali ketiga dikatakan menerima arahan itu atas alasan […]

Siapa Orang Bodoh Dalam UMNO Yang Mahathir Maksudkan?

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad terus melontarkan kritikannya terhadap UMNO. Jika sebelum ini beliau mengatakan UMNO sebagai parti yang sudah tua dan akan mati, kali ini pemimpin UMNO yang sudah lama memegang jawatan pula dijadikan sasarannya. Walaupun hujah Mahathir yang mengatakan UMNO sudah tua dan bakal mati itu disanggah oleh Najib dengan mengatakan UMNO sebenarnya […]

Khalid Ibrahim, Bola, Masjid dan Cap Ayam!

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim terlihat tidak matang apabila seakan-akan melenting dengan teguran Pemuda PAS Selangor yang mempersoalkan kemerosotan pasukan bolasepak negeri itu sehingga gagal masuk ke peringkat suku akhir dan mengaitkannya dengan kekurangan penajaan dan menyebabkan ramai pemainnya berhijrah ke pasukan lain untuk musim depan. Dalam jawapan balasnya terhadap kritikan Timbalan Ketua Pemuda PAS […]

Giliran Menteri Meletakkan Kesalahan Pada Rakyat

Kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa menteri dan pemimpin kerajaan kebalakangan ini benar-benar meresahkan rakyat. Ia bukan saja menimbulkan kesangsian tentang kecerdikan, kewibawaan dan tahap intelektual mereka yang diamanahkan dengan kuasa dan tanggungjawab itu tetapi seolah-olah semuanya sedang sepakat untuk meletakkan segala kesalahan dan beban kehidupan kepada rakyat. Kadangkala pula, selain semua kesalahan cuba dilonggokkan kepada […]

Di Sebalik Transformasi, Ukurlah Baju Di Badan Sendiri!!

Transformssi politik yang dilaksanakan oleh Najib dalam UMNO dengan membuka ruang kepada lebih ramai perwakilan terlibat dalam memilih pemimpin dan sesiapa saja boleh bertanding, akhirnya menjadikan bukan saja pertandingan dalam UMNO menjadi lebih meriah, malahan kadang-kadang seperti bermulanya “pesta maharaja lawak” dalam parti itu. Di ibu pejabat UMNO, hari penamaan calon yang diadakan Sabtu lalu […]

Naib Presiden – Antara Restu Najib Dan Restu Mahathir

Kehadiran ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Shafie Apdal secara bersama dan serentak di hari penamaan calon pemilihan MT UMNO hari ini, tidak diragui lagi merupakan isyarat yang jelas bahawa mereka ini akan berpakat dan saling bergandingan tangan antara satu sama lain. Walaupun tindakan berpakat itu cuba dinafikan tetapi ia terlihat […]

Ada Naib Presiden UMNO Mula Berpeluh Dingin

Sepertimana yang diduga dan diharapkan oleh banyak pihak, Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir akhirnya mengumumkan penyertaannya dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan 19 Oktober depan. Ini menjadikan persaingan menjadi sah enam penjuru setakat ini. Jika pengumuman Mukhriz ini dibuat setelah beliau mendapatkan nasihat daripada Najib sebagaimana yang disyorkan oleh salah seorang penyandang Naib […]

Tidak Mustahil Akramsyah Buat Kejutan Keatas KJ

Bahang perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang pada mulanya dirasa sejuk kerana Khairy Jamaluddin dijangka akan menang tanpa bertanding, tiba-tiba bertukar menjadi panas berikutan munculnya seorang bekas pemimpin belia, Akramsyah Sanusi yang menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan tersebut. Kini, orangramai mula bercakap mengenai pertembungan antara KJ, menantu Pak Lah dengan Akramsyah, anak kepada Sanusi Junid, […]

Hishammuddin Tak Mungkin Kalah Naib Presiden UMNO!!

Sementara jawatan Presiden UMNO belum ada kepastian sama ada dipertandingkan atau tidak, sehingga ini posisi yang paling menjadi tumpuan dan dijangka berlaku persaingan sengit ialah jawatan Naib Presiden UMNO. Memandangkan ketiga-tiga penyandangnya, Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal akan mempertahankan jawatan, manakala Isa Samad dan Ali Rustam sudah mengesahkan turut bertanding dan Mukhriz […]

Apakah Harun Taib Hanya Ingin PAS Jadi Pembangkang Sampai Kiamat?

Sudah banyak yang ditulis mengenai keputusan Multaqa Ulama Pas yang antara lainnya memutuskan supaya dikaji semula tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan Pakatan Rakyat terutama PKR yang dianggap merugikan parti itu. Kekurangan sokongan pengundi Melayu, isu Kota Damansara dan pertindihan di Labuan dalam pilihanraya umum lalu, menjalarnya elemen Anwarisme dalam Pas dan berbagai lagi dijadikan […]

Kenapa Hanya Mukhriz Disyaratkan Minta Nasihat Presiden Jika Mahu Bertanding?

Pemegang jawatan nombor satu Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi mengambil langkah yang dianggap mengejutkan apabila mencadangkan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Presiden UMNO, Najib Razak terlebih dahulu sebelum memutuskan mahu bertanding jawatan nombor tiga itu dalam pemilihan akan datang ini. Menurut Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, Najib mungkin mempunyai […]

Ah Jib Gor Sudah Kembali Jadi Melayu

Perdana Menteri, Najib Razak hari ini membentangkan program besar-besaran untuk memperkasa ekonomi orang-orang Melayu dan Bumiputera yang mengandungi lima teras utama dan 34 langkah susulan ke arah mencapai matlamat itu. Dalam majlis yang dinamakan memperkasa ekonomi Bumiputera di Shah Alam dan dihadiri oleh hampir kesemua menteri-menteri kabinet dan menteri-menteri besar serta ketua menteri BN, Najib […]

Walaupun Masih Jadi Teka-Teki, Kempen Ku Li Sedang Berjalan Sebenarnya

Ketika ini, kedudukan sama ada Tengku Razaleigh Hamzah akan bertanding atau tidak jawatan Presiden UMNO masih lagi samar dan tiada kepastian. Ahli Parlimen Gua Musang itu juga dalam sidang akhbarnya minggu lalu meminta orangramai menunggu sehingga 28 September depan iaitu hari pendaftaran untuk mengetahui kedudukan sebenar mengenai dirinya. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tiadalah, demikian […]

Benarkah Bil Air Di Selangor Sudah Naik?

Terdapat rungutan daripada penduduk yang tinggal di beberapa kawasan di Selangor sekarang ini berikutan bil air yang diterima setiap bulan sudah meningkat berbanding sebelumnya. Yang peliknya, peningkatan itu hanya dialami beberapa bulan ini saja iaitu selepas  pilihanraya umum 5 Mei lalu. Seperti yang diketahui, kerajaan negeri PR di Selangor telah memperkenalkan bekalan air percuma sebanyak […]