Sirul Dan Azilah Bebas Tapi Najib Semakin Tidak Bebas Dari Persepsi Altantuya

Mahkamah Rayuan semalam membebaskan dua anggota UTK, Sirul Azhar dan Azilah Hadri daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Sharibu yang sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi dan polemik dalam negara. Ia bukan saja berkaitan pembelian kapal selam yang juga terpalit dengan pelbagai dakwaan rasuah serta komisen tetapi juga turut dikaitkan dengan Najib Razak kerana tertuduh utama yang dikaitkan dengan kes itu, Abdul Razak Baginda adalah merupakan rakan karibnya manakala Azilah dan Sirul pula adalah anggota polis pengiringnya.

Razak telah dibebas daripada tuduhan yang sama beberapa tahun lalu dan kini giliran dua anggota UTK yang didakwa meletupkan Altantuya dengan bahan letupan C4 pula dibebaskan. Sementara pembebasan Razak tidak dirayu oleh pihak pendakwaan, kes kedua-dua anggota polis ini difahamkan akan dirayu ke Mahkamah Persekutuan pula.

Dengan pembebasan Sirul dan Azilah serta Razak sebelum ini, persoalan yang bermain-main di layar fikiran rakyat ialah siapakah sebenarnya yang membunuh dan mengarahkan pembunuhan wanita Mongolia itu?

Di laman-laman sosial Facebook dan Twitter, isu ini menjadi paling hangat semalam dengan pelbagai pihak tampil sama ada meluahkan kemarahan, sindiran dan pelbagai tafsiran mengenai keputusan Mahkamah Rayuan itu. Walaupun Altantuya bukan warga Malaysia, rakyat kita tampaknya begitu prihatin dalam soal keadilan sejagat, lebih-lebih lagi kes pembunuhan melibatkan beliau merupakan kes yang dianggap berprofil tinggi.

Sementara ada pihak yang gembira dan menitiskan airmata kerana pembebasan Azilah dan Sirul itu, ramai juga pihak yang meluahkan rasa kecewa dan dukacita dengan keputusan itu. Bapa Altantuya yang tentu paling kecewa menuntut kerajaan Mongolia supaya campurtangan dalam hal ini.

Beberapa pihak lain seperti pembangkang, termasuk juga bekas Menteri Kehakiman Zaid Ibrahim turut melahirkan rasa kecewanya. Beberapa pemimpinnya turut mengulas mengenai keputusan itu tetapi kebanyakannya terlihat cenderung melihat aspek kegagalan pihak pendakwa memanggil DSP Musa Safri, pegawai khas Najib yang merupakan orang atasan kepada Sirul dan Azilah sebagai saksi di mahkamah.

Pelbagai kecaman dan kata-kata pedih turut dilemparkan kepada Peguam Negara, Gani Patail, malah ada yang menuduh beliau sengaja tidak memanggil DSP Musa sebagai saksi untuk menjadikan perbicaraan kelihatan cacat dan lemah.

Atas semua aspek yang ditimbulkan itu, nama Najib tentunya terkait sama. Daripada menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika Altantuya dibunuh dan kini menjadi Perdana Menteri, pelbagai persepsi cuba ditimbulkan untuk melibatkan adanya peranan serta pengaruh Najib dalam pembebasan kedua-dua anggota polis itu serta juga Razak Baginda sebelumnya.

Di pelbagai lapisan rakyat juga, mereka turut bercakap isu dengan nada yang sama. Pelbagai cerita dan andaian kedengaran di mana-mana, baik di rumah-rumah, pejabat, kedai kopi mahupun lobi hotel yang mengulas isu pembebasan Azilah dan Sirul serta kaitannya dengan kedudukan Najib.

Secara umumnya, persepsi yang cuba ditimbulkan berkaitan pembebasan Azilah dan Sirul tambah menenggelamkan lagi keyakinan rakyat terhadapnya.

Dalam masa yang sama, dengan pembebasan Azilah dan Sirul juga, saman sivil yang dikemukakan oleh bapa Altantuya yang tertangguh sebelum ini akan diteruskan selepas ini. Peguam Karpal Singh dilaporkan akan berusaha untuk memastikan saman sivil bernilai RM100 juta yang turut melibatkan Najib dan kerajaan Malaysia, akan menghasilkan keputusan yang menggembirakan.

Malah Karpal juga bertegas akan berusaha melakukan sapina terhadap Najib dan DSP Musa Safri bagi memberi keterangan dalam kes saman sivil ini.

Sekali ini, nama Najib akan terus dikaitkan dengan Altantuya untuk tempoh yang tidak tahu bila titik akhirnya.

Ini bermakna untuk tempoh beberapa tahun ini, di samping kes rayuan Azilah dan Sirul yang akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan, kes saman sivil bapa Altantuya bernilai RM100 juta serta kemungkinan Najib sendiri akan disapina untuk memberi keterangan dan pelbagai lapisan rakyat pula akan terus bercakap mengenai kes pembunuhan itu serta kaitannya dengan beliau, Najib sebenarnya semakin terperangkap dalam pesepsi dan dan andaian yang berbagai-bagai berkaitan pembunuhan Altantuya ini.

Selagi orang ramai bercakap mengenai pembunuhan Altantuya, selagi itulah nama Najib akan dikaitkan dan sukar dipisahkan, bahkan dengan bebasnya Azilah dan Sirul, Najib didapati semakin tidak bebas daripada persepsi yang mungkin akan lebih menyakitkan hari-hari mendatang bagi dirinya dan juga UMNO yang sedang dipimpinnya.

Razak Baginda sudah bebas, Azilah dan Sirul juga sudah bebas tetapi pembebasan mereka itu sama-sekali tidak membebaskan Najib. Beliau mungkin terpaksa memikul beban ini untuk selama-lamanya.(SH 24/08/2013)

Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:28 pm

22
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymousvipmaster powerzackjuraganKAHWIN DI THAILAND, NARATHIWAT Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Xda sapa bunuh la….xda sapa mati…altantuya bunuh diri ja..sbb mtk keja kat 7e xdpt…so dia sedih…baru la lepas tue dia ajak ahjib kongkek…tp ahjib kan suci..warak..zuhud…bwh sket ja level nabi…lagi bersedih la altantuya..dia terus la p amik C4 kat bukit aman…jalan kaki p shah alam..bunuh diri kat sana….sekian..tamat

vipmaster power
Guest
vipmaster power

This Is What Women Really Want !! => KLIK HERE !!

zack
Guest
zack

sekarang…semua kambing hitam dah lepas bebas…

tinggal lagik SI PENGEMBALA KAMBING la yg akan terima

AKIBATnya

Anonymous
Guest
Anonymous

Kembala kambing & kambing2 hitamnya tunggu ajerlah hukuman pasti dari Allah kalau tak bertaubat sblm mati….

juragan
Guest
juragan

selg parti politik tu yg berkuasa dinegara ini….tubuh ler apa nama SURUHANJAYA… semuanya x lut dgn undang2…percaya ler,

Anonymous
Guest
Anonymous

Bila mahkamah bebaskan anwar ibrahim xde sapa pun dari ruangan ini yang pertikai..semua mempertahankan kononnya yang dibebaskan tu x bersalah..kenapa bila keputusan yang ini terlalu banyak spekulasi dangkal??..banyak yang tidak berilmu memberi komen

Anonymous
Guest
Anonymous

Anwar dibebaskan adalah patut dan wajar. Sebab tak ada 4 saksi dibawah seksyen 43, Qanun Jinayah Syar'iyah sejajar dgn Firman Allah dlm surah An-Nur ayat ke 4, dan sipenuduh termasuk awak boleh dikenakan hukuman had qazaf (sebat) 80 kali sebat. Oleh sebab hukuman ini dihalang dilaksanakan seperti yang Allah perintah, tunggulah hukuman yg lebih berat di akhirat nanti. Bukan takat tu jer mat oiii. Yg mengundi pemerintah yg tak mau kpd hukum islam pun akan dapat sahamnya di akhirat nanti. Bagi kes Altantuya bagi saya amat mudah sbb pendakwa tak kemuka saksi yg sepatutnya atau menyembunyikan saksi adalah satu kesalahan… Read more »

KAHWIN DI THAILAND, NARATHIWAT
Guest
KAHWIN DI THAILAND, NARATHIWAT
Anonymous
Guest
Anonymous

Hangpa nak heran apa kalau penjenayah ramai di Malaysia ni. KEpimpinan melalui teladan. Pemimpin kencing berdiri, rakyat pun kencing berlari. Kalau pemimpin jadi ibu ketam, nak ajar rakyat berjalan betul macam mana. Kisah Musa Safri dan proton saga langsung tak timbul dalam perbicaraan tu. Alih alih hakim di mahkamah rayuan tau pula pasal tu sedangkan perbicaraan bertahun sebelum tu di mahkamah tinggi…haram tak keluar langsung nama Musa Safri tu. Pelik dan ajaib. Ghani patail yang dikatak bijak pandai dan pintar tu pun tak mahu timbulkan soal tu. Pasukan pendakwa ni "pelakun drama" agaknya, terpaksa membaca skrip. Kalau kes lain..benda yang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Mengikut pandangan orang ramai mengenai dua anggota polis yang membunuh Altantuya patut dijatuhkan digantung sampai mati, ada yang berpendapat patut dikenakan penjara seumur, dan ada juga yang berpandangan bahawa mereka patut dibebaskan. Semuanya boleh digunapakai dalam perundangan ‘Malaysia Boleh’yang telah diubah suai oleh Tun Mahathir. Cuma yang mana satu pilihan kita dan apakah pilihan kita itu mempunyai persaman dengan citarasa pemerintah ? Pembebasan pembunuh upahan itu telah menambah lagi bilangan penjenayah di Malaysia dari 260,000 menjadikan 260,002 orang seperti yang dimaklumkan oleh pemimpin kita, Zahid Hamidi. Jumlah ini jika jadi ukuruan ianya telah melebihi dari anggota polis 112,538 dan angkatan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Sekarang ni…pembunuh Altantuya tidak diketahuan oleh umum, yang pasti pembuhun ada diantara berjuta2 rakyat Malaysia. Bagi saya Allah yang maha megetahui pembunuhnya serta malaikat maut yang mencabut nyawa Altantuya dan diakhirat nanti jelmalah pembunuh, tunggulah balasan Allah.

mahadzira
Guest
mahadzira

bagus artikel yg kritis menarik tentu najib jibby panas bontot…apa nak takut kalau tak salah kenpa sorok DSP musa safri? pelik

Anonymous
Guest
Anonymous

…….. Ulasan ku mudah je… Dah aku agak sejak dibicarakan awal lagi dua ni ekor ni pasti akan dibebaskan akhirnya walau dgn cara pelik. Biasalah… Malaysia kan negara serba boleh.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kes ni macam cerita kartun. Benda yang mustahil berlaku boleh dan malah telah berlaku. Dalam versi asal ada watak Musa Safri tapi dalam versi kartun ni watak ini dilenyapkan ketika perbicaraan berlangsung.

Tup tap tup tap..nama watak Musa Safri ni timbul balik semasa kes mahkamah rayuan. Dalam mahkamah tinggi..semua orang rabun, tak nampak watak Musa Safri tapi watak yang menghilang lama ini boleh timbul pula dalam mahkamah rayuan.

Hebat betul mahkamah, polis, peguam negara dan para hakim negara kita. MALAYSIA BOLEH. Patut la SPRM senang senang diperlekehkan oleh Taib Mahmud.

Anonymous
Guest
Anonymous

This case was choreograph very well including bungkus muka keduadua suspects. Tak pernah kita tengok pesalah2 kes polis bungkus muka macam kes ni. Polis pun bersekongkol beri peluang pesalah bungkus elok tak?

John Xavier
Guest
John Xavier

Biasala tu terlepas alasan teknikal kan…peliwat pun boleh terlepas, ni kan mahkamah dunia

Anonymous
Guest
Anonymous

betul sgt2…

Anonymous
Guest
Anonymous

Kes ini…mangsa dah sah dia mati…kes liwat yg hangat tu mangsa belum tentu sah diliwat…. lain sgt kondisi pertimbangan mahkamahnya…

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuah Shahbudin, Ada saranan perlunya RCI bebas dibentuk ekuran terlepasnya Azilah dan Sirul dari tuduhan membunuh Altantuya. Rentetan kejadian ini sejak awal dulu lagi jelas membicarakan tentang penglibatan Razak Baginda, Azilah, Sirul dan beberapa nama VIP lagi yang ada kaitan dengan Najib Razak. Pmbebasan Azilah & Sirul menimbulkan persoalan " siapa yang sebenarnya membunuh dan terlibat ".Nampaknya polis Malaysia dan siasatan yang dijalankan gagal mempertemukan siapa pembunuh Altantuya sebenarnya walau pun petunjuk kearah itu sudah jelas. Namun nama nama yang dikatakan terbabit tidak timbul sebagai saksi dalam perbicaraan. Kebanyakan rakyat Malaysia termasuk saya sendiri amat curiga dengan cara kes ini… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Sdr Shahbudin, Semua rakyat Malaysia pasti tentunya kematian Altantuya bukan disebabkan magic David Copperfield. Ini kes bunuh paling pelik dan ajaib. Beberapa nama yang seharusnya dipanggil sebagai saksi tidak pula dipanggil. Apakah peguam negara susah nyanyuk atau mata rabun kerana RM?. Jka beginilah cara peguam negara menguruskan kes, kacau bilau perjalanan kes di mahkamah. Orang yang tidak bersalah boleh didapati bersalah, yang bersalah boleh terlepas. Semua orang tahu Altantuya mati kerana C4. Malah Sirul & Hazilah sebelumnya mengakui mereka melakukannya dengan arahan seseorang. Hari ini Sirul & Hazilah dilepas tetapi Altantuya tidak mungkin dihidupkan kembali. Murahnya sebuah nyawa di negara… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

begitulah halnya bila berlakunya; undang-undang sarang labah-labah, mahkamah rimba, hakim/pendakwa beruk (tak boleh buka mulut luas nanti terjatuh makanan yang tersimpan dalam mulut tu)

Anonymous
Guest
Anonymous

Jawapannya senang, mungkin Najib. Di luar negara biasanya nama BAPAK akan digunakan sebagai panggilan utama. NAJIB RAZAK sebagai Mr Razak / Najib bila berada di luar negara. Kebetulan bila balik dalam Malaysia ada orang nama sama iaitu Razak Baginda. Dia ni kambing hitam jew. Sebab itu bebas tanpa bukti.Sekarang terbukti lagi Sirul dan Azilah bebas. Najib nak lari mana lagi lepas ni?