Menjelang 1 Syawal, Pertelingkahan Mahathir – Pak Lah Kembali Meletus

Setelah bertahun-tahun berdiam diri dan memendam rasa dengan kritikan dan serangan yang tidak sudah-sudah daripada Mahathir, Pak Lah akhirnya memilih untuk menjawab sebahagian daripada kritikan yang dilemparkan terhadanya itu melalui penerbitan sebuah buku yang bertajuk “Awakening – The Abdullah Badawi Years In Malaysia” yang akan berada di pasaran tidak berapa lama lagi.

Maklumat awal mengenai buku ini sudah dikeluarkan semalam, namun majlis pelancarannya dijangka akan diadakan selepas Hari Raya nanti yang akan dilakukan oleh Pak Lah sendiri.

Buku ini nampaknya menjadi medan untuk Pak Lah menjawab sebahagian daripada kritikan oleh Mahathir terhadapnya terutamanya mengenai pentadbiran negara, kedudukan kewangan yang ditinggalkan oleh Mahathir, keadaannya yang sering tertidur dan diketahui oleh Mahathir sebagai suatu penyakit tetapi sering digunakan untuk menunjukkan kelemahannya dan lain-lain lagi berkaitan pelbagai perkara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.

Terbitnya buku ini selepas berakhirnya pilihanraya umum yang paling sengit dalam sejarah dan menjelang pemilihan UMNO yang akan berlangsung kira-kira dua bulan lagi tentunya boleh mengundang tafsiran yang berbagai-bagai. Masa terbitnya buku ini tentunya bukan suatu kebetulan tetapi barangkali setelah ditapis dan dianalisa kesan buruk dan baik dalam pelbagai segi.

Apatah lagi sekarang ini anak Mahathir iaitu Mukhriz dan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin, masing-masing telah mendapat jawatan sebagai Menteri Besar Kedah dan Menteri Belia dan Sukan dan dijangka akan bertanding jawatan kanan dalam pemilihan kali ini manakala Mahathir pula seakan mahu menunjukkan pengaruhnya yang berterusan dalam UMNO dengan keaktifannya bersuara dan menghadiri pelbagai perjumpaan di sana-sini.

KJ dijangka akan terus mempertahankan jawatan Ketua Pemudanya manakala Mukhriz yang kalah ditangan KJ dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda empat tahun lalu pula sedang diasak untuk merebut salah satu jawatan Naib Presiden UMNO setelah faktor Mahathir dikatakan menjadi kunci kemenangan BN menawan semula Kedah daripada tangan Pas.

Ini menjadikan sementara bapa dan bapa mertua kedua-dua pemimpin itu terus berbalah, anak dan menantu mereka pula sedang meneruskan pendakian dalam hireaki UMNO.

Terbitnya buku Pak Lah ini menjelang sambutan 1 Syawal turut mengundang rasa teruja banyak pihak kerana selepas ini tentunya akan menerima reaksi balas daripada Mahathir pula. Mengenali watak Mahathir yang tidak pernah mengalah dengan sesiapa yang cuba mencari pasal dengannya, adalah dijangkakan reaksi Mahathir mengenai buku ini dan apa-apa perkara yang melibatkan dirinya sebagaimana yang tertulis dalam buku itu pastinya lebih pedas dan panas lagi.

Sementara umat Islam lain menunggu untuk bermaaf-maafan dan melupakan persengketaan lama, episod pertelingkahan Mahathir dan Pak Lah ini nampaknya baru hendak meletus kembali menjelang sambutan 1 Syawal ini setelah agak lama ianya menyepi dan harapan untuk melihat kedua-dua negarawan ini berbaik-baik kembali turut menjadi semakin tipis.

Sekiranya pada peringkat awalnya, buku ini mungkin mengganggu emosi Mahathir dan memgurangkan kegembiraannya menyambut Hari Raya pada tahun ini, jawapan balas daripada Mahathir mungkin pula menyebabkan Pak Lah turut terganggu dengannya.

Jika sekiranya selepas itu berlaku episod berbalas-balas kenyataan antara Mahathir dan Pak Lah dan tukang sampuk atau nasi tambah pula turut mengambil kesempatan, pertelingkahan kedua-dua bekas Perdana Menteri ini mungkin terus berlarutan dan tidak ada titik kesudahannya.

Mukhriz dan KJ pula mungkin menjadi anak dan menantu yang paling tidak gembira kerana terpaksa menyaksikan pelbagai pendedahan dan londeh-melondeh daripada bapa dan bapa mertua masing-masing serta dalam masa yang sama mengundang pula reaksi daripada pihak-pihak yang mungkin lebih tidak menyenangkan mereka. Tetapi itulah harga yang perlu dibayar oleh mereka kerana memilih menjadi pemimpin dan dalam masa yang sama menjadi anak kepada Mahathir dan menantu kepada Pak Lah.

Sebelum ini Mahathir bukan saja kerap mengkritik Pak Lah, baik dalam majlis terbuka atau perjumpaan tertutup, bahkan dalam buku memoir “A Doctor In The House” yang ditulisnya, Mahathir juga banyak mengkritik kepimpinan Pak Lah yang disifatkannya lemah dan mengundang banyak masalah kepada parti dan negara.

Namun Pak Lah, sejak berundur daripada jawatan Perdan Menteri tidak pernah menjawab walau sepatah perkataan pun terhadap kritikan yang dilemparkan terhadapnya manakala Mahathir pula seakan-akan tidak pernah puas melakukan serangan dengan sering mengaitkan apa saja masalah dalam UMNO dan negara sebagai berpunca daripada era kepimpinan Pak Lah.

Rupa-rupanya Pak Lah berdiam diri selama ini kerana beliau sedang mengumpulkan fakta untuk menjawab dan menyerang kembali semula kritikan terhadapnya dan beliau memilih untuk menjawabnya melalui penerbitan sebuah buku.

Dengan terbitnya buku ini dan pertelingkahan Mahathir dan Pak Lah kembali menjadi panas, sebenarnya menarik juga untuk melihat apakah pendirian dan sikap Najib mengenainya. Walaupun pengaruh Pak Lah tidak sekuat Mahathir di dalam UMNO tetapi Najib memang diketahui amat gembira dengan sikap dan pendirian Pak Lah yang sentiasa menyokongnya sedangkan Mahathir agak flip-flop terhadapnya, kadang-kadang menyokong dan kadang-kadang mengkririk.

Malah selepas berakhirnya pilihanraya umum lalu, walaupun menyokong supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak ditandingi tetapi Mahathir diketahui mulai bersikap membelasah Najib terutama dalam perjumpaan tertutup dengan mereka yang bertemu dengannya.

Mungkinkah Najib sebenarnya gembira dan sedang tersenyum dengan terbitnya buku ini kerana sekurang-kurangnya ada orang lain sekarang ini sedang mengkritik Mahathir yang secara belakang-belakang turut mengkritiknya juga. Dengan kemungkinan berlakunya berbalas-balas kenyataan antara Mahathir dan Pak Lah selepas ini, secara langsung Najib tidak lagi menjadi tumpuan serangan oleh Mahathir dan beliau juga sudah boleh melupakan belasahan Mahathir terhadapnya sebelum ini.

Menjelang ketibaan 1 Syawal ini, lihatlah senyuman Najib pasti lebih melebar lagi. Dalam hatinya mungkin berbisik, terima kasih Pak Lah. (SH 07/08/2013)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:28 pm
Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
7 August 2013 5:13 am

Menyokong sama ada pada team Pak Lah atau Tun Mahathir adalah resam berpuak orang berpolitik. Sokong Pak Lah dan kritik Tun Mahathir sudah semesti nya orang menyokong Tun Mahathir akan mempertahankan kewibawaannya. Walau apa pun alasan untuk mempertahankan pemimpin yang disokong namun ia tetap seorang yang pernah melakukan kesilapan dan kesalahan dalam kepura-puraan melakukan kebaikan…. Dan mereka itu semestinya bertanggongjawab diatas perbuatannya. Sepatutnya sebagai orang biasa, kita tidak mudah telan apa saja yang diberi oleh orang yang bersekongkol dengan pemimpin zalim. Perlu dilihat dengan mata sendiri dan nilai dengan akal waras setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin yang disokong dan… Read more »

Anonymous
Anonymous
6 August 2013 7:02 pm

Tun…. BAPA PORAK PERANDA MALAYSIA….??
hang ni betui x tau sejarah… mcm ni lh.. x usah susah2 nk ambil tau apa sumbangan Tun pd negara spnjng Tun mmrintah slama <> 22 thn… cukuplh masa krisis kwngan brmula 1997 dulu… x tau tanya o belajar jgn main lps ckp sesuka hati hang je… sbnrnya hang PALOI (bhsa org Sabah)….
nk tau ertinya… BAHALOL O BODOH….

Anonymous
Anonymous
6 August 2013 6:03 pm

Gelaran yg paling sesuai bagi Mahathir ialah BAPA PORAK PERANDA MALAYSIA.

Anonymous
Anonymous
7 August 2013 1:06 am
Reply to  Anonymous

Jangan terlalu biadap dan kurang ajat terhadap Tun Mahathir yang telah banyak bedrjasa kepada Malaysia…