Month: August 2013

‘Cium Mulut’ Najib Dan Anwar Lebih Cepat Berlaku Jika Jawatan Presiden UMNO Tidak Ditandingi

Walaupun beberapa pemimpin UMNO menolak hasrat dan tawaran Anwar untuk mengadakan dialog atau kerjasama dengan Najib sebagaimana yang diluahkannya dalam perutusan sempena sambutan Merdeka dua hari lalu tetapi episod ini telah menelanjangkan lebih banyak perkara yang terlindung selama ini. Setelah isu ini timbul beberapa kali sejak berakhirnya piliharaya umum lalu, kini seperti diyakini bahawa kerjasama […]

Dialog PR, BN – Anwar Yang Terdesak Atau Pemimpin UMNO Yang Tersedak?

Dalam perutusan sempena sambutan merdeka tahun ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menawarkan kepada Perdana Menteri, Najib Razak supaya diadakan rundingan meja bulat antara PR dan BN dalam beberapa isu demi untuk kepentingan rakyat dan negara. Antara isu yang disentuh Anwar sebagai wajar dibincangkan bersama ialah berkaitan kaum, agama, jenayah dan ekonomi. Meskipun Anwar secara jelas […]

Dengan 49 Kumpulan Gangster Dan 40 Ribu Ahli Berkeliaran, Masih Selamatkah Negara Kita?

Sebagaimana yang dijanjikan sebelumnya oleh Ahmad Zahid Hamidi, Kementerian Dalam Negeri akhirnya mendedahkan 49 nama kumpulan haram atau gangster yang membahayakan masyarakat dengan pelbagai kegiatan yang berkaitan dadah, peras ugut, bunuh dan sebagainya. Melalui 49 kumpulan tersebut, kesemuanya dianggarkan menpunyai keahlian melebihi 40 ribu orang. Pendedahan oleh Ketua Setiausaha KDN, Abdul Rahim Mohd Radzi itu […]

Muhyiddin Bakal Senasib Ghafar Baba?

Walaupun belum membuat pengumuman rasmi tentang jawatan yang bakal ditandinginya, tetapi tidak ternampak pula kecenderungan untuk Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bersedia mencabar Najib bagi jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti 19 Oktober depan. Dengan tempoh pertandingan tidak sampai dua bulan dari sekarang, Muhyiddin nampaknya cukup selesa dengan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan […]

Kelesuan Hari Merdeka: Terima Kasih Rais Yatim

Di sana-sini sekarang orang bercakap tentang sambutan Hari Merdeka tahun ini yang kelihatan lesu dan tidak bermaya. Bukan saja semakin kurang percakapan orangranai mengenai merdeka dan sambutannya, bahkan kibaran bendera Malaysia di kenderaan, rumah dan pejabat juga hampir tidak kelihatan. Pemasangan bendera di jalan-jalan utama di sekitar Kuala Lumpur juga belum kelihatan sehingga ini. Apa […]

Naib Presiden UMNO: Zahid Paling Popular Tapi Belum Tentu Menang Bergaya

Jawatan Menteri Dalam Negeri benar-benar membawa untung lumayan buat Zahid Hamidi. Berbanding jawatan Menteri Pertahanan yang membuatnya hampir tenggelam dan kurang menonjol, Zahid sebaliknya menuai publisiti hampir setiap hari melalui jawatan yang disandangnya sekarang. Daripada penentangannya terhadap pemansuhan Akta Hasutan dan Ordinan Darurat, peningkatan kejadian jenayah, kekurangan anggota polis, jangkaannya mengenai rangkaian jenayah bekas pesalah […]

Endless Possibilities – Ditiru Dari Israel Atau Mongolia?

Sehingga ini Najib masih berdiam diri mengenai kontroversi slogan Endless Possibilities, terutama daripada mana asalnya slogan itu sejak ia didedahkan lebih seminggu yang lalu. Ketika dikatakan bahawa slogan itu bakal menggantikan 1Malaysia yang dianggap gagal dan kabur, Najib kemudiannya menjelaskan bahawa slogan Endless Possibilities bukan menggantikan 1Malaysia tetapi akan menjadi pelengkap kepadanya. Tetapi apabila kemudiannya […]

Waytha, Tunggu Apa Lagi?

Semalam Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang lebih berupa cabaran terhadap pemimpin Hindraf yang dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waythamoorthy berikutan pendiriannya yang mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang. Kata Zahid, Waytha bukan saja tidak harus mempertikaikan kerja polis, bahkan juga tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang […]

Sirul Dan Azilah Bebas Tapi Najib Semakin Tidak Bebas Dari Persepsi Altantuya

Mahkamah Rayuan semalam membebaskan dua anggota UTK, Sirul Azhar dan Azilah Hadri daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Sharibu yang sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi dan polemik dalam negara. Ia bukan saja berkaitan pembelian kapal selam yang juga terpalit dengan pelbagai dakwaan rasuah serta komisen tetapi juga turut dikaitkan dengan Najib Razak kerana tertuduh utama […]

Shahidan, Tajuddin Juga Perlu Akur Arahan Najib

Selepas Nazri Aziz didedahkan meletakkan anaknya sebagai pegawai khas di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, rupa-rupanya terdapat sekurang-kurangnya dua lagi pemimpin yang turut berbuat demikian. Mereka ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kasim yang melantik anaknya, Nur Shafizah sebagai setiausaha sulit dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tajuddin Abd Rahman yang melantik menantunya, […]

Awakening – Jawapan Mahathir Di Luar Jangkaan

Setelah menangguh beberapa lama untuk memberi respon terhadap dakwaan Pak Lah terhadapnya dalam buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia, Mahathir akhirnya menulis dalam blognya untuk menjawab sebahagian daripada isu-isu yang ditujukan kepadanya. Namun tidak sebagaimana biasanya, Mahathir yang sering melawan apabila dicabar dan bertindak lebih keras terhadap orang yang mengkritiknya, kali ini beliau […]

KJ Jangan Lupa Kementeriannya Ialah Belia Dan Sukan…

Sebaik habis mesyuarat kabinet tengahari tadi, Khairy Jamaluddin menulis di twitternya memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju membatalkan cadangan untuk menyenaraikan peminjam PTPTN yang gagal membuat pembayaran daripada disenaraikan melalui CCRIS atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Belia dan Sukan, turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri […]

Najib Perlu Adil, Tangguh Dulu Perlantikan Shahrizat

Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil yang sedang bergelut mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti 19 Oktober depan, dilaporkan akan dilantik sebagai penasihat khas bertaraf menteri kepada Perdana Menteri berkaitan pembangunan wanita dan keluarga dalam waktu yang terdekat ini. Meskipun Najib belum mahu mengesahkan mengenai berita itu dengan hanya berkata, “tiada apa-apa pengumuman lagi, biarkan saja begitu” […]

Nazri Masih Ingkar Arahan Najib?

Setelah Najib mengeluarkan kenyataan bahawa tidak dibenarkan seseorang menteri melantik anak atau ahli keluarganya sebagai pegawai khas di mana-mana kementerian, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz akhirnya menukar kedudukan jawatan anak bongsunya itu. Jika sebelum ini, jawatannya ialah pegawai khas menteri, kini ia ditukar kepada pegawai khas Ahli Parlimen Padang Rengas (urusan Gen Y). Tindakan […]

Tengku Razaleigh Hampir Pasti Tanding Presiden UMNO

Menjelang pemilihan UMNO pada 19 Oktober depan, kedudukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terus menjadi sebutan sama ada beliau akan bertanding jawatan Presiden UMNO atau sebaliknya. Meskipun beberapa negeri sudah membuat ketetapan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan, keadaan itu sebenarnya hanya berlegar-legar di peringkat atasan sahaja. Sebaliknya, di peringkat […]

Nazri Aziz Mula Jadi Beban Kepada UMNO?

Tidak sampai dua hari, PM Najib terpaksa menukar pendiriannya berhubung tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz yang melantik anaknya sebagai pegawai khasnya di kementerian itu. Jika semalam Najib menyatakan tidak menjadi salahnya Nazri berbuat demikian asalkan tidak melibatkan pembayaran gaji oleh kerajaan tetapi hari ini beliau mengubah kenyataannya itu dengan mengatakan ahli keluarga menteri […]

Kerajaan Perpaduan – Siapa Bohong?

Isu kerajaan perpaduan antara BN dengan PKR yang telah timbul sejak hampir seminggu lalu sehingga menyebabkan ada yang deman sejuk, demam panas, migrain dan sebagainya, akhirnya mendapat jawapan daripada Pejabat Perdana Menteri yang menafikan wujud sebarang usaha ke arah itu. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pejabat Perdana Menteri menyatakan, usaha ke arah pembentukan kerajaan […]

Keberanian Nazri Aziz Melantik Anaknya Seharusnya Diberi Pujian

Meskipun BN hanya menang tipis 133 kerusi Parlimen dan cuma meraih 47 peratus undi popular dalam pilihanraya lalu, Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan serta sahabat karib Najib sejak zaman Pemuda UMNO lagi, telah melantik anaknya sendiri, Nedim sebagai pegawai khas di kementerian yang diterajuinya itu. Tindakan beliau itu segera mengundang kritikan serta cemuhan banyak […]

Pemilihan UMNO, Peluang Membersihkan Parti Daripada Pemimpin2 ‘Cap Ayam’

Pemilihan UMNO yang akan diadakan secara serentak pada 19 Oktober depan untuk memilih pemimpin di peringkat bahagian dan pusat bukan saja penting untuk kelangsungannya menghadapi pilihanraya akan datang, bahkan juga merupakan ujian kepada ahli-ahli peringkat akar umbi yang pertama kali diberi peluang memilih pemimpin serta mencorakkan parti itu. Jika dulu hanya kir-kira 2,500 perwakilan terpilih […]

Kenapa Anwar Lebih Didambakan Najib, Bukannya Pas, Untuk Membentuk Kerajaan Perpaduan?

Isu kerajaan perpaduan antara BN dan PKR muncul lagi. Kali ini ia disahkan sendiri oleh Anwar melalui wawancara dengan laman web, Asia Sentinel di mana Ketua Pembangkang itu mengakui bahawa usaha itu dimulakan oleh Najib sendiri. Namun demikian, Anwar memberitahu beliau menolak usaha itu melalui perantara sebelum ia sempat menjadi kenyataan. Sebelum ini, isu kerajaan […]