Month: July 2013

Apa Muslihat Zahid Tiba-Tiba Mempertahankan Akta Hasutan?

Tindakan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri yang secara tiba-tiba bersuara lantang mahu mempertahankan Akta Hasutan menimbulkan persoalan ramai dan menjadi percakapan banyak orang ketika ini. Nawaitu dan keikhlasannya dalam mempertahankan akta itu amat diragui manakala hujah-hujahnya pula terlihat longgar. Zahid dilaporkan telah menyelar pihak- pihak yang mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948 tanpa memimirkan kesan […]

Kalau Rais Yatim Boleh Diberi Dua Jawatan, Tidak Hairanlah Ibrahim Ali Mengamuk!

Selepas senyap lebih dua bulan sejak kalah dalam pilihanraya lalu, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali membuatkan kemunculannya di persada media baru-baru ini menjadi perhatian umum semula. Selain meluahkan rasa kecewanya atas layanan UMNO terhadap Perkasa selama ini sambil membandingkannya dengan layanan yang diberi terhadap Dong Ziong, Hindraf dan paderi-paderi Kristian, Ibrahim Ali juga mengecam beberapa pendekatakan […]

Isu Mesir – KJ Jauh Lebih Matang Berbanding Najib

Dalam pergolakan yang berlaku di Mesir yang menyaksikan berlakunya rampasan kuasa serta Presiden Dr Morsi digulingkan, hampir seluruh dunia dan umat Islam mengecam kejadian itu. Ia bukan saja menggambarkan sebuah kerajaan Islam yang dipilih secara sah dan demokratik diakhiri dengan cara yang tidak demokratik tetapi juga kerana menampakkan adanya permainan tangan-tangan ghaib di belakang kejadian […]

Najib Gagal – Mengingatkan Najib Tentang Kegagalan Dan Tradisi UMNO Menolak Pemimpin Yang Gagal

Pilihanraya ke 13 baru saja berakhir. Walaupun menang dengan 133 kerusi dan masih mengekalkan kuasa tetapi semua orang lebih banyak bercakap mengenai kegagalan BN dan Najib. Tun Mahathir sendiri dalam ulasan awalnya mengenai keputusan pilihanraya, tidak menyangka Najib lebih teruk daripada Pak Lah manakala Tun Daim pula menyalahkan penasihat-penasihat Najib atas keputusan buruk ini. Dan […]

Kalau Inginkan Durian Runtuh, Menangkanlah PAS Di Kuala Besut!!

Bahang pilihanraya kecil DUN Kuala Besut sudah mula dirasai oleh semua pihak. Walaupun SPR hanya akan bermesyuarat Jumaat ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundinya tetapi semua pihak, baik UMNO mahupun PAS iaitu parti yang bakal bertanding di kerusi itu seperti sudah melonjak semangat masing-masing untuk memenangi kawasan itu. Bahkan jika pilihanraya itu […]

Ku Li Jadi Pengerusi Persatuan Beca SeMalaysia?

Tindakan Najib melantik Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru terus menimbulkan persoalan dan menjadi perbualan ramai. Tidak saja Mahfuz Omar dari Pas dan Nurul Izzah dari PKR yang mempertikaikannya serta menuntut penjelasan Perdana Menteri tentang kriteria perlantikan seseorang sebagai Pengerusi GLC, bahkan rakyat pelbagai peringkat terus bercakap mengenainya. Di blog […]

Najib Terus Mencurah Habuan, Annuar Musa Bakal Pengerusi MARA?

Dalam usaha Najib mahu mempertahankan kuasanya sebagai Perdana Menteri, beliau dipercayai akan terus mencurahkan habuan dan ganjaran kepada kalangan Ahli Parlimen yang tercicir dalam pengagihan jawatan kabinet baru-baru ini. Sebelum ini Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim telah dijadikan Pengerusi Tabung Haji manakala Ahli Parlimen Mersing, Dr Latif Ahmad pula dijadikan Pengerusi SPNB. Walaupun perlantikan Azeez […]

Masih Ada Wibawakah Pengerusi SPR Setelah Disiasat SPRM?

SPRM dilaporkan sudah menubuhkan pasukan penyiasat bagi menyiasat pembelian dakwat kekal oleh SPR yang didakwa mudah ditanggalkan ketika digunakan dalam pilihanraya umum 5 Mei lalu. Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, pasukan itu sudah dibentuk sejak seminggu lalu susulan sungutan orangramai berhubung ketahanan dakwat yang dipertikaikan itu. Pengesahana SPRM mengenai penyiasatan terhadap SPR ini menambahkan […]