Ini Semua Ah Jib Gor Punya Salah Maa…

Dalam bulan Ramadan kali ini, umat Islam negara ini menghadapi dua cabaran yang tidak pernah dihadapi sebelum ini. Pertama, penghinaan dan kebiadapan pasangan bukan Islam yang lebih dikenali dengan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee yang memaparkan juadah bak kut teh ( sup tulang babi) sebagai hidangan berbuka puasa dalam laman Facebook mereka. Kedua pula, tindakan duta Vatican City, Joseph Marino yang menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian negara ini.

Kedua-dua perkara itu jelas menghina dan mencabar kesabaran umat Islam negara ini kerana ia sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali. Umat Islam tidak boleh menerima promosi biadap yang cuba dilakukan oleh Alvin dan Vivian walaupun untuk maksud melawak dan bergurau senda. Begitu juga kita tidak boleh menerima tindakan duta negara asing yang cuba mencampuri urusan negara ini, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan agama Islam.

Bagi blogger seks itu, mereka kini sudah pun disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan juga polis setelah begitu banyak protes, bantahan serta laporan polis dibuat. Terbaru ini, pasangan itu juga turut menerima ugutan bunuh dan kecederaan sehingga mereka terpaksa membuat rayuan agar dihentikan semua tindakan itu dengan alasan sudah meminta maaf.

Kini semuanya terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan selanjutnya sama ada mahu dihukum atau dibiarkan terlepas sebagaimana Namewee yang sebelum ini juga memghina orang Melayu dan lagu Negaraku. Tetapi sementara Peguam Negara memikirkan langkah selanjutnya, yang nyata bahawa kesabaran umat Islam negara ini ada hadnya. Tidak selamanya mereka boleh dihina dan dipijak kepala sebegitu rupa.

Bagi keceluparan mulut duta Vatican City itu pula, beberapa protes dan bantahan turut dilakukan oleh beberapa NGO dan pemimpin kerajaan dan juga parti-parti politik. Ada yang menyarankan kedutaan itu ditutup, dutanya yang tak sayang mulut itu dihantar pulang, mengemukakan nota bantahan dan sebagainya. Teti sehingga ini kerajaan hanya berdiam diri saja.

Selepas ini kita tidak tahu apa lagi bentuk penghinaan kepada agama yang terpaksa kita hadapi pula.

Tetapi sementara kita bersedih dan mendidih darah dengan semua kejadian itu, elok kita merenung punca segala kejadian itu boleh berlaku. Orang-orang tua sendiri selalu berkata, sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan atau untuk membuka benang yang kusut, carilah pangkalnya untuk membukanya.

Begitu juga dalam dua kejadian ini, kebiadaan Alvin dan Vivian serta keceluparan Joseph Marino terhadap umat dan agama Islam. Ia tidak mungkin berlaku begitu saja tanpa ada punca dan sebab-musababnya. Sebelum ini pula, tidak pernah kejadian seburuk itu berlaku. Kenapa hanya sekarang ianya berlaku?

Sejak Najib memimpin negara, beliau telah memperkenalkan dasar 1Malaysia yang memperlihatkan sikap bertolak-ansur kerajaan terhadap bukan Melayu. Dalam masa yang sama, Najib juga menunjukkan sikap berlembut, pemurah, baik hati serta merintih terhadap kaum Cina dengan tujuan mendapat sokongan daripada kaum itu. Sebelum pilihanraya, pelbagai tolak ansur telah dilakukan oleh kerajaan terhadap kaum Cina dan di masa yang sama muncul pula individu seperti Namewee yang menghina orang Melayu dan lagu Negaraku, kejadian memaling kepala babi ke dalam masjid dan sebagainya.

Malangnya, walaupun banyak desakan tetapi tiada tindakan yang sewajarnya diambil. Namewee yang menjadi kemarahan orang Melayu, sebaliknya telah dijemput ke Parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz walaupun beliau hadir dengan pakaian seperti mahu ke konsert rock. Namawee diraikan dan dipuja oleh pemimpin Melayu kerana takut kehilangan undi Cina. Jauh sekali mahu diambil tindakan undang-undang.

Semua ini secara halus merangsang kebangkitan elemen untuk terus mencuit dan mencabar hati serta perasaan orang Melayu. Mungkin wujud kelompok ekstremis Cina yang mahu terus mencabar kerana merasakan kerajaan tidak mungkin mengambil tindakan disebabkan takut kehilangan sokongan, selain ingin membuktikan inilah 1Malaysia sebenarnya.

Dalam tindakan lunak kerajaan yang lain, walaupun yang banyak diprotes ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA, Najib juga bersikap pemurah dengan menawarkan untuk memansuhkan sekali Ordinan Darurat dan Akta Hasutan 1948. Semuanya kerana Najib mahu dilihat baik hati, liberal, mempunyai tolerasi yang tinggi dan mengharapkan ia dibalas dengan undi dan sokongan.

Lebih dari itu, untuk menunjukkan pro Cinanya, Najib juga mewujudkan laman Facebook dalam bahasa Mandarin dengan menukar namanya kepada Ah Jib Gor. Tindakan ini memperlihatkan Najib turut mahu menjadi sebahagian daripada orang Cina di kalangan masyarakat itu. Ini bukan saja sesuatu yang luar biasa, bahkan tidak pernah dibuat oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Sikap terlalu lembut dan kekurangan jati diri dalam diri seorang Perdana Menteri dan diikuti oleh pemimpin yang lain inilah akhirnya yang menyebabkan munculnya kelompok ekstemis dalam masyarakat Cina di mana Alvin dan Vivian adalah sebahagian daripadanya. Mereka tidak takut kerana pemimpin sendiri tunduk dan takut dengan mereka. Sebelum ini mereka juga memuatkan video seks dalam blog dan mempersenda bendera BN tetapi oleh kerana ia dilakukan sebelum pilihanraya dan Najib masih mengharapkan keajabaiban sokongan kelompok itu, maka mereka terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang.

Tidak diragui lagi bahawa kemunculan Alvin dan Vivian adalah produk sampingan 1Malaysia yang gagal ditangani oleh kerajaan dan Najib kerana terlalu memikirkan undi dan sokongan. Slogan itu dicipta semata-mata untuk mendapatkan undi tetapi akhirnya semua yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Bersikap pemurah, baik hati, liberal bahkan menjadi Ah Jib Gor pun tidak dibalas dengan undi. Undi Cina ke laut akhirnya, yang muncul ialah elemen seperti Namewee dan Alvin serta Vivian. Ini semua salah Ah Jib Gor maa…

Mengenai komen oleh duta Vatican City tentang kalimah Allah, tidak perlu berselindung juga ianya adalah salah dan silap Najib sendiri. Dalam usaha Najib menunjukkan keterbukaan dan sikap liberalnya terhadap agama Kristian sambil mengharapkan pengundi Kristian terutama di Sabah dan Sarawak terus menyokong kerajaan, beliau telah mengadakan lawatan ke Vatican City pada Julai 2011.

Dalam lawatan itu beliau telah mengadakan pertemuan serta perbincangan dengan Pope Benedict, kononnya untuk kepentingan dan kerjasama antara Islam dan Kristian, yang kemudian disusuli dengan persetujuan negara terkecil dalam dunia itu membuka kedutaannya di negara kita.

Ketika itu, semua pengampu dan pembodek memuji lawatan Najib itu. Najib digambarkan sebagai pemimpin berjiwa besar dan mengutamakan keharmonian antara agama dan tidak semua pemimpin dikatakan mempunyai jiwa seperti beliau. Sebahagian daripada NGO yang mengecam kenyataan duta Vatican City hari ini adalah juga mereka yang memuji ketika Najib berkunjung ke Vatican City dulu.

Amat jelas bahawa adanya kedutaan Vatican City adalah kerana Najib. Najib yang mengadakan lawatan ke negara itu dan menjemput mereka membuka kedutaannya. Vatican City adalah sebuah negara agama, ia tidak ada produk lain selain agama Ktistian. Bila ia dibenarkan membuka kedutaannya di negara kita, tentulah promosinya juga agama Kristian. Sebab itu, apabila ia memberi komen megenai kalimah Allah dan walaupun dianggap mencampuri kedaulatan negara, ia sebenarnya tidak menghairankan kerana ia memang sebahagian daripada peranannya. Dutanya yang bertugas di sini pun orang agama, bukannya orang diplomatik.

Dalam dua kejadian yang sedang menjadi perbualan serta kemarahan umat Islam ini, tidak diragui lagi bahawa semuanya berpunca daripada Perdana Menteri sendiri. Beliaulah yang mencampak benih sehingga wujudnya Alvin, Vivian dan Vatican City di negara ini.

Diulang sekali, semunya salah Najib maa…(SH 16/07/2013)

Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:27 pm

6
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
JBKIDtebing tinggiAnonymousUnknown Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Tulisan saudara unknown cukup matang dan berhemah. Ini menunjukkan pemikiran orang malaysia sudah matang. Syabas saudara.

Anonymous
Guest
Anonymous

Berapa ramai yang terkesan diatas perbuatan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee yang memaparkan juadah bak kut teh ( sup tulang babi) sebagai hidangan berbuka puasa dalam laman Facebook mereka….? Dan berapa ramai yang tersinggong dengan tindakan Joseph Marino yang menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian negara ini….? Dalam perdebatan ini adalah dua kelompok yang mempunyai agenda tersendiri iaitu atas kepentingan peribadi, parti dan juga kepentingan masyarakat sejagat. Ia seperti mempunyai kaitan dengan perancang disebalik tabir. Namun amaran dan desakan yang diutarakan beberapa pihak yang bersikap rasis itu tidak menggambarkan mereka memperjuangkan agama untuk kemuliaannya tapi lebih… Read more »

tebing tinggi
Guest
tebing tinggi

Apa nak buat ,kalau kita suka ia pasti terjadi.

JBKID
Guest
JBKID

"Jangan payahkan otak untuk berfikir. Agama apa pun yang dibenarkan beroperasi adalah berasaskan perasaan yang penuh ilusi dipaksa supaya wujudkan kepercayaan kepada sesuatu yang tidak ada kepada ada."
PR penuh dgn atheist dan munafik mcm anda.. Lihat saja support yg diberi kpd komen sebegini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib perlu di tolak bukan olih Ahli UMNO sahaja malahan seluruh orang Melayu di Malaysia.

Unknown
Guest
Unknown

perbuatan 2 orang ni alvin n vivian memang biadap dan harus dipenjarakan… dalam mana2 masyarakat, ada ekstremis… kalau ikutkan, kes mengarak kepala lembu ke kuil hindu pun merupakan ekstremis melayu (tiada hukuman) terhadap orang India… dan tak lupa kes bakar gereja …. vatican ini satu institusi katolik yang tidak perlu membuka embassy kt msia…tiada faedah…lagipun dalam penganut kristian kat malaysia, jumlah catholic adalah rendah.. ini salah najib yg kunjung vatican city sebelum election… perkara ke3… isu Allah ni harus dibenarkan penggunaan oleh orang Kristian kat Sabah n Sarawak… Perkara2 berkaitan 2 negeri ni, malaysia dan orang Melayu TIADA HAK untuk… Read more »