Month: July 2013

Berpada-Padalah Dan Jangan Jadi Gila Kerana Akta Hasutan…

Kenyataan Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar yang mahu seorang ibu yang memulakan kehangatan isu murid makan di bilik persalinan di SK Sri Pristana dengan memuatkan gambar berkenaan di laman sosial Facebook, disiasat dibawah Akta Hasutan memang dianggap keterlaluan dan seperti memercikkan minyak petrol keatas api yang sedang terbakar. Sebagai pemimpin, meskipun baru digugurkan sebagai menteri […]

Sistem Pemilihan Baru UMNO Suatu Transformasi Palsu

UMNO sudah menetapkan tarikh pemilihan pucuk pimpinannya tahun ini pada 5 Oktober depan. Kali ini pemilihan pemimpin di peringkat bahagian akan diadakan serentak dengan pemilihan pemimpin di peringkat nasional. Ia sesuai dengan kaedah pemilihan baru yang diperkenalkan Najib sebaik mengambil alih teraju kepimpinan UMNO pada 2009 lalu dengan tujuan menjadikan ruang demokrasi dalam parti menjadi […]

Kenapa SPRM Membisu Skandal RM80 Juta Manifesto BN?

Beberapa hari selepas kemenangan tipis BN dalam pilihanraya umum 5 Mei lalu, terdedah suatu skandal yang melibatkan beberapa nama yang rapat dengan Najib yang didakwa mengaut keuntungan atas angin lebih RM80 juta berkaitan urusan pencetakan manifesto pilihanraya BN. Pendedahkan skandal itu menggambarkan bahawa di ketika UMNO, BN dan para pemimpinnya sedang bergelut antara hidup dan […]

Satu Demi Satu Mahathir Menyanggah Najib, Tapi Kesudahannya Apa?

Apabila Mahathir terus menunjukkan sikap perkaumannya, dengan terbaru menyatakan mengenai dilema orang Cina sama ada mahu berkongsi kuasa atau merebut kuasa, bekas Perdana Menteri itu secara jelasnya menunnjukkan beliau semakin berbeza dengan Najib. Najib yang memperkenallan 1Malaysia untuk mendapatkan undi kaum Cina, setelah ditolak oleh mereka pun tetap dengan sikap toleransi dan merintih terhadap sokongan […]

Daripada Merajuk Dengan Najib, Kini Menjadi Perkasa 1Malaysia

Ibrahim Ali hari ini mengumumkan penubuhan Majlis NGO Antara Kaum atau Mirac yang menandakan keterbukaan pertubuhan itu dalam perjuangannya yang selama ini memperjuangkan kepentingan Melayu, Bumiputera dan Islam. Melalui penggabungan dengan Perinban atau Persatuan Amal dan Kebajian India Baru dan Percisma atau Persatuan Cina Era Baru, Mirac kini menjadi landasan baru perjuangan Perkasa. Dengan bergabung […]

Kuala Besut Dapat RM500 Juta, Kawasan Lain Dapat Apa?

Keputusan pilihanraya kecil DUN Kuala Besut terus menjadi perbualan di mana-mana dan ia dijangka berlarutan menjadi basahan mulut rakyat dalam tempoh seminggu dua ini. Pelbagai analisis, hujah dan justifikasi dapat didengar, baik mengenai kemenangan BN mahupun mengenai kekalahan PAS. Tetapi perkara yang paling banyak diperkatakan ialah mengenai limpahan projek pembangunan di Kuala Besut yang dianggarkan […]

Ketua Pemuda UMNO: Proksi Anak Bekas PM Lawan Menantu Bekas PM

Apabila Pemuda UMNO Johor membuat keputusan agar jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia terbuka untuk dipertandingkan, maksud tersiratnya tidaklah sukar difahami. Meskipun mereka memberi alasan untuk menyuburkan sistem demokrasi, alasan pokoknya ialah untuk memberi ruang kepada Naib Ketua Pemudanya, Razali Ibrahim bertanding jawatan itu menentang Khairy Jamaluddin. Razali kini sudah pun melebihi usia 40 tahun dan […]

Azalina Dan Shahrizat: Pilih Satu Atau Tolak Kedua-duanya?

Menjelang pemilihan UMNO hujung tahun ini, setakat ini jawatan tertinggi yang bakal menyaksikan pertandingan hanyalah Ketua Pergerakan Wanita UMNO bilamana bekas Ketua Puteri UMNO, Azalina Othman Said mengumumkan kesediaannya untuk mencabar kedudukan Shahrizat Jalil bagi jawatan itu. Bagi jawatan penting lain seperti Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri, belum ternampak kemungkinan akan berlaku […]

Peguam Negara Jangan Aniaya Najib?

Berikutan tindakan yang sudah diambil oleh Peguam Negara terhadap pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee yang didapati menghina Islam dan memuatkan perlakuan berunsur lucah mereka dalam internet, pihak kerajaan khususnya kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak sedang diasak untuk mengambil tindakan yang serupa terhadap pihak-pihak lain yang juga didapati menghina agama selain Islam. Antara […]

Apa Ditunggu Lagi Wahai SPR, Samanlah…

Isu pembekal dakwat kekal terus masuk ke episod yang makin menarik. Selepas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan nama syarikat pembekal dakwat itu yang didakwanya mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan tertinggi SPR dan memperolehi projek bernilai RM7.1 juta itu melalui rundingan terus, Pengerusi SPR Aziz Yusof melenting menafikan sama ada beliau atau timbalannya, Wah Ahmad […]

Apa Tujuan KJ Mengaitkan Kuala Besut Dengan Kedudukan Najib?

Dalam usaha kempen untuk memastikan kemenangan calon BN di Kuala Besut, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin telah mengaitkan kemungkinan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak akan tergugat jika BN tewas dalam pilihanraya kecil ini. Menurut beliau, jika BN tewas di Kuala Besut dan kedudukan jumlah kerusi DUN Terengganu menjadi seri serta kemungkinan akan diadakan pilihanraya peringkat […]

Kalau Nak Tahu Apa Terjadi Bila Kedudukan 16-16, Jadikanlah Ia Kenyataan

Pilihanraya kecil DUN Kuala Besut mula membahang panas kempennya. Tidak saja panas dengan isu tempatan dan pembangunan segera yang didatangkan ke kawasan itu, malah isu-isu peribadi turut mula mengambil tempatnya. Tidak dipedulikan sama ada bulan Ramadan atau tidak, kempen pilihanraya tetap sama rentak dan iramanya selagi matlamatnya ialah untuk mencari kemenangan. Di Kuala Besut ini, […]

Bila Menteri Cap Ayam Mahu Selesaikan Isu Ayam…

Setiap kali musim perayaan, rakyat pasti menghadapi masalah kenaikan harga barang-barang keperluan harian. Semua barang menaik harganya. Antara yang tidak pernah terlepas dari mengalami kenaikan harga setiap kali musim perayaan ialah ayam. Meskipun menteri silih berganti tetapi harga ayam tidak pernah dapat diselesaikan seolah-olah peniaga ayam lebih cerdik daripada menteri. Tahun ini harga ayam naik […]

Pengundi Kuala Besut Mula Dibanjiri Bantuan Dan Habuan

Sebagaimana selalu, setiap kali ada pilihanraya kecil maka turunlah pelbagai jenis bantuan dan habuan untuk rakyat. Menteri dan timbalan menteri juga berebut-rebut turun membawa pelbagai jenis buah tangan dan jajan. Ketika pilihanraya kecil jugalah diketahui banyak orang miskin, orang susah, orang tidak berumah, orang kelaparan, hidup melarat, tiada bekalan letrik dan air bersih serta pelbagai […]

Akta Hasutan 1948 – Apa Pendirian Zahid Selepas Ini?

Mesyuarat kabinet semalam memutuskan untuk kekal dengan pendirian mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional yang kini sedang digubal. Ini bermakna tiada apa-apa yang berubah berhubung keputusan pemansuhan akta itu sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri pada Julai 2012 lalu. Menteri Kesihatan, S Subramanian ketika memberitahu demikian berkata, Akta Keharmonian Nasional yang […]

Lagi Dua Ahli Parlimen UMNO Dapat Habuan Dari Najib

Proses pemberian habuan jawatan dan kedudukan kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang tercicir dalam perlantikan kabinet kini diteruskan dengan dua lagi Ahli Parlimen diberikan jawatan dalam syarikat GLC. Mereka yang terbaru menerima habuan ialah Ahli Parlimen Pulai, Nurjazlan Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Telekom Malaysia dan Othman Abdul, Ahli Parlimen Pendang dilantik sebagai Pengerusi Menara Kuala Lumpur. […]

Polemik Akta Hasutan Jadikan Najib Makin Keseorangan

Pertikaian yang semakin berlarutan sejak beberapa lama mengenai pemansuhan Akta Hasutan 1948 sebenarnya makin memeningkan kepala Najib. Bermula dengan penangkapan beberapa pemimpin dan aktivis pembangkang dibawah Akta Hasutan selepas pilihanraya umum lalu, episod mengenai mengenai akta ini kini merebak menjadi virus yang menyakitkan bagi Najib. Penangkapan yang berturutan dilakukan oleh kerajaan akhirnya menyebabkan pihak pembangkang […]