Month: June 2013

Yang Salah Ialah Siapa Yang Lantik Azeez Rahim Pengerusi Tabung Haji

Perlantikan Azeez Rahim, Ahli Parlimen Baling dan Pengerusi Kelab Putra 1Malaysia sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru menjadi isu dan pertikaian kebanyakan orang dalam sehari dua ini. Banyak pihak dalam UMNO turut meluahkan rasa kurang senang dengan perlantikan itu, manakala yang mengenali Azeez pula ada yang tersenyum dan ada pula yang menggelengkan kepala sebaik mendengar […]

Apabila Idris Harun Terasa Dirinya Harun Idris

Isu Jonker Walk terus menggegar Ketua Menteri Melaka, Idris Harun yang sebelum ini menjadi bahan sindiran kerana mahu mempatenkan resepi asam pedas terbaik negeri itu melalui hasil suatu pertandingan bagi memeliharanya sebagai suatu produk warisan negeri yang perlu dipertahankan. Idris yang baru sebulan lebih menjadi Ketua Menteri menggantikan Ali Rustam sebelum ini dilaporkan mahu menutup […]

Akhirnya Demokrasi Dalam UMNO Mahu Dibuka Rantai Di Kakinya

Setelah riuh-rendah dengan kemunculan berbondong-bondong pengampu, pembodek dan tukang kipas yang mahu menyelamatkan karier politik Najib dengan mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan, malah dikekalkan secara percuma kepada penyandang sedia ada, tiba-tiba Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan kedua-dua jawatan itu boleh dipertandingkan. Kata Ku Nan lagi, semua jawatan […]

Apa Lagi Alasan Pengerusi SPR Selepas Ini?

Jawapan Shahidan Kassim di Parlimen mengenai dakwat kekal yang sebenarnya hanya menggunakan pewarna makanan benar-benar memeranjatkan semua pihak. Ia seperti pukulan maut untuk SPR. Setelah SPR bertegang urat mempertahankan isu dakwat kekal yang banyak dipertikaikan sebelum ini, tetapi dengan jawapan Shahidan ini, kita rakyat Malaysia seperti diperbodohkan mengenai dakwat kekal itu. Malah ramai yang mengeluh, […]

Apa Salahnya Anwar Angkat Sumpah Dan Minum Semeja Dengan Najib?

Tindakan Anwar dan 88 Ahli Parlimen PR yang lain hadir mengangkat sumpah di Parlimen semalam menjadi isu besar terbaru untuk menyerang beliau dan pakatan pembangkang yang diketuainya. Ini kerana majlis angkat sumpah itu berlangsung di ketika yang sama berlakunya juga protes berterusan terhadap keputusan pilihanraya sehingga ada yang sanggup tidur dalam khemah dan baring di […]

Di Luar Jerebu, Di Dalam Parlimen Pun Jerebu Juga!!

Majlis pembukaan dan angkat sumpah Ahli-Ahli Parlimen hari ini berlangsung dalam suasana yang berbeza dengan sebelumnya. Selain kawalan ketat pihak polis di sekitar Bangunan Parlimen untuk mengelak sebarang kemungkinan yang tidak baik, di laluan ke Parlimen pula berlaku tunjuk perasaan dan protes oleh anak-anak muda yang dihalau oleh DBKL daripada Padang Merbok pada 4.30 pagi […]

Apa Kata Jika Pimpinan SPR Berkorban Untuk Kebaikan Negara Pula?

Perhimpunan aman di Padang Merbok sudah pun berakhir dengan aman dan tanpa sebarang kejadian buruk. Tetapi masih ada sekumpulan pendemonstrasi yang mahu terus kekal di Padang Merbok. Ada yang mahu berkhemah sehingga hari Isnin iaitu hari pembukaan sessi Parlimen baru yang akan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong manakala yang lainnya pula mahu berkhemah sehingga Pengerusi […]

Berapa Lama Lagikah Kerajaan Najib Boleh Bertahan?

Esok, 22 Jun akan berlangsungnya kemuncak perhimpunan Blackout 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Sejauh mana berjaya atau gagalnya perhimpunan itu menghimpunkan seramai mungkin rakyat membantah keputusan pilihanraya lalu, masih lagi menjadi misteri. Jika dinilai berdasarkan beberapa perhimpunan peringkat negeri yang boleh dianggap berjaya sebelum ini, kita tentunya boleh menjangkakan limpahan kehadiran di Padang Merbok […]

KJ Perlu Tanding Timbalan Presiden UMNO

Ketua Pemuda UMNO yang baru dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dilaporkan akan mengumumkan dalam masa terdekat ini jawatan yang bakal ditandinginya dalam pemilihan parti hujung tahun ini. Dalam masa yang sama, beliau juga berkata tiada masalah baginya jika jawatan Ketua Pemuda UMNO mahu dipertandingkan, malah mengalu-alukan sesiapa jua yang berhasrat mahu mencabarnya. […]

Pendirian Mahathir Mengenai Kedudukan Najib Masih Diragui

Walaupun Mahathir dilihat menyokong agar pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak diadakan bagi mengelakkan perpecahan dalam UMNO, namun pendirian bekas Perdana Menteri itu masih lagi diragui. Kenyataan beliau tidak mendapat respon yang menggalakkan daripada pemimpin UMNO sendiri. Kedinginan respon itu bukan saja disebabkan pemimpin UMNO sedar bahawa kehendak akar umbi adalah sebaliknya tetapi juga […]

Mahathir Masih Fikir Ahli UMNO Bodoh-Bodoh Belaka

Tindakan Mahathir menyokong agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti hujung tahun ini, tidaklah begitu memeranjatkan. Mahathir nampak selesa dengan Najib kerana Perdana Menteri dilihat tidak menyekat kebebasannya, malah kadang-kadang akur dengan kehendaknya. Malah, selain anak-anaknya yang lain mempunyai kebebasan penuh untuk meneruskan perniagaan terutama dengan Petronas, seorang lagi anaknya […]

Tindakan KJ Seharusnya Dipuji, Bukan Dikeji

Heboh diperkatakan orang dan menjadi perbualan ramai dengan perkhabaran bahawa Khairy Jamaluddin yang baru dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan telah melantik seorang wartawan daripada portal berita Malaysiakini, Regina Lee sebagai Setiausaha Akhbarnya. Beberapa blog dan pengendali laman sosial yang pro UMNO telah membidas perlantikan yang dibuat oleh KJ dengan menuduhnya tiada semangat Melayu dan […]

Orang-Orang Muhyiddin Mula Berkata, Kalau Bukan Kali Ini, Bila Lagi?

Di sebalik pelbagai khabar angin yang sedang bertiup mengenai politik UMNO dan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri, kedudukan Muhyiddin sama ada mencabar Najib sebagai Presiden UMNO atau hanya mengekalkan jawatan Timbalan Presidennya dalam pemilihan parti hujung tahun ini, terus menjadi tanda-tanya. Jika sebelum ini ramai golongan pengampu, pembodek dan tukang kipas tampil dengan satu demi […]

Perlucutan Semua Setpol Najib Disambut Dengan Nada Gembira

Beberapa laporan semalam menyebut bahawa Najib tidak akan menyambung semula jawatan kesemua 4 orang Setiausaha Politik dan seorang pegawai khasnya yang kalah dalam pilihanraya lalu. Ia dikatakan kerana Najib ditekan oleh pandangan daripada UMNO sendiri bahawa mereka itu bukan saja ditolak oleh pengundi tetapi juga telah gagal menyumbang kepada kemenangan yang lebih bermakna bagi Najib […]

Tindakan Nazir Menggoyang Lagi Kedudukan Najib

Minggu ini merupakan minggu yang menyesakkan nafas Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Bermula dengan berita pertemuan beberapa Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak dengan Tengku Razaleigh Hamzah berikutan rasa tidak puas hati mereka terhadap layanan Najib Razak dari segi pengagihan kerusi kabinet, ia kemudian bertambah marak dengan tindakan adik Najib, Nazir yang menyokong kecaman […]

Tunggu Apa Lagi Wahai Pejuang Melayu, Marilah Belasah Adik Najib Pulak!!

Ketika CEO Air Asia X, Azran Osman Rani memberikan komennya mengenai Utusan Malaysia yang dianggapnya mengamalkan sifat perkauman beberapa minggu lalu, berbondong-bondong mereka yang meggelarkan dirinya pejuang Melayu membelasah beliau. Mereka melabelnya dengan pelbagai tuduhan seperti tidak sedar diri, anak Melayu yang lupa diri, tidak tahu sejarah dan pelbagai lagi. Bahkan kisah kehidupan peribadinya juga […]

Najib Beri Tan Sri Kepada Orang Cina, Setpolnya Pula Nak Pecat Ketua MCA

Lagi mengenai pemimpin yang suka hantar memorandum. Rupa-rupanya bekas Setiausaha Politik Najib, Shafie Abdullah yang kalah bertanding di Wangsa Maju tidak saja menghantar memorandum kepada pucuk pimpinan agar dirinya dilantik sebagai Senator tetapi juga turut menghantar memorandum kedua yang meminta agar Ketua MCA Wangsa Maju, Yew Teong Look dipecat daripada parti itu. Alasan yang digunakan […]

Kalau Mahu Bodek Najib, Adnan Yaakob Patut Orangnya Tapi…

Dalam riuh-rendah kebanyakan pemimpin lebih condong tampil menjadi pembodek dan pengampu dengan mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandigkan dalam pemilihan parti hujung tahun ini, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob bertindak sebaliknya. Beliau berpendapat kedua-dua jawatan itu patut dipertandingkan, sesuai dengan amalan demokrasi dan inklusifnya parti itu. Secara berterus-terang Adnan berkata, beliau […]

Transformasi Palsu, Baik Dikembalikan Peraturan Pertandingan Dulu

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO hujung tahun ini, isu pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO paling banyak diperkatakan. Ia bukan saja kerana Najib dianggap gagal dalam pilihanraya lalu bahkan keputusan pilihanraya 2013 adalah yang terburuk dalam sejarah BN tetapi juga kerana Najib sebelum itu telah menjanjikan transformasi politik dengan meminda perlembagaan dan peraturan pertandingan dalam […]