Month: May 2013

Jawatan Presiden UMNO Memang Perlu Ada Perlawanan

Najib hari ini menyatakan kesediaan jika beliau dilawan dalam pemilihan UMNO pada penghujung tahun ini. Ketika ditanya pemberita mengenai kemungkinan jawatan Presiden UMNO yang disandangnya sekarang akan menyaksikan pertandingan berikutan prestasi BN yang lebih buruk berbanding 2008, Najib sekadar menjawab bahawa UMNO adalah parti yang mengamalkan demokrasi dan terbuka kepada sebarang pertandingan. Pertanyaan pemberita kepada […]

Mungkinkah Daim, Zam Memulakan Perubahan Dalam UMNO?

Selepas bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin mengkritik kegagalan Najib mencapai keputusan yang lebih baik dalam pilihanraya lalu dan menyarankan supaya penasihat-penasihat Perdana Menteri dipecat ekoran kegagalan itu, seorang lagi bekas menteri iaitu Zainuddin Maidin atau Zam juga mula mengkritik cara kempen Najib sepanjang pilihanraya lalu. Beliau menyifatkan kempen Najib penuh pura-pura dan palsu. Jika diimbas […]

Siapa Bakal Setpol PM Mula Jadi Bualan?

Sebaik reda dengan perlantikan anggota kabinet selepas BN berjaya menggenggam kuasa mentadbir negara untuk tempoh lima tahun lagi, perbualan dalam UMNO kini tertumpu kepada perlantikan pegawai-pegawai kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan juga menteri-menteri kabinet. Yang paling menjadi tumpuan ialah jawatan Setiausaha Politik kerana jawatan tersebut dianggap berkait rapat dengan kejayaan atau kegagalan seseorang […]

BN Sebagai Parti Tunggal Jauh Lebih Baik, Syabas Muhyiddin!

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dilaporkan menyambut baik syor mahu menjadikan BN sebagai parti tunggal pelbagai kaum, tidak lagi seperti sekarang di mana BN hanyalah merupakan gabungan parti-parti yang kebanyakannya berasaskan kaum seperti UMNO dengan Melayunya, MCA dengan Cinanya, MIC dengan Indianya manakala lain-lain parti pula dengan kepentingan perjuangan masing-masing. Menurut Muhyiddin, syor itu walaupun […]

Jika Benar Mahu Membendung Hasutan, Ambillah Tindakan Menyeluruh

Semalam negara dihebohkan dengan penangkapan tiga orang individu yang dikaitkan dengan PR iaitu Tian Chua, Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim dibawah Akta Hasutan berkaitan ucapan mereka yang  didakwa mengandungi unsur-unsur menggalakkan demonstrasi jalanan dan keinginan menumbangkan kerajaan melalui kekerasan. Sebelum itu, Adam Adli, aktivis mahasiswa juga sudah didakwa dibawah akta yang sama. Ketiga-tiga mereka dijangka […]

Najib Makin Mengecilkan MCA

Faktor penting yang menyebabkan BN hanya mampu menang 133 kerusi berbanding 140 pada pilihanraya 2008 adalah disebabkan penolakan pengundi Cina terhadap BN. Akibat daripada penolakan itu, MCA hanya mampu menang 7 kerusi Parlimen berbanding 37 yang ditandinginya manakala Gerakan pula hanya mampu menang satu kerusi Parlimen sahaja. MCA, sebagaimana yang diputuskan dalam resolusinya pada 2011 […]

Zahid Hamidi Dilanda Kecelaruan Akut

Di antara menteri kabinet yang dilantik Najib Rabu lalu, Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi yang dilihat paling menonjol. Hampir semua orang bercakap mengenainya dirinya. Sebaik diumumkan bertukar jawatan dengan Hishammuddin dan kemudian menyarankan agar rakyat yang tidak setuju dengan sistem politik negara ini dan lebih menggemari sistem undi popular agar berpindah ke negara yang mengamalkan […]

Pas Lebih Dihormati Jika Tidak Bergabung Dengan UMNO

Meskipun Presiden Pas, Haji Hadi Awang telah menegaskan bahawa parti itu tidak sekali-kali akan bergabung dengan UMNO, tetapi masih ada suara-suara kecil yang mahu kedua-dua parti itu bergabung. Pelbagai alasan diberikan untuk menjustifikasikan penggabungan itu, antaranya untuk kepentingan Melayu, memertabatkan Islam dan bagi yang ekstremis pula melihat hanya dengan penggabungan itu saja dapat menghantar karier […]

Kimma, Mahu Apa Lagi?

Barisan kabinet yang diumumkan Najib baru-baru ini betul-betul menepati kata pepatah, “rumah siap pahat berbunyi”. Rungutan, sungutan, rasa tidak puas hati dan tuntutan wujud di sana-sini satu demi satu. Ia berikutan keputusan Najib melantik Presiden Transperancy International, Paul Low sebagai menteri dan pemimpin Hindraf, P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri. Perlantikan mereka bukan saja diragui, malah […]

Kabinet Najib Bakal Tersungkur?

Sementara Anwar dan Pakatan Rakyat terus memperhebatkan tekanan menolak keputusan piliharaya lalu dengan siri perhimpunan aman diteruskan lagi ke beberapa negeri, kabinet yang dibentuk Najib turut mulai bergelora. Bermula dengan Joseph Salang Gandum dari Parti Rakyat Sarawak atau PRS menolak perlantikannya sebagai timbalan menteri, majlis tertinggi parti itu juga membuat keputusan terbaru iaitu menolak sebarang […]

Menteri Dalam Negeri Yang Baru Ni Terlebih Garang Pulak…

Tugas pertama Ahmad Zahid Hamidi sebaik mengangkat sumpah sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru bagi menggantikan menteri sebelumnya, Hishammuddin yang hanya gemar memberi amaran ialah dengan menyarankan golongan yang enggan menerima sistem pilihanraya negara ini agar berpindah ke negara yang menjalankan sistem pilihanraya yang mereka gemari. Katanya, sistem pilihanraya negara ini adalah berdasarkan majoriti mudah […]

Yang Mengecewakan Dan Yang Menggembirakan Dalam Kabinet Najib

Sepertimana yang diduga, tidak ada lantikan yang begitu memeranjatkan dalam susunan kabinet baru yang diumumkan Najib hari ini. Selain masih mengekalkan orang-orang lama dalam kabinetnya, perlantikan baru yang dibuatnya seperti Shahidan Kassim, Tengku Adnan Tengku Mansor, Idris Jusoh dan Wahid Omar juga tidaklah begitu mengejutkan banyak pihak. Namun terdapat beberapa perkara yang mengecewakan dan menggembirakan […]

Persatuan Pengguna Islam Pun Dah Jadi Macam Perkasa!!

Agak memeranjatkan tindakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang mengajak orang Melayu memboikot barangan keluaran lima syarikat milik orang Cina yang didakwa mereka mendanai perjuangan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lalu. Menurut persatuan itu, tindakan syarikat Cina itu telah menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat. Tidak diragui lagi bahawa tindakan persatuan ini menunjukkan mereka separuh […]

Susunan Kabinet – Kedudukan Hishammuddin Paling Jadi Perhatian

Perdana Menteri, Najib Razak dijangka mengumumkan susunan kabinetnya barunya minggu ini. Ada laporan mengatakan pengumuman akan dibuat esok dan majlis angkat sumpah akan diadakan pada Rabu di Istana Negara. Antara isu utama yang menjadi perhatian ialah sama ada kabinet kali ini melibatkan wakil Cina atau tidak. Ini berikutan MCA dan Gerakan telah mengumumkan penolakan sebarang […]

MCA Dan Gerakan Seperti Isteri Yang Merajuk

Keputusan MCA tidak mahu menerima jawatan dalam kabinet kerana jumlah kerusi yang dimenanginya berkurangan berbanding 2008 dan menandakan makin menipisnya sokongan kaum Cina terhadap parti itu, kini diikuti pula oleh Gerakan, sebuah lagi komponen BN. Walaupun tindakan kedua parti itu melambangkan intergriti yang tinggi dan sikap bertanggungjawab yang terpuji tetapi jika ia menjadi kenyataan akan […]

Najib Tidak Perlu Lagi Takut Lantik KJ Sebagai Menteri

Selepas kemenangan tipis BN dan Najib pula sudah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, perhatian kini tertumpu kepada barisan kabinet yang bakal dilantik pula. Siapa bakal menjadi menteri, timbalan menteri dan siapa bakal gugur atau bertukar jawatan mula menjadi perbualan di sana- sini. Sementara Najib sedang memikir barisan kabinet barunya, tiba-tiba Khairy Jamaluddin atau KJ, Ketua […]