Month: April 2013

Tengku Adnan Menang Poster, Husam Pula Menang Undi

Bagi sesiapa yang pergi dan meronda-ronda sekitar Putrajaya serta melihat kebanjiran poster calon BN Tengku Adnan Tengku Mansor yang  melimpah dipasang di sepanjang jalan, di simpang-simpang dan di pelbagai tempat lainnya, tentulah menyangka beliau seolah-olah tiada saingan dan bakal menang mudah di kawasan itu. Poster beliau dalam pelbagai bentuk dan rupa hampir memenuhi semua tempat […]

Musa Hassan Menambah Lagi Semangat Rakyat Untuk Berubah

Perkataan ubah yang kini semakin kuat gemanya, ternyata semakin ditakuti oleh Najib dan BN. Najib berkata, perkataan ubah hanyalah sekadar gimik politik semata-mata dan beliau  tidak mahu rakyat terpedaya dengannya. Malah Najib berkata, perubahan juga boleh dilakukan melalui BN dan kerajaan yang ada sekarang. Muhyiddin, Ahmad Maslan dan lain-lain pemimpin UMNO juga menolak perubahan. Perkataan […]

Najib Lebih Percaya Kajian Ahmad Maslan Berbanding Kajian Universiti

Najib dilaporkan begitu tersinggung dengan kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya atau UMCEDEL yang mendapati Anwar lebih popular dan dikehendaki pengundi untuk menjadi Perdana Menteri berbanding dirinya. Kajian UMCEDEL itu mendapati Anwar mendapat keyakinan 43 peratus berbanding Najib  hanya 39 peratus. Sambil menolak kajian itu dan menyifatkannya sebagai karut, Najib […]

Chua Soi Lek Sebenarnya Menghina Islam Dan Institusi Perdana Menteri

Presiden MCA, Chua Soi Lek membuat sensasi lagi. Kali ini beliau menyatakan jika Anwar menjadi Perdana Menteri, maka kerajaan yang dipimpinnya akan menyerupai pentadbiran Pak Lah yang hanya asyik bercakap mengenai Islam dan doa sahaja. Menurut beliau lagi, ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri, setiap hari beliau bercakap mengenai Islam Hadhari dan bukannya mengenai ekonomi, […]

Zahid Hamidi Dan Hishamuddin, Dua Menteri Yang Wajib Ditumbangkan!

Jika sekarang ini rakyat hanya memikirkan untuk menumbangkan BN dan mengakhiri era pemerintahannya yang sudah menjangkau usia 56 tahun, sebenarnya terdapat juga beberapa menteri yang seharusnya ditunjukkan jalan keluar yang keluar yang sama seperti yang mahu dilakukan kepada BN itu. Sehingga ini sekurang-kurangnya dua menteri yang tidak bertanggungjawab yang  hanya memikirkan manfaat politik di sebalik […]

Apa Lagi…Jadikanlah Ia Kenyataan!!

Sebuah kajian terbaru mengenai pertembungan BN dengan PR dan persaingan  Anwar dengan Najib menjelang tarikh penentuan 5 Mei depan, yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya, Universiti Malaya (Umcedel), menghasilkan keputusan yang tidak mengejutkan banyak pihak sebenarnya. Ia hanya membuatkan Najib terkejut kerana seolah-olah pelbagai program dan pendekatan yang dilakukannya selama ini  tidak diterima […]

Mahathir, Daim Kembali Menguasai UMNO?

Mahathir akhirnya bersuara mempertahankan tindakan BN mencalonkan pemimpin Perkasa mewakilinya dalam pilihanraya ini atas alasan NGO itu menyokong UMNO meskipun tindakan itu mengundang risiko berkurangnya sokongan daripada pengundi bukan Melayu. Walaupun Mahathir hanya menyebut mengenai Zulkifli Nordin secara langsung dalam isu ini tetapi adalah dipercayai ianya juga melibatkan Ibrahim Ali yang bertanding sebagai calon Bebas […]

Mat Taib Mencari Syurga, Juanda Pula Berlari-lari Mengejar Dunia

Siapalah menyangka Mat Taib yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor, menteri kabinet dan Naib Presiden UMNO serta menghabiskan sebahagian besar hidupnya bersama UMNO, akhirnya boleh  memilih Pas sebagai wadah perjuangannya yang baru. Walaupun ada kesalahan-kesalahan kecil yang pernah  dilakukannya, secara umumnya beliau bukanlah orang yang kecewa. Dia bahagia dan disukai ketika berada dalam UMNO. Sebab […]

Najib Tidak Harus Double Standard Dalam Isu Pasir Mas

Semalam UMNO telah memecat 61 orang ahlinya kerana bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihanraya kali ini. Antara mereka termasuk Naib Ketua Wanita UMNO, Kamilia Ibrahim, bekas Timbalan Menteri, Sharif Omar, bekas Exco Kedah, Fadzil Hanafi, Ketua Pemuda Sepang, Suhaimi Ghazali dan penyanyi Herman Tino. Yang lainnya merupakan AJK UMNO bahagian, pemimpin peringkat cawangan dan juga […]

Pemimpin UMNO Johor Mula Simpati Dengan Nasib Ghani

Masuk hari ketiga kempen pilihanraya berjalan sejak penamaan calon pada 20 April lalu, antara kerusi Parlimen yang menarik untuk diperhatikan ialah Gelang Patah, Johor.  Kedudukan bekas Menteri Besar Johor, Ghani Othman yang dipertaruhkan oleh BN untuk menentang Lim Kit Siang di Gelang Patah, masih lagi menampakkan kesukaran yang nyata. Bukan  saja program kempen dan ceramah […]

Najib Minta Nyawa Untuk Kekal Sebagai Perdana Menteri

Diantara sekian banyak poster yang memaparkan gambar Najib yang kini mula dipasang bertebaran di seluruh negara, poster yang agak pelik  ialah memaparkan gambar beliau beserta tulisan besar diatasnya Undi Perdana Menteri! dengan gambar undi dacing pula di bahagian bawahnya. Di sekitar jalan strategik di Kuala Lunpur dan Selangor, poster Najib bertulis Undi Perdana Menteri! ini […]

Setiausaha Politik Najib Kena Boikot Di Hari Penamaan Calon

Di Wilayah Persekutuan, antara kerusi yang menarik perhatian ramai  ialah Parlimen Wangsa Maju yang sebelum ini menjadi rebutan antara UMNO dan MCA. Bahkan sebaik Najib mengumumkan kerusi itu ditandingi oleh UMNO, MCA Wangsa Maju bingkas memprotes dan menyifatkan ianya tindakan yang membelakangkan perjuangan mereka selama ini. Serentak dengan itu, MCA Wangsa Maju juga menyatakan akan […]

Disisi Najib, Menjadi Ibrahim Ali Dan Zul Nordin Lebih Dihargai Berbanding Kamilia

Diantara semua calon Bebas yang mengemukakan kertas pencalonan hari ini, Kamilia Ibrahim yang paling menonjol kerana kedudukannya sebagai Naib Ketua Wanita dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau yang sebelum ini melahirkan kekecewaan kerana tidak dipilih sebagai calon dan menyifatkan ianya sebagai penghinaan kepada Wanita UMNO, akhirnya memutuskan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar sebagai […]

ROS Akhirnya Jadi Senjata Makan Tuan Kepada BN

Hanya dua hari sebelum penamaan calon, ROS atau Pendaftar Pertubuhan tiba-tiba menghantar surat kepada DAP memberitahu bahawa ahli jawatankuasa pusatnya yang dipilih dalam pemilihan lalu tidak diiktiraf dan mahu diadakan pemilihan semula. Tindakan ROS itu jelas berniat politik dan untuk mengelakkan DAP bertanding menggunakan logo roketnya dalam pilihanraya ini. Walaupun ROS dan SPR kemudiannya ada […]

Najib Memberi Jalan Mati Untuk Ghani Dan Mukhriz

Diantara percaturan menarik yang dilakukan oleh Najib dalam pilihanraya kali ini ialah memindahkan Ghani Othman bertanding di Parlimen Gelang Patah untuk berhadapan dengan Lim Kit Siang dan meletakkan Mukhriz Mahathir bertanding di DUN Ayer Hitam serta dijanjikan kerusi Menteri Besar Kedah jika BN dapat menawan negeri itu. Sekali imbas, tindakan meletakkan Ghani bertanding di Gelang […]

Najib Dan Transformasi Rojak

Senarai calon-calon BN yang diputuskan Najib dan diumumkan sepenuhnya di semua negeri semalam, secara umumnya adalah bersandarkan formula transformasi dan “winnable” sebagaimana yang sering diucapkannya sejak empat tahun lalu. Malah perkataan transformsi dan “winnable” juga menjadi perkataan jarang terlepas dari bibirnya sejak empat tahun lalu untuk menunjukkan beliau juga seorang yang mahukan pembaharuan serta pragmatik […]

Di Mata Najib, Zulkifli Nordin Lebih Bernilai Daripada Ibrahim Ali, Adik Ku Nan Bakal MB Selangor?

Berbanding pengguguran beberapa nama besar sebagai calon BN seperti Rais Yatim, Nor Mohamed Yakcop, Ng Yen Yen dan nama-nama lainnya serta kesediaan Ghani bertanding di Gelang Patah untuk berhadapan dengan Lim Kit Siang dalam pilihanraya kali ini, tentunya berita yang paling mengejutkan sebaik nama-nama calon diumumkan ialah ketiadaan nama Ibrahim Ali sebagai calon BN di […]

MCA Sengaja Mahu BN Kalah?

Petang semalam, tiga parti komponen BN iaitu MCA, Gerakan dan PPP sudah pun mengumumkan senarai calon dan kawasan yang ditandingi oleh parti itu dalam pilihanraya 5 Mei ini sebaik menerima watikah calon daripada Najib selaku Pengerusi BN. Dalam tempoh beberapa jam lagi, UMNO pula dijangka mengumumkan senarai calonnya yang akan dibuat oleh Pengerusi UMNO Negeri-Negeri. […]