Month: March 2013

Kemelut Isu Calon Masih Menjadi Halangan Buat Najib

Sementara tarikh pembubaran Parlimen masih menjadi penantian bagi rakyat, Najib selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO dilaporkan menghabiskan banyak masanya selama (Jumaat) untuk menemui ketua parti-parti komponen dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri bagi memuktamadkan senarai akhir calon yang bakal dipilih bagi pilihanraya akan datang ini. Beberapa ketua parti komponen dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dilihat […]

Ahli UMNO Lebih Berani Daripada Presiden UMNO

Di banyak tempat sekarang ini, perang poster sudah bermula. Bukan saja poster parti-parti pembangkang PR yang menunjukkan kesungguhan luar biasa mereka untuk menawan Putrajaya yang kelihatan berkibar megah, poster dan gambar dacing juga kelihatan di mana-mana seolah-olah Parlimen sudah dibubarkan. Keadaan ini kelihatan agar luar biasa berbanding pilihanraya sebelum ini di mana poster BN hanya […]

Mampu Seorang PM Penakut Menambat Hati Rakyat?

Hari ini 28 Mac, DUN Negeri Sembilan secara automatik terbubar dengan sendirinya kerana sudah genap lima tahun sejak mandat diberi pada 2008 lalu. ADUN-ADUN Negeri Sembilan juga sudah kehilangan fungsi wakil rakyat masing-masing dan mereka tidak mempunyai apa-apa kuasa lagi. Kerajaan Negeri Sembilan juga sudah menjadi kerajaan sementara yang hanya difungsikan melalui kewujudan Menteri Besar […]

Najib Sudah Terlepas Masa Terbaik Mengadakan Pilihanraya

Sudah dua tiga minggu kebelakangan ini ketibaan Najib ke Istana Negara pada pagi Rabu dispekulasikan sebagai tanda beliau akan membubarkan Parlimen. Malangnya Parlimen tidak juga dibubarkan. Kunjungannya ke Istana Negara mengadap Yang Dipertuan Agong pada setiap pagi Rabu sebenarnya hanyalah rutin yang wajib dilakukan sebelum mesyuarat kabinet diadakan. Tetapi oleh kerana pilihanraya sudah terlalu lewat […]

Pemimpin MCA Pun Puji Pas Kedah

Kedah adalah salah sebuah negeri yang menjadi impian UMNO untuk ditawan semula dalam pilihanraya akan datang ini. Sementara beberapa pemimpn Pas dikesan sedang bermasalah dengan Menteri Besar, Azizan Abdul Razak tetapi UMNO Kedah juga sebenarnya ada masalahnya yang sama. Perebutan siapa yang bakal menjadi Menteri Besar jika UMNO menang masih menjadi duri dalam daging kepada […]

Najib dan Mahathir Pensabotaj Utama UMNO Dalam PRU 13?

Siapa sebenarnya pensabotaj UMNO dalam pilihanraya akan datang? Persoalan ini sentiasa bermain di fikiran banyak pihak. Sementara ada yang berpendapat ia terdiri daripada kalangan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon, lalu merajuk, menutup bilik gerakan dan mengalih sokongan kepada parti lain, ada yang merasakan pensabotaj juga mungkin daripada kalangan ahli yang tidak bersetuju dengan pemilihan […]

Ramai Pemimpin UMNO Bahagian Bakal Kena Pecat

Selain sokongan rakyat yang masih tidak menentu terhadap UMNO dan BN, masalah lain yang turut memeningkan kepala Najib yang kini dianggap sedang memimpin sebuah kerajaan sementara kerana sudah melebihi tempoh lima tahun ialah kemungkinan berlakunya sabotaj daripada kalangan ahli dan pimpinan UMNO sendiri. Jika unsur sabotaj berlaku di banyak kawasan Parlimen atau DUN dan menyebabkan […]

Ruang Untuk Najib Memimpin Kemenangan BN Makin Terhimpit

Semalam apabila bapa Saiful Bukhari tampil memohon maaf kepada Anwar dan menyifatkan kes liwat yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang itu adalah suatu konspirasi jahat semata-mata, ramai rakan-rakan dalam UMNO merasakan ianya merupakan “pukulan maut” kepada karier politik Najib. Najib pasti akan kalah pilihanraya nanti dan Anwar akan menjadi Perdana Menteri, kata mereka. Beberapa pemimpin […]

Mungkinkah Lahad Datu Jadi Seperti Selatan Thailand?

Serangan tentera untuk melumpuhkan kumpulan penceroboh Sulu di Lahad Datu sudah masuk hari kedua hari ini. Walaupun ada laporan mengatakan seramai 30 kematian daripada kumpulan pemberontak dan pihak berkuasa pula belum berani mengesahkannya, tetapi belum terlihat tanda-tanda mereka akan menyerah diri. Bahkan melalui beberapa kenyataan daripada pihak yang dekat dengan keluarga Kesultanan Sulu, mereka akan […]

Najib Sepatutnya Turun Ke Lahad Datu Dan Semporna

Sudah beberapa hari peristiwa serangan kumpulan pemberontak Sulu berlaku di Lahad Datu dan Semporna Sabah. Sehingga ini sudah 28 orang terkorban, 8 anggota keselamatan dan selebihnya kumpulan pemberontak dari Kesultanan Sulu. Walaupun keadaan nampaknya terkawal tetapi langkah berhati-hati tetap diambil dan tujuh batalion tentera sudah pun di hantar ke sana untuk mengawal keadaan. Di ketika […]

Patutlah Mahathir Mahu Tindakan Keras Diambil Terhadap Pemberontak Sulu…

Walaupun sudah hampir sebulan isu pemberontakan Kesultanan Sulu menjadi isu dalam negara, UMNO dan kerajaan masih buntu untuk mencari jalan penyelesaiannya. Sehingga berlaku lapan kematian anggota keselamatan dan dua bandar di Sabah sudah diserang pun, jalan penyelesaian masih juga tidak ditemui. Najib yang terkenal lemah dan lembabnya, masih memikir-mikirkan tindakan yang sesuai mahu dilakukannya. Buat […]

Disebalik Insiden Sabah, Rakyat Jangan Hilang Fokus Untuk Melakukan Perubahan

Terlebih dahulu diucapkan takziah kepada keluarga lapan anggota keselamatan yang terbunuh dalam menangani kumpulan pemberontakan Sulu di Sabah. Dilaporkan dua terbunuh di Lahad Datu dan enam terkorban di Semporna setakat ini. Rakyat tentunya sedih dengan pemergian itu, sementara keluarga dan anak-anak mereka terasa lebih kesedihannya dengan kehilangan orang tersayang masing-masing. Marilah kita menyedekahkan Al Fatihah […]

Macam-Macam Runtuh, Petanda Era BN Juga Bakal Runtuh!

Sebuah jambatan yang sedang dalam pembinaan runtuh berhampiran Putrajaya semalam. Sebelum ini berlaku juga tanah runtuh, bumbung stadium runtuh, rumah di lereng bukit runtuh dan macam-macam lagi yang runtuh. Jika mahu dikira dengan moral dan akhlak yang turut runtuh setiap hari, negara kita mungkin dikira tempat yang paling banyak sekali berlaku perkara-perkara runtuh. Beberapa hari […]