Month: February 2013

Bagaimana Agaknya Nasib Mahathir Jika Anwar Jadi PM?

Mahathir bersuara lagi. Terbaru beliau menyatakan bahawa Anwar akan mengamalkan nepotisme dan kronisme jika berjaya menjadi Perdana Menteri. Dengan mengambil contoh isteri dan anak Anwar yang menjadi Presiden dan Naib Presiden PKR serta bekas Setiausaha Sulitnya, Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR, Mahathir sekali lagi menyerang Anwar. Tujuannya tidak lain ialah supaya rakyat tidak memberi […]

Najib Hanya Berintergriti Jika Berani Menjawab Dakwaan Deepak Dan Bala

Minggu lalu Najib telah menandatangai ikrar intergriti pilihanraya bagi menunjukkan beliau seorang yang berintergriti dan pernyataan komitmennya membanteras rasuah khususnya menjelang pilihanraya umum akan datang. Beliau menandatangai ikrar anjuran Tranperancy International itu bersama beberapa pemimpin UMNO dan BN yang lain. Secara umumnya ikrar intergriti pilihanraya adalah kontrak sosial sukarela kepada calon-calon PRU 13 sebagai ikrar […]

PI Bala Kembali Untuk Memberi Bala Kepada Najib

Najib dikhabarkan akan membubarkan Parlimen hari ini, 22 Februari atau selewat-lewatnya Isnin depan bagi membolehkan PRU 13 diadakan pada cuti persekolahan selama seminggu yang bermula 23 Mac depan. Tidak dipastikan bagaimana khabar angin ini muncul dan sebegitu ramai orang bercakap mengenainya. Tetapi sehingga ini belum ada kesahihan tentang khabar angin itu. Tidak dipastikan lagi sama […]

Anak Bekas PM Tak Semestinya Boleh Jadi Pemimpin Hebat

Dilaporkan baru-baru ini tentang penolakan beberapa ADUN Kedah tentang ura-ura mahu menjadikan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah kiranya UMNO berjaya menawan negeri itu dalam pilihanraya akan datang. Secara terbuka mereka menyifatkan kedudukan Mukhriz sebagai anak bekas Perdana Menteri bukanlah suatu kelebihan baginya untuk mengisi jawatan itu. Ada juga yang menyifatkan cabaran menyandang jawatan di […]

Setelah 22 Tahun Diabaikan, Tiba-Tiba Peneroka Felda Disayangi Mahathir

Apabila tiba-tiba Mahathir mengingatkan para peneroka Felda supaya mengingati jasa kerajaan yang mewujudkan tanah rancangan itu dan tidak menggigit tangan pihak yang membantu mereka, ramai yang ketawa kecil dengan sikap bekas Perdana Menteri itu. Nasihatnya kepada peneroka Felda itu tidak lebih menunjukkan sikap terdesaknya yang menjadi wakil tidak rasmi UMNO dan BN bagi mendapatkan undi […]

Sekali Lagi Najib Dimalukan Oleh Pengundi Cina

Hasrat Najib menghadirkan diri di majlis sambutan Tahun Baru Cina Persatuan Dong Ziong sekurang-kurangnya mampu membawa hasil yang positif dan menggembirakan nampaknya tidak kesampaian. Meskipun beliau dilayan dengan baik dan dihidang dengan makanan yang menyelerakan, kunjungan itu tidak membawa apa-apa keuntungan kepada politik BN. Beliau pasti menyimpan kecewa dalam diam. Najib yang hadir sejam lebih […]

Siapa Sebenarnya Lebih Berpotensi Mencetus Huru-Hara?

Kehadiran sekumpulan mahasiswa yang menamakan diri mereka Gerakan Mahasiswa PRU 13 atau GM13 di Pekan telah mencetus kemarahan orang-orang Najib sehingga kumpulan mahasiswa itu diganggu, dimaki hamun malah ada mahasiswa perempuan yang dikasari serta ditarik tudung mereka. Walaupun kerajaan telah membuat keputusan membenarkan mahasiswa aktif dalam gerakan politik luar kampus dan bertanding dalam pilihanraya, insiden […]

Memang Tidak Mustahil BN Boleh Menang PRU 13 Jika…

Sementara tarikh pilihanraya masih menjadi teka-teki kepada semua orang, keupayaan BN memenangi pilihanraya akan datang ini juga masih menjdi misteri. Ada yang yakin menang tetapi tidak kurang yang merasakan BN akan kecundang. Segelintir yang lain percaya hanya kemenangan tipis yang mampu dicapai BN dan Najib akan dipaksa berundur berikutan prestasi buruk itu. Namun jika ditanya […]

Pengundi Cina Kekal Tolak BN, Najib Sudah Boleh Berkemas Keluar Dari Seri Perdana

Sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini sepatutnya menjadi perayaan yang bermakna buat Najib. Ini kerana sambutan Tahun Baru Cina tahun ini merupakan perayaan terakhir sebelum pilihanraya umum diadakan yang mana tarikh edahnya ialah 28 April depan. Setelah sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha penghujung tahun lalu, Krismas 25 Disember dan Thaipusam penghujung […]

Antara Realiti Dan Lakonan Politik Di Wangsa Maju

Ekoran tulisan beberapa hari lalu di blog ini mengenai gelora politik di Wangsa Maju antara UMNO dan MCA, rupa-rupaya terdapat perkembangan yang lebih menarik daripada itu. Ada maklumat mengatakan bahawa Shafie Abdullah yang memimpin UMNO Wangsa Maju sudah pun dimaklumkan tiada perubahan kouta pembahagian kerusi di Wilayah Persekutuan dalam pilihanraya umum akan datang ini berbanding […]

Seorang Mahathir Yang Makin Kalut Dan Melalut

Sejak wujudnya RCI yang berperanan untuk menyelesaikan isu pendatang asing di Sabah, Mahathir yang dikaitkan berperanan memberikan kad pengenalan kepada mereka untuk membolehkan menjadi pengundi yang sah, beliau telah memberi tiga reaksi yang berbeza mengenainya. Nampak benar beliau sedang kalut dengan isu tersebut. Pada peringkat awal inkuiri, nama Mahathir telah dikaitkan sebagai orang yang berperanan […]

9 Kerusi Parlimen Johor Bakal Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat

Dalam pilihanraya umum akan datang ini, Johor adalah antara negeri yang menjadi tumpuan antara BN dan PR. Sementara BN mengharapkan Johor akan terus kekal sebagai kubu kuatnya, PR pula mensasarkanu untuk merampas beberapa kerusi di negeri itu. Dalam pilihanraya 2008 lalu, Johor adalah antara negeri yang menyumbang banyak kerusi kepada BN, selain Sabah dan Sarawak. […]

Mahathir dan Rosmah Liabiliti Najib Dalam PRU 13

Ramai yang tertanya-tanya kenapakah Najib masih tidak berani mengumumkan tarikh pilihanraya walaupun sering mendakwa sokongan rakyat kepada BN makin bertambah dan yakin untuk mencapai kemenangan. Beberapa pemimpin lain, terutama Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO, bukan sekadar yakin BN akan terus menggenggam kuasa malah merasakan kuasa majoriti dua pertiga pun mampu dicapai kali ini. Apakah sebenarnya […]