Month: January 2013

Kenapa Hanya 4 Pemimpin BN Disytihar Tidak Bersih?

Ramai yang tertanya-tanya siapakah empat pemimpin BN yang tidak berjaya melepasi tapisan SPRM serta dianggap tidak bersih dan dinasihat digugurkan sebagai calon dalam pilihanraya akan datang ini. Mereka itu, sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Harian, ialah dua menteri, seorang menteri besar dan seorang lagi ketua menteri. Sinar Harian yang dilaporkan memetik sumber-sumber memberitahu, bahawa keempat-empat […]

Idris Haron Bakal Ketua Menteri Melaka?

Apabila Ali Rustam baru-baru ini mengesahkan keinginannya untuk bertanding kerusi Parlimen pula dalam pilihanraya akan datang, jawatan Ketua Menteri Melaka yang disandangnya sejak 1999, mula menjadi rebutan dan perhatian beberapa tokoh politik negeri itu. Ali Rustam berkata, beliau sudah pun memaklumkan hasratnya itu kepada Najib dan kini terserah kepada Najib untuk membuat keputusan sama ada […]

Najib, Satu-Satunya PM Yang Takut Dengan Pilihanraya

Ambo nak umum dah, itulah ayat terbaru yang dilafazkan Najib mengenai tarikh PRU 13. Sebelum ini, sudah beberapa kali beliau cuba memberi bayangan tentang tarikh pilihanraya akan diadakan. Pihak pembangkang pula cuba meneka beberapa tarikh yang difikirkan logik untuk Najib membubarkan Parlimen. Tetapi semua tekaan dan ramalan itu tidak menjadi kenyataan. Apabila beberapa hari lepas, […]

Mahathir Mula Menyusahkan Masa Depan Anaknya, Mukhriz

Lagi berkenaan Mahathir. Dalam cubaan membersihkan namanya yang mula dikaitkan dengan pemberian kira-kira 200,000 kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah untuk kepentingan politik UMNO pada tahun 1994, bekas Perdana Menteri itu tidak saja mengaitkan Tunku Abdul Rahman yang dituduh lebih teruk daripada, bahkan beliau turut mencadangkan ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI berkenaan dengannya. […]

Anwar Mahu Menumbangkan BN, Mahathir Pula Mahu Menumbangkan Najib

Apabila Mahathir menyifatkan kerajaan yang dipimpin Najib sekarang berada dalam keadaan lemah sehingga takut menggunakan kuasa, ia membawa tafsiran dengan maksud yang pelbagai. Lebih-lebih ia dikeluarkan di saat-saat Najib sedang bertarung antara “hidup dan mati” dalam PRU 13 yang mesti diadakan sebelum 28 April ini. Dengan mengambil contoh Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA yang […]

Dengan Tunku Yang Sudah Meninggal Pun, Mahathir Mahu Bermusuh

Ramai yang geleng kepala dengan respon Tun Mahathir yang pentadbiran dan dua orang kanannya tiba-tiba dikaitkan dalam pemberian ratusan ribu kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah pada tahun 1993/1994 sebagaimana yang didedahkan dalam inkuari Siasatan Diraja atau RCI berkenaan pendatang asing yang sedang berlangsung sekarang ini. Sambil mengakui beliau ada memberi kad pengenalan kepada […]

Rais Yatim Menteri Yang Membahayakan Masa Depan Najib

Di antara menteri kabinet yang ada sekarang, rasanya Rais Yatim adalah yang paling banyak disebut namanya, baik oleh penyokong UMNO mahupun penyokong pembangkang, selepas Najib dan Muhyiddin. Dalam semua agenda politik negara, jarang benar nama beliau tidak terselit sama. Sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais dianggap mengendali kementerian yang kanan berdasarkan ruang lingkup tugas […]

BN Tumbang – Mahathir Lebih Takut Dari Najib

Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka yang berjaya menghimpukan ratusan ribu rakyat pelbagai kaum Sabtu lalu, pada mulanya hanya menyerlahkan rasa gundah-gulana para pemimpin UMNO terhadap masa parti itu sehingga mereka tidak habis-habis mencipta teori dan logik untuk menafikan perhimpunan itu sebenarnya memang mendapat sambutan yang jitu daripada rakyat. Ada antara mereka yang tampil menafikan […]

Sengsara Salah Pilih Kerajaan Cuma 5 Tahun, Sengsara Kekalkan BN 50 Tahun…

Ketika ini jumlah kehadiran rakyat berbilang kaum di HKR112 di Stadium Merdeka semalam masih menjadi pertikaian. Polis mengatakan jumlahnya cuma 45 ribu orang manakala ada media arus perdana mengatakan hanya 15 ribu orang yang hadir. Hishammuddin Rais pula menganggarkan kehadiran tidak kurang 500 ribu manakala pakar matematik daripada UKM, Prof Dr Shahrir Md Zain pula […]

Sejuta Rakyat Nak Gegar KL Tapi Di Mana Najib?

Menjelang perhimpunan kebangkitan rakyat di Stadium Merdeka yang mensasarkan kehadiran sejuta rakyat dengan pelbagai tema warna pada Sabtu ini, keadaan sebenar kesihatan Najib masih menjadi misteri lagi. Sejak beberapa hari lalu, beliau hanya hadir dalam majlis seperti pelancaran sukuk, menerima kunjungan hormat tetamu luar negara dan selebihnya menjalankan kerja-kerja pejabat atau mempengerusikan mesyuarat saja. Tidak […]

5,000 Undi Pos Parlimen Setiawangsa Kena Songlap…

Semalam Nurul Izzah mendedahkan bahawa seramai 5,000 pengundi yang terdiri daripada ahli UMNO Wilayah Perseketuan telah dipindahkan ke Lembah Pantai bagi memastikan kemenangan Raja Nong Chik yang berhasrat bertanding di kawasan itu dalam pilihanraya umum akan datang ini. Daripada jumlah 5,000 pengundi itu, sebahagian besarnya difahamkan terdiri daripada pengundi daripada kawasan Parlimen Seputeh. BN dikatakan […]

Benarkah Najib Benar-Benar Sihat?

Isu kesihatan Perdana Menteri, Najib Razak menjadi bualan ramai sejak seminggu yang lalu. Beberapa blog melaporkan kononnya Najib berada dalam keadaan tidak sihat setelah diserang angin ahmar ringan (mild stroke). Meskipun Perdana Menteri telah menafikan laporan itu dan menegaskan beliau sihat, desas-desus mengenainya tetap panas di pasaran politik. Rakyat biasa, ahli UMNO, bukan ahli UMNO, […]

Kumpulan Pro Najib Mula Menyumpah Mahathir

Isu berkaitan Deepak terus menjadi perbualan di sana-sini. Di dalam UMNO, di luar UMNO ia tetap menjadi topik hangat dalam perbualan seharian mengikut persepsi masing-masing. Tetapi secara umumnya, isu Deepak ini sekali lagi mencalarkan nama Najib menjelang pilihanraya umum akan datang. Sikap berdiam diri Najib dan Rosmah menambahkan kesangsian rakyat, dan menjadikan sebahagian besar percaya […]

Lebih Elok Memoir Rosmah Diterbitkan Selepas Najib Tidak Lagi Jadi PM…

Belum pun sempat buku biografi isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor siap dicetak dan diterbitkan, sebuah buku mengenai beliau telah pun diedarkan dalam talian yang bertajuk The Black Rose 1.0 oleh Deepak Jaikishan dan penulisnya menggunakan nama Spirit of Altantuya. Buku ini ditulis dalam bentuk cerita dengan nama watak-wataknya dieja secara terbalik atau diberi mirip nama […]

Jika Benarlah Mahathir Di belakang Deepak…

Sejak Deepak Jaikishan muncul sebagai tajuk sensasi berita dan mengaitkan Najib serta Rosmah dengan pelbagai dakwaan, perkara yang menjadi persoalan umum mengenai usahawan karpet itu ialah dia dilihat bukan saja begitu berani tetapi seolah-olah kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. Dia sudah membuat pelbagai dakwaan terhadap Perdana Menteri dan Rosmah. Daripada mendakwa memberi sejumlah wang kepada […]

Najib Wajib Undur, Beri Peluang Muhyiddin Ketuai PRU 13

Belum pun sempat Najib menjawab pelbagai persoalan yang dilemparkan kepadanya berhubung urusniaga yang dipaksakan antara LTAT dengan Deepak dan Raja Ropeah serta kaitan dengan isterinya Rosmah Mansor, tiba-tiba sebutir bom lagi digugurkan untuk menggegarkan atmosfera politik negara. Kali ini merupakan pendedahan oleh Rafizi Ramli melalui sumber yang dipercayai dekat dengan Deepak, tentang bagaimana peniaga karpet […]

Siapa Paksa Beli Syarikat Deepak – Najib Atau Zahid Hamidi?

Persoalan yang timbul disebalik tindakan anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT) iaitu Boustead membeli syarikat milik Deepak Jaikishan, Astacanggih Sdn Bhd sebagai jalan penyelesaian untuk menghentikan kemelut antara Deepak-Najib-Rosmah-Raja Ropeah, kini menimbulkan persoalan baru iaitu siapakah yang memaksa urusniaga itu? Semua orang tahu LTAT dan Boustead adalah dibawah Kementerian Pertahanan dan projek yang diberi kepada […]