Month: December 2012

Biar Betul…Mahasiswa Nak Letak Calon Lawan Najib di Pekan?

Hubungan mahasiswa dengan dunia politik sangat akrab sebenarnya. Sejak dulu lagi sudah sekian kerap dituntut agar mahasiswa dibenarkan berpolitik, tidak saja di dalam kampus tetapi juga di luar kampus, sesuai dengan kedudukan mahasiswa itu sendiri sebagai pemimpin pelapis generasi akan datang. Sejarah pula telah membuktikan meski dihantui pelbagai halangan, penglibatan mahasiswa dalam pelbagai peristiwa politik […]

Konsep 1Malaysia Gagal, Najib Mahu Rebut Semula Undi Melayu

Perjalanan politik UMNO kebelakangan ini memperlihatkan bahawa Najib seakan-akan sudah putus asa dengan pengundi bukan Melayu. Sejak tsunami 2008 yang antara sebabnya ialah beralih arahnya pengundi bukan Melayu kepada pembangkang, Najib cuba berhempas pulas mahu menawan semula undi mereka melalui beberapa pendekatan yang dilakukannya. Antaranya memperkenalkan 1Malaysia, memberi lebih banyak bantuan kepada sekolah Cina dan […]

Sampai Bila Najib Nak Berdiam Diri?

Sejak Deepak Jaikishan, seorang peniaga karpet yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Perdana Menteri, mendedahkan penglibatan Najib dalam akuan bersumpah kedua penyiasat persendirian, P Bala, pelbagai rentetan mengenainya sudah terdedah ke pengetahuan umum. Daripada bagaimana Rosmah memintanya mencari P Bala, penglibatan adik Najib, Nazim Razak membayar wang kepada penyiasat persendirian itu, kaitan seorang peguam […]

Setiausaha Politik Najib Dilarang Jadi Calon…

Harapan serta impian Setiausaha Politik dan Pegawai Khas Najib untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang bakal menjadi “angan-angan tak sudah” kerana mereka mungkin tidak dibenarkan bertanding oleh Najib sendiri, sebaliknya akan diminta menumpukan perhatian kepada kemenangan UMNO dan BN secara keseluruhannya. Semua mereka ini dipercayai akan diberitahu sendiri oleh Najib mengenai perkara itu. Dari […]

Kesian Zainuddin Maidin….

Ketika Zainudin Maidin atau Zam menulis dan melabelkan bekas Presiden Indonesa, BJ Habibie sebagai pengkhianat sejurus kesudiannya hadir di pentas Unisel bersama Anwar Ibrahim, tentunya dengan niat meracuni pemikiran rakyat agar Anwar juga dianggap sama pengkhianat kepada negara. Zam yang yang tidak sampai dua tahun menjadi Penerangan dan kemudian kalah dalam piliharaya 2008 di Merbok, […]

War Room UMNO Nyanyikan Kemenangan 154 Kerusi Untuk Najib

Ketika ini semua pihak sibuk membuat ramalan, andaian serta kajian tentang siapakah antara BN dan PR yang dijangka akan memenangi pilihanraya umum akan datang ini dan seterusnya berjaya menubuhkan kerajaan. Pusat-pusat kajian, universiti dan kalangan pensyarah pula turut tampil dengan pelbagai teori dan pandangan mengenai siapa yang dijangka kalah dan siapa yang dijangka menang. Merdeka […]

Bila Hantu Altantuya Mula Mengilai, Senyum Muhyiddin-Zahid Tentu Makin Melebar

Hari-hari kebelakangan ini, Deepak Jaikishan yang dulunya merupakan rakan karib keluarga Najib dan menganggap Rosmah Mansor seperti kakak angkatnya, tidak henti-henti bersuara mengenai keluarga Perdana Menteri itu. Bermula dengan dakwaannya bahawa beliau ditipu dalam satu urusniaga tanah yang melibatkan seorang Exco Wanita UMNO yang diberikan projek kerajaan oleh Najib, tindakan Najib tidak membantunya meskipun mendakwa […]

UMNO Akhirnya Akur Rosmah Adalah Liabiliti Bagi Najib

Akhirnya sebuah buku biografi mengenai isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor akan diterbitkan dan muncul di pasaran pada pertengahan Januari depan yang antara lainnya dikatakan akan menyediakan satu bab khusus untuk menjawab pelbagai tohmahan mengenai dirinya. Penasihat penerbitan buku itu, Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, pelbagai tohmahan dan cakap-cakap yang berlegar di pasaran […]

Untuk Terus Kekal Sebagai PM, Najib Wajib Cantas Orang Muhyiddin

Di ketika Najib begitu bersungguh-sungguh menyeru ahli UMNO agar bersatu, tidak melakukan sabotaj dan memberikan kemenangan dua pertiga kepadanya, beberapa pihak lain pula terus membuat ramalan dan kajian tentang keputusan pilihanraya akan datang ini. Keputusan pilihanraya akan datang ini bukan saja menarik perhatian rakyat yang sedang berdebar-debar ingin mengetahui sama ada UMNO dan Najib akan […]

13 Mei Bukan Lagi Senjata Yang Tajam Untuk Menakutkan Rakyat

Menjelang pilihanraya umum akan datang, salah satu senjata yang digunakan oleh UMNO untuk mengekalkan kuasa ialah menakut-nakutkan rakyat. Selain ditakutkan dengan isu agama dan kaum, rakyat juga ditakutkan dengan kemungkinanan kononnya negara akan huru-hara jika UMNO tidak lagi berkuasa. Bayangan tragedi 13 Mei 1969 kerapkali didendangkan untuk memperingatkan rakyat tentang perkara itu. Dalam perhimpunan UMNO […]

Selepas Deepak Dan Musa Hasan, Mungkinkah Mumtaz Selepas Ini?

Minggu-minggu kebelakangan ini kedudukan Najib terus dicalar dan dirobek oleh pelbagai pendedahan yang dilakukan oleh ahli perniagaan karpet, Deepak yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Rosmah Mansor dan juga bekas IGP, Musa Hassan. Deepak yang kini sudah bertalak tiga dengan keluarga Najib mendedahkan pelbagai perkara termasuk dakwaan memberi sejumlah wang kepada Najib, bagaimana beliau dikhianati […]

Najib Lebih Takut Gagal Mencapai Dua Pertiga Berbanding Kalah Pilihanraya

Ucapan Najib di perhimpunan UMNO baru-baru ini, baik dalam ucapan dasar mahupun ucapan penggulungan jelas menggambarkan ketakutan beliau menghadapi pilihanraya akan datang. Intipati ucapan, riak wajah dan bahasa tubuhnya jelas menggambarkan hakikat itu. Meski beliau cuba melawak, tersenyum dan mempamerkan wajah gembira tetapi garis-garis ketakutan itu boleh dilihat dan difahami oleh sesiapa saja yang mendengar […]