Month: November 2012

PAU 2012 Akhirnya Jadi Pentas Lobi Jadi Calon…

Perhimpunan Agung UMNO tahun ini bukan saja menjadi pentas menyerang pembangkang dan menghentam beberapa individu seperti Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Khalid Ibrahim dan lain-lainnya tetapi juga menyaksikan keghairahan banyak pihak menjadikannya sebagai pentas akhir untuk melobi sebagai calon piliharaya akan datang. Meskipun kedudukan UMNO masih terumbang-ambing, entah kan menang entah kan tumbang, namun keinginan untuk […]

Lagi Kuat Najib Menjerit, Lagi Sumbang Penampilannya

Tidak ramai yang memperkatakan intipati ucapan Najib di perasmian Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Semuanya sudah dijangka. Serangannya kepada pembangkang, kecamannya terhadap Anwar Ibrahim, keyakinannya UMNO sudah pulih dan keghairahannya mahu mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekali pun bukanlah sesuatu yang pelik. Ia sudah banyak kali diperkatakan Najib sebelum ini. Penegasannya kali ini hanyalah merupakan […]

Ucapan Perasmian Najib Pagi Esok Sudah Tidak Bermakna Lagi

Esok pagi khamis, Najib selaku Presiden UMNO akan menyampaikan ucapan dasar dan seterusnya merasmikan perhimpunan agung UMNO kali ke 66. Semalan ucapannya di majlis taklimat tertutup kepada para perwakilan UMNO, Najib sudah pun menekankan tentang perlunya mengukuhkan perpaduan, mengelakkan sabotaj serta menyokong sesiapa saja calon yang dipilih dalam pilihanraya umum nanti. Pada sebelah malamnya pula, […]

Ahli UMNO Sedang Keletihan Dan Najib Dipersalahkan

Minggu ini UMNO akan mengadakan perhimpunan agungnya lagi. Ini merupakan perhimpunan UMNO kali ke 4 dibawah kepimpinan Najib. Lantas ia dikatakan perhimpunan agung yang terakhir sebelum pilihanraya umum diadakan. Tetapi ramai juga yang mengatakan ia mungkin perhimpunan terakhir UMNO sebagai kerajaan. Tanda-tanda UMNO bakal hilang kuasa semakin jelas. Rakyat juga seperti mahukan demikian. Najib dan […]

Mahathir Layak Dinobatkan Batu Ronson Negara

Komen terbaru Mahathir mengenai siapa yang layak menjadi PM jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya akan datang mengesahkan lagi kedudukan Mahathir sebagai batu api dalam politik negara atau “batu ronson” dalam istilah orang kebanyakan. Beliau nampaknya bekerja siang malam memikirkan bagaimana untuk melaga-lagakan penyokong Pas, PKR dan DAP serta rakyat seluruhnya sebelum Najib membubarkan Parlimen. Hari […]

Kiranya Diwajibkan Isytihar Harta, UMNO Akan Kalah Sebelum Bertanding

Sebagai langkah untuk menunjuk sikap amanah, jujur dan ikhlas dalam perjuangan, PAS telah mengambil langkah proaktif dengan meminta semua calonnya mengisytiharkan dalam pilihanraya akan datang ini. Semua pimpinan Pas menyambur baik dan bersetuju dengan langkah itu. Haji Hadi dalam ucapan penggulungan di Muktamar Agung Pas, baru-baru ini menyatakan bahawa beliau orang pertama bersetuju dengan langkah […]

Perangai Buruk Pemimpin UMNO Seperti Penyakit Yang Tiada Ubatnya

Ekoran tulisan saya sebelum ini mengenai isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang masih bersikap gila glamour dan dipercayai akan terus menjadi beban kepada UMNO dan Najib untuk mengharungi PRU 13, saya telah dihubungi oleh seorang pemimpin kanan UMNO peringkat bahagian yang menyatakan selain isu Rosmah, sebenarnya perangai buruk pemimpin dan menteri-menteri UMNO turut menjadi halangan […]

Nazri Patut Belajar Dari Kejatuhan Pemimpin Negara Arab

Perilaku kesombongan dan keangkuhan yang ditunjukkan oleh Nazri Aziz, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada undang-undang, Parlimen dan SPRM terus menjadi bualan rakyat. Di dalam dan di luar UMNO, ia terus menjadi topik perbualan yang menggambarkan bahawa UMNO masih memiliki sisi hodoh yang sukar untuk dikikis. Ketika timbul isu anaknya menggunakan kereta mewah […]

Najib Ketepi MT UMNO, Lantik Bekas Setpol Pilih Calon Pilihanraya

Isu calon pilihanraya sentiasa menjadi isu panas dalam UMNO. Begitu ramai yang berebut dan merasakan mereka layak untuk menjadi calon dan bergelar YB. Bagi mereka yang berjuang dan menjadi pemimpin UMNO, terpilih menjadi calon pilihanraya merupakan pencapaian terbaik dalam karier perjuangan peribadi atau sesetengahnya beranggapan seperti pintu rezeki semakin terbuka dengan luas. Dengan terpilih sebagai […]

Isu Nazri Aziz: Najib Perlu Bertindak Sebelum Mahathir Bersuara

Isu yang melibatkan Nazri Aziz, menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang, Parlimen dan SPRM dengan usahawan balak Michael Chia, terus memanaskan suhu politik negara dengan pelbagai pendedahan baru hari demi hari. Isu ini bermulanya dengan jawapan Nazri di Parlimen berkaitan Michael yang pernah ditahan di Hong Kong kerana membawa wang tunai RM40 juta yang didakwa untuk […]

Syed Mokhtar, Raja Kroni Najib Yang Tidak Disenangi Rakyat Malaysia

Nama Syed Mokhtar Al Bukhary, orang Melayu paling kaya di Malaysia disebut lagi di Parlimen. Kali ini ia disebut oleh orang yang senama dengannya iaitu Bung Mokhtar, Ahli Parlimen UMNO Kinabatangan yang memang terkenal dengan kelantangan dan ucapan yang kontroversi. Bung Mokhtar membangkitkan tentang monopoli perniagaan yang diperolehi oleh Syed Mokhtar daripada kerajaan sejak akhir-akhir […]