Month: October 2012

Laluan Zahid Belum Tentu Selesa Sebenarnya…

Minggu lalu saya menulis mengenai Zahid Hamidi yang dianggap oleh banyak pihak mempunyai peluang paling terbuka untuk meningkat naik dalam hireaki UMNO selepas pilihanraya umum akan datang ini. Beliau yang kini menjadi Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan, mungkin akan bergandingan dengan Muhyiddin untuk bertanding jawatan nombor dua dalam UMNO sekiranya BN hanya mampu mencapai […]

Soi Lek Dan Hudud: Undi Cina Tak Bertambah, Undi Melayu Bakal Menyusut

Keceluparan Presiden MCA mempertikaikan hukum hudud nampaknya makin menjadi-jadi. Ada saja perkara baru yang dibangkitkannya dari semasa ke semasa yang menarik untuk dijadikan bahan berita tetapi cukup menyakitkan hati umat Islam. Jika sebelum ini beliau mempertikaikan hukum hudud itu secara umum dan mengugut akan keluar BN jika hukum itu dilaksanakan, minggu lalu beliau mengeluarkan kenyataan […]

Mahathir Sedang Membasuh Dosa-Dosanya Terhadap UMNO

Semalam Mahathir bercakap tentang pilihanraya lagi. Kali ini beliau berkata bahawa sama ada hujung tahun ini atau awal tahun depan, ia adalah masa yang sesuai untuk diadakan pilihanraya. Walaupun Najib yang berhak menentukan tarikh pilihanraya, Mahathir seperti mahu memainkan peranan sama dalam penentuan tarikh pilihanraya kali ini. Apa yang dilakukan Mahathir ini bukan saja kerana […]

Selagi Tiada Darurat, Perpaduan Melayu Hanyalah Angan-Angan…

Hampir semua orang sekarang ini bercakap mengenai perpaduan Melayu. Di Parlimen, lobi hotel, kopitiam Cina, kedai kopi Melayu, rumah orang kaya, teratak miskin, tua muda, kelas atasan, golongan pertengahan dan rakyat biasa, jarang benar terlepas daripada membicarakan isu perpaduan Melayu ini. Parti-parti politik apatah lagi, perpaduan Melayu kadang-kadang turut dijadikan modal meraih sokongan. Masing-masing menghuraikan […]

Jika Bukan Punca Melayu Pecah, Tentunya Mahathirlah Penyatu Ummah…

Dalam cubaan untuk membersihkan namanya yang sering dikaitkan sebagai punca keretakan perpaduan orang-orang Melayu, Mahathir sekali lagi cuba menunjukkan dirinya sebagai individu yang suci lagi bersih. Dalam suatu program di Kuala Terengganu semalam, bekas PM itu menafikan perpecahan orang-orang Melayu berpunca daripada tindakannya memecat bekas timbalannya, Anwar Ibrahim pada 2 September 1998. Sebalikya, kata Mahathir, […]

Zahid Hamidi Paling Berpotensi Jadi TPM Selepas PRU 13

Jika Muhyiddin Yassin mula mendapat perhatian yang semakin meluas sebagai sosok yang dilihat lebih sesuai menggantikan Najib yang penuh dengan segala macam masalah selepas piihanraya umum akan datang, nama Zahid Hamidi turut meniti di bibir majoriti ahli dan perwakilan UMNO sebagai tokoh yang paling mantap untuk bergandingan dengan Muhyiddin. Tidak dapat dinafikan pilihanraya yang mesti […]

Beranikah Najib Menyahut Saranan Muhyiddin?

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semalam menyarankan agar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M wajar diteruskan berikutan sambutan positif rakyat kerana ia mampu meningkatkan kuasa beli golongan berpendapatan rendah serta merangsang pertumbuhan ekonomi domestik negara. “Terserah kepada Perdana Menteri, saya secara peribadi berpendapat ia memang baik,” Muhyiddin dipetik sebagai berkata dalam satu program bersama rakyat […]

Nasharudin Lebih UMNO Dari Pemimpin UMNO

Sejak kehilangan jawatan Timbalan Presiden Pas kepada Mohamad Sabu, Nasharudin Mat Isa nampak benar celaru mindanya. Beliau seolah-olah tidak dapat menerima hakikat kehilangan jawatan kepada seseorang seperti Mat Sabu yang dianggap lebih rendah ilmu agamanya. Sebagai seorang pemimpin yang pernah mendaki sehingga jawatan nombor dua, watak beliau kebelakangan ini dan sejak kehilangan jawatan, hanya menampakkan […]

Najib Mulai Takut Digulingkan Oleh Muhyiddin

Untuk kesekian kalinya Najib merayu lagi. Sebelum ini sudah beberapa kali beliau merayu, baik kepada pengundi Melayu, Cina, India dan rakyat biasa. Kali ini Najib merayu agar beliau diberi mandat yang lebih besar dalam pilihanraya akan datang dengan alasan untuk meneruskan pembangunan negara dan mencapai cita-cita menuju Wawasan 2020. Dalam wawancara program CNBC Conversation, Najib […]

Orang Muda Tetap Menolak Najib

Cubaan Najib untuk memikat hati pengundi muda nampaknya tetap melalui jalan buntu. Dalam Bajet 2013, beliau memperkenalkan BR1M 2.0 yang memperuntukkan habuan sebanyak RM250 untuk orang bujang berusia antara 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan RM2000 ke bawah, selain memperkenalkan rebet RM200 untuk mereka memiliki telefon pintar. Pemberian itu disambut dingin oleh majoriti orang muda. […]

Mesej Ali Rustam Kepada Najib: Saya Lebih Popular, Kekalkan Jawatan Saya…

Isu perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang dihadiri oleh 130 ribu orang tetamu dan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records(MBOR) sebagai majlis perkahwinan terbesar dan dihadiri oleh paling ramai tetamu, kini menjadi bualan di mana-mana dan oleh sesiapa saja. Sebelum ini pelbagai pihak mendesak Ali Rustam menjelaskan kos dan perbelanjaan majlis itu. […]

Krisis Najib – Muhyiddin Hanya Tunggu Masa Meletus….

Pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini bukan saja memperlihatkan Najib sudah kepupusan idea untuk terus memaju pertumbuhan dinamik ekonomi negara ke fasa seterusnya yang lebih mencabar tetapi juga menggambarkan beliau hanya melhat kaedah pemberian tunai sebagai satu-satunya cara untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpinnya. Dengan memberikan terlalu banyak pemberian tunai kepada rakyat, Najib seperti […]