Month: September 2012

Bajet Untuk Menaikkan Rating Najib Dan Menang Piliharaya

Najib membentangkan Bajet 2013 kali ini hampir serentak dengan munculnya suatu kajian yang menunjukkan ratingnya dilaporkan menurun lagi sebanyak 3 peratus manakala keyakinan rakyat terhadap BN hanya 44 peratus. Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya UM yang muncul tiga hari sebelum tarikh pembentangan Bajet meletakkan Najib masih berada di garisan bahaya. Membentangkan […]

Pengundi Cina kata, “Tangan Najib Terlalu Kotor…”

Najib secara umumnya cuba melakukan pelbagai perkara bagi menarik kembali sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN selepas tsunami yang melanda pada 2008, namun sehingga ini semua usaha yang dilakukannya bagaikan tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Ada saja isu yang menyebabkannya dipertikai dan dipandang serong oleh rakyat. Beliau melakukan pelbagai transformasi serta menabur banyak janji kepada […]

Najib Makin Tersepit Antara Rakyat Yang Menolak BN Dan UMNO Yang Mahukan Muhyiddin

Ucapan yang dilafazkan oleh Najib sejak akhir-akhir ini menggambarkan jiwanya yang sedang resah. Beliau kelihatan amat gelisah tentang masa depannya. Kedudukannya selepas pilihanraya akan datang sama ada masih mampu menghuni Seri Perdana atau tidak, masih lagi kabur dan tidak ketentuan. Semalam dalam ucapannya di perasmian Pusat Transformasi Bandar, sebuah kompleks yang dulunya dikenali sebagai Puduraya, […]

Mahathir Mula Mempromosi Muhyiddin…

Beberapa hari kebelakangan ini, mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dilihat begitu banyak membuka mulutnya mengenai UMNO dan politik Malaysia. Melihat kepada amalan masa lalunya, setiap butir kata-katanya banyak mengandungi maksud tersirat, selain memahami apa yang tersurat. Selain meramalkan BN akan terus menang dalam pilihanraya akan datang tetapi dengan majoriti yang lebih kecil, Mahathir juga bercakap […]

Jangan Lupa, Mahathir Juga Pernah Hina Nabi Muhammad

Ketika ini umat Islam seluruh dunia sedang bangkit melakukan pelbagai bantahan terhadap sebuah filem, Innocence of Muslims yang jelas menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Di Libya, tunjuk perasaan yang berlaku telah menyebabkan empat diplomat Amerika termasuk dutanya ke Libya, telah terbunuh. Di negara kita, kebangkitan umat Islam terhadap penghinaan itu juga berlaku di mana-mana. […]

Rosmah Mansor Bakal Bertanding Di Pahang?

Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Najib Razak dipercayai sedang mengintai salah satu kerusi Parlimen yang sesuai di Pahang untuk ditandinginya dalam pilihanraya umum akan datang ini. Meskipun Rosmah berasal dari Negeri Sembilan, tetapi kedudukan politik di negeri itu yang agak bergelora serta persepsi rakyat yang berbagai terhadap dirinya menyebabkan tiada kawasan yang dirasakan selamat untuknya […]

Krisis Najib-Muhyiddin: Khabar Angin Yang Bakal Menjadi Realiti

Jika dilihat kehadiran Najib bersama Muhyiddin di majlis pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan semalam, seolah-olah tidak ada apa-apa masalah antara mereka berdua. Perdana Menteri dan timbalannya ini bagaikan gandingan erat yang sentiasa seia sekata serta sehati sejiwa. Tetapi beberapa minggu sebelum itu, bertaburan poster-poster di Johor yang mahukan Muhyiddin sebagai PM sebelum PRU 13 ini bagi […]

Inilah Padahnya Bila Najib Mahu Sekatan Politik Dilakukan Kepada Anwar…

Isu pengawal peribadi Anwar mengeluarkan pistol kini menjadi isu baru untuk menyerang PR. Ia segera dikaitkan dengan pelbagai kemungkinan dan andaian jika PR memenangi pilihanraya akan datang. PR dikatakan memulakan politik ganas, tidak toleransi, ghairah menggunakan senjata dan pelbagai lagi. Ada juga andaian yang mengatakan bahawa ini merupakan petanda awal sekiranya PR menang pilihanraya nanti, […]

Bila Mahathir Meracau Lagi…

Untuk kesekian kalinya mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Mahathir Mohamed bersuara lagi mengenai politik negara. Lagi dekat pilihanraya, lagi banyak PM selama 22 tahun bersuara. Dengan bercakap mengenai pelbagai perkara sebelum ini, termasuk menyifatkan UMNO dan BN sebagai syaitan yang dikenali, meminta ahli UMNO bersikap waras dan berusaha memenangkan parti, menyalahkan kerajaan sekarang yang […]

Tindakan Polis Terhadap Aksi Biadap Harus Menyeluruh

Tindakan pantas pihak polis menahan pelajar kolej yang melakukan aksi punggung terhadap gambar Najib, Rosmah dan Pengerusi SPR, Aziz Yusof pada malam sambutan merdeka yang bertukar menadi Himpunan Janji Demokrasi, walaupun boleh dipuji tetapi ia juga menimbulkan beberapa persoalan lain untuk diperdebatkan. Polis nampaknya begitu pantas bertindak dalam kes ini namun dalam beberapa kes lain […]

Kecacatan Sambutan Merdeka Kerana Kelemahan Najib

Untuk pertama kalinya dalam sejarah sambutan kemerdekaan negara, sambutannya pada tahun ini menjadi begitu suram dan penuh cacat cela. Ia bukan saja kerana kurangnya kibaran bendera di rumah, pejabat dan kenderaan tetapi sambutannya kali ini juga penuh dengan insiden yang memalukan, tidak sepadan dengan kematangan 55 tahun merdeka yang diraikan. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya di […]