Setpol Najib Tidak Winnable, Siapakah Calon Sesuai Di Wangsa Maju?

Perkhabaran yang dibawa oleh Pengerusi BN Wangsa Maju, Shafie Abdullah bahawa kerusi Parlimen kawasan itu akan dikembalikan kepada UMNO setelah dua penggal ditandingi oleh MCA, seperti yang diduga, bukan sahaja menimbulkan pergolakan baru dalam UMNO Wangsa Maju tetapi juga mencetuskan “ribut kecil” di kawasan Setiawangsa.

Di Wangsa Maju, pergolakan yang mula dibualkan ialah siapakah calon yang sesuai dan dianggap boleh menang yang harus ditonjolkan agar kekecewaan tewas hanya dengan 150 undi sebagaimana yang dialami pada 2008 tidak akan berulang kembali.

Di Setiawangsa pula, ribut kecil mula berlaku berikutan dikhabarkan bahawa kawasan itu akan diserahkan kepada MCA sebagai tukar ganti kepada Wangsa Maju yang dikembalikan kepada UMNO. Rata-rata pimpinan UMNO melahirkan rasa terkejut, tidak puas hati dan menolak hasrat pucuk pimpinan UMNO dan BN mahu menyerahkan kerusi Setiawangsa kepada MCA untuk ditandingi dalam pilihanraya akan datang.

Beberapa Ketua Cawangan melahirkan rasa marah dengan perkhabaran itu dan kini sebarang tindakan dipercayai akan diputuskan untuk menangani perkara itu sebaik saja Ahli Parlimen Setiawangsa yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutaun, Zulhasnan Rafique kembali daripada umrah tidak lama lagi.(Posting khusus akan menyusul selepas ini).

Meskipun Shafie Abdullah selaku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju dan Setiausaha Politik Najib di Kementerian Kewangan memang diketahui sejak dulu begitu mengidamkan untuk menjadi wakil rakyat Wangsa Maju bagi membolehkan darjatnya naik setakuk lagi dengan bergelar YB pula, halangannya ialah beliau bukanlah calon yang benar-benar winnable untuk memenangi pilihanraya.

Selain karektornya yang sedikit keras, kadang-kadang sombong dan suka cakap lepas, beliau juga tidak mempunyai cengkaman yang kuat terhadap pengundi Cina. Ini berikutan sikapnya yang bermusuh dengan MCA sejak 2008 apabila berjaya merampas kedudukan Pengerusi BN daripada Yew Tiong Look.

Sejak itu hubungan UMNO dan MCA sentiasa tegang. MCA bukan saja memboikot mesyuarat dan program anjuran Shafie tetapi terus-menerus berebut pengaruh dengan masing-masing mengatur program sendiri. MCA dalam usaha menunjukkan bahawa ia diterima oleh semua golongan, kerapkali mengatur program dan menabur bantuan di kalangan masyarakat Melayu.

Ini menjadikan sokongan pengundi Melayu juga tidak kukuh terhadapnya, di samping pengundi Cina pula tidak mahu didekatinya.

Oleh kerana dalam pilihanraya 2008, BN hanya tewas 150 undi, kebarangkalian untuk calon UMNO menang di Wangsa Maju tanpa berbaik dengan MCA dan masyarakat Cina, tentunya amat tipis sekali. Dengan peratusan pengundi antara Melayu dan bukan Melayu hampir seimbang, jalan terbaik untuk menang ialah dengan menjalin hubungan baik dengan semua kaum.

Tetapi inilah yang gagal dilakukan oleh Shafie. Beliau bukan saja bermasam muka dengan pimpinan MCA tetapi langsung tidak menunjukkan jiwa besar untuk berbaik-baik dengan mereka.

Kiranya beliau diberi kepercayaan oleh Najib untuk bertanding di Wangsa Maju, harapan beliau untuk menang secara logiknya amatlah tipis. Selain karektornya sebagaimana yang disebut tadi, masalah besarnya ialah ketiadaan sokongan pengundi Cina dan sokongan pengundi Melayu yang berpecah. Pengundi Cina yang bernaung dibawah MCA tentu saja sukar menyokong Shafie kerana perbuatannya yang dianggap merampas hak mereka itu.

Sebagaimana yang diketahui, calon PR di Wangsa Maju ialah daripada PKR iaitu Dr Tan Kee Kwong, seorang tokoh yang agak dikenali ramai serta pernah menjadi timbalan menteri sewaktu bersama Gerakan dahulu.

Tinjauan umum mendapati jika Shafie berhadapan dengan Dr Tan, harapan beliau untuk menang memang agak sukar berbanding Dr. Tan berikutan sebab-sebab yang dihuraikan diatas tadi.

Di kalangan pengundi Melayu pula yang dianggarkah berjumlah 17 ribu, pastinya juga berlaku pecahan undi. Selain PAS Wangsa Maju dan segmen Melayu dalam PKR Wangsa Maju yang sentiasa kerap mendekati pengundi Melayu, pengundi di kalangan ahli UMNO sendiri tidak solid kepada BN turut menjadi masalah.

Ini antaranya disebabkan sikap Shafie sendiri yang tidak menunjukkan kematangan dengan berusaha berbaik-baik dengan semua kelompok sejak memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian pada tahun 2008 lalu. Beliau bukan sahaja mengekalkan musuh-musuh lama, malahan disebabkan karektornya yang sedikit keras, kadangkala sombong dan suka cakap lepas itu menyebabkan penyokongnya sendiri mulai rasa bosan dan menjauhkan diri.

UMNO Wangsa Maju kini bukan saja mengalami perpecahan yang ketara di kalangan AJK Bahagian, bahkan sebagai tanda protes terdapat beberapa cawangan yang tidak mahu menjalankan persidangan tahunan pada tahun ini.

Secara mudahnya, walaupun Shafie bernaung rapat dibawah dagu Najib, beliau bukanlah calon yang benar-benar winnable untuk Wangsa Maju. Harapannya untuk kalah lebih cerah berbanding menang.

Malahan jika benar kerusi Parlimen Wangsa Maju dikembalikan kepada UMNO, ramai pengundi lebih gembira jika tokoh lain selain daripada Shafie yang diketengahnya sebagai calon. Dalam hal ini pucuk pimpinan UMNO dan BN harus melakukan tinjauan serta risikan secara menyeluruh dan objektif sebelum penentuan calon yang mewakili UMNO diputuskan.

Antara calon UMNO yang dilihat berpotensi dan berupaya meraih undi yang lebih baik untuk BN di Wangsa Maju ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Haji Jaafar Ariffin, Naib Ketua Bahagian, Hamdan Yusof dan Setiausaha Bahagian, Shamsudin Hussein.

Ramai yang percaya jika salah satu antara mereka ini yang dipilih menjadi calon UMNO di Wangsa Maju, perolehan undi mereka diyakini lebih baik daripada Shafie meskipun untuk mencapai kemenangan berhadapan dengan PKR, masih sukar diramalkan. (SH 20/07/2012)

Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:26 pm

6
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymouswonder why Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Cukup2 lah waqt fitnah. x ada integriti punya blog

Anonymous
Guest
Anonymous

Shafie bukan winnable candidate untuk Wangsa Maju Full Stop Kalau dia di pilih saya ragui cara pucuk pimpinan BN pilih winnable candidates di tempat2 lain juga…

Anonymous
Guest
Anonymous

Dulu boleh la, kalau BN letak beruk kudung pun boleh menang. Sekarang rakyat dah pandai membaca dan dah boleh berfikir. Kalau nak menang kena tipu kaw kaw baru la boleh kut….

Anonymous
Guest
Anonymous

Let's make sure that Wangsa Maju is free from UMNO-BN

wonder why
Guest
wonder why

Winnable candidate Wangsa Maju, Pelacur Parti HARAM JADAH, Ustazah Ummie Hafida.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mari kita tentukan Shafie ini kecundang dalam PRU 13.