Month: July 2012

Mungkinkah Pergolakan Di Sabah Pemangkin Kejatuhan BN?

Beberapa hari yang lalu berlaku pergolakan politik di Sabah yang tentunya menarik untuk diperhatikan. Ia menjadi menarik kerana apa yang berlaku di Sabah itu bukan saja memberi kesan kepada politik negeri bawah bayu itu sahaja tetapi juga kepada perkembangan di Malaysia seluruhnya. Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing secara tiba-tiba mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN […]

Isu Komunis Akhirnya Jadi Senjata Makan Tuan Bagi UMNO

Dalam usahanya untuk memenangi pilihanraya, UMNO sekali lagi mengggunakan isu menakut-nakutkan rakyat. Kali ini dakwaan yang dilemparkan tetapi tanpa sebarang bukti ialah pendedahan Cawangan Khas PDRM bahawa Pas dan DAP telah diserapi fahaman JI dan komunis. Dengan mengaitkan PAS dengan JI yang sering digambarkan bercirikan keganasan serta DAP pula dengan komunis, juga bercirikan keganasan, muslihatnya […]

Setpol Najib Tidak Winnable, Siapakah Calon Sesuai Di Wangsa Maju?

Perkhabaran yang dibawa oleh Pengerusi BN Wangsa Maju, Shafie Abdullah bahawa kerusi Parlimen kawasan itu akan dikembalikan kepada UMNO setelah dua penggal ditandingi oleh MCA, seperti yang diduga, bukan sahaja menimbulkan pergolakan baru dalam UMNO Wangsa Maju tetapi juga mencetuskan “ribut kecil” di kawasan Setiawangsa. Di Wangsa Maju, pergolakan yang mula dibualkan ialah siapakah calon […]

Najib Akhirnya Tunduk Dengan Asakan Setpolnya

Kerusi Parlimen Wangsa Maju yang menjadi “rebutan panas” antara UMNO dan MCA sejak empat tahun lalu, akhirnya menemui titik nokhtahnya apabila Ketua UMNO Bahagian itu, Shafie Abdullah mengumumkan bahawa pucuk pimpinan sudah bersetuju menyerahkan kembali kepada UNNO untuk bertanding di situ dalam pilihanraya akan datang ini. Shafie mengumumkan perkara itu dalam perjumpaan dengan AJK UMNO […]

Ketua UMNO Bahagian Berkomplot Di Jakarta Untuk Tolak Calon Winnable

Masalah utama yang dihadapi oleh Najib untuk meletakkan calon-calon yang dianggap winnable tetapi berada di luar kepimpinan UMNO bahagian ialah sikap-sikap kebanyakan Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang didapati masih kemaruk untuk bergelar YB walaupun sudah menjadi wakil rakyat lebih daripada dua penggal. Mereka ini didapati masih belum bersedia memberi ruang kepada orang lain mengganti-pakai gelaran YB […]

Rungutan Kakitangan Kerajaan Terhadap Najib

Berita mengenai dua ekor panda yang dipinjamkan oleh Kerajaan China kepada Malaysia dua tiga minggu lalu sebenarnya masih lagi menjadi percakapan umum terutamanya di kalangan pegawai tinggi kerajaan. Kesediaan Najib menerima hadiah yang dipinjamkan sempena meraikan empat dekad hubungan mesra Malaysia – China itu menimbulkan beberapa persoalan tentang kebijaksanaan Najib dalam membuat keputusan. Dengan bersedia […]

Mahathirisme Pembunuh Masa Depan Najib

Setelah lebih 10 tahun bersara sebagai Perdana Menteri paling berkuasa, Mahathir kini seakan memperlihatkan kerancakannya semula dalam politik Malaysia. Boleh dikatakan setiap hari beliau bercakap dan memberi pandangan mengenai pelbagai isu yang sedang berlaku dalam negara. Serentak dengan keaktifan Mahathir ini, isu Mahathirisme yang sekian lama tenggelam kini muncul kembali dan mula diperbincangkan. Mahathir kini […]

Malaysia Seperti Ditadbir oleh Tiga Perdana Menteri

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, kemunculan kelibat Tun Mahathir dan Rosmah Mansor dalam pelbagai aktiviti dalam negara kelihatan begitu rancak sekali. Mereka dilihat muncul dalam pelbagai majlis dan bercakap mengenai pelbagai perkara. Walaupun Mahathir telah melepaskan jawatan Perdana Menteri sejak 2003 lagi, tetapi dengan kesibukan yang ditunjukkan, jadual hariannya yang tetap padat serta kerajinannya bercakap […]

Tamrin Diberi Surat Tunjuk Sebab Dan Bakal Dipecat?

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Tun Ghafar yang sejak akhir-akhir ini aktif berceramah di pentas Pakatan Rakyat dan mengkritik kepimpinan Najib, kini sudah menerima surat tunjuk sebab daripada UMNO berikutan tindakannya itu. Surat bertarikh 26hb Jun 2012 dan ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor itu diterima oleh Tamrin beberapa hari lalu. […]

Asalkan Bukan Najib

Asalkan Bukan Najib adalah buku terbaru saya selepas Najib Perdana Menteri Terakhir dan Kesilapan-Kesilapan Najib. Buku ini sudah berada di pasaran sejak dua tiga hari yang lalu dan boleh didapati di kedai-kedai buku di seluruh negara. Kenapa tajuknya Asalkan Bukan Najib, saya ditanya oleh beberapa kenalan rapat yang berkesempatan menatap buku tersebut. Sebenarnya buku terbaru […]

Pengundi Kakitangan Awam Umpama Bom Jangka Bagi BN

Penamatan secara mengejut khidmat Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Abu Bakar Abdullah kini bukan saja menjadi isu hangat di kalangan 1.4 juta kakitangan awam, malahan menambahkan lagi pergolakan yang sudah sedia wujud. Ramai kakitangan awam melahirkan rasa tidak puas hati terhadap cara layanan yang diberi kerajaan terhadap Abu Bakar itu. Pihak kerajaan pada mulanya hanya […]

Sama Seperti Anwar, Tamrin Juga Bakal Diaibkan

Kekerapan Tamrin Tun Ghafar muncul berceramah di pentas Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini rupa-rupanya menimbulkan kegelisahan kepada kepimpinan UMNO. Sejak menulis surat kepada Najib pada 23 April lalu yang banyak mengkritik kepimpinan Perdana Menteri itu dalam menangani pelbagai masalah dalam negara, sambil meminta segera diperbaiki segala kerosakan yang berlaku itu, Tamrin tidak lagi dilihat sebagai […]