Month: June 2012

Tema Bajet 2013 28 September: Kekalkanlah Saya Sebagai PM…

Jika mahu dikatakan transformasi, barangkali inilah transformasi yang sebenarnya yang mahu dibawa oleh Najib. Sejak menjadi Perdana Menteri, Najib ternyata paling banyak melakukan pelbagai perkara baru semata-mata untuk mendapatkan undi dan memastikan dirinya terus kekal berada di puncak kuasa. Dari memberi wang kepada rakyat, budak sekolah, pelajar universiti, durian runtuh kepada peneroka Felda sehinggalah kepada […]

Najib Kafankan Transformasinya Sendiri

Semakin hampir detik pilihanraya, semakin banyak percakapan mengenai transformasi politik Najib diperkatakan orang. Meskipun Najib nampaknya mahu rakyat menilai transformasi yang cuba dilaksanakannya sebagai sesuatu yang baru dan penting untuk masa negara, masih ramai yang ragu-ragu dengannya. Keraguan rakyat tidak sukar difahami. Isunya ialah kerana antara cakap dan dan perbuatan Najib seringkali berbeza, malah banyak […]

UMNO Haramkan Debat

IMPIAN MUSNAH! Barangkali itulah perkataan yang paling sesuai ditujukan kepada sebahagian besar rakyat Malaysia yang masih menaruh harapan untuk melihat debat terbuka antara Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim menjadi kenyataan. Hakikatnya, debat itu tidak akan menjadi realiti sama-sekali. Tidak setakat itu saja, malahan debat-debat lain yang melibatkan pemimpin UMNO juga tidak akan muncul lagi […]

Keberanian KJ Dan Saifuddin Bakal Memakan Diri

Meminjam kata-kata moderator debat, Prof Mohamad Abu Bakar yang menyifatkan Saifuddin Abdullah, Ahli MT UMNO adalah suara siuman di antara suara yang sumbang, tidak syak lagi menyerlahkan hakikat bahawa beliau adalah antara pemimpin UMNO yang berani, terbuka dan sesuai dengan kehendak semasa. Saifuddin adalah pemimpin kedua UMNO yang berani berdebat dengan pembangkang setelah Ketua Pemuda […]

Mahathir – Pesara Yang Tidak Tenang Jiwanya

Mahathir mungkin satu-satunya pesara jawatan tertinggi di Malaysia dan dunia, yang tetap memenuhkan setiap hari yang dilaluinya dengan kesibukan mengkritik dan memikirkan tentang politik. Jika pesara lain yang pernah menjadi Perdana Menteri atau Presiden mana-mana negara, mereka hanya lebih banyak menjalani kehidupan santai bersama keluarga dan anak cucu serta sesekali menghadiri jamuan selepas meletakkan jawatan, […]

Mubarak Pun Tak Berubah Rupanya!!

Ketika Majlis Bekas Wakil Rakyat BN atau Mubarak menyatakan hasrat kepada Najib beberapa bulan lalu agar bekas-bekas wakil rakyat turut dipertimbangkan sebagai calon pilihanraya akan datang ini, ramai yang menyangka ianya sekadar gurauan atau cakap-cakap main-main sahaja. Tidak ramai yang menyangka ia perkara serius kerana Mubarak ini dianggotai oleh mereka yang sudah pernah merasai nikmat […]

Mahathir Ingin Berkongsi Kejayaan, Najib Pula Ingin Berkongsi Kegagalan

Sejak kebelakangan ini Mahathir dilihat begitu kerap bersuara dan memberi pandangan tentang politik negara. Daripada mencadangkan tentang tarikh yang sesuai untuk diadakan pilihanraya, mengupas tentang demokrasi, kebangkitan rakyat dan demonstrasi jalanan sehinggalah kepada kemungkinan Anwar dan Pakatan Rakyat akan mencetuskan huru-hara selepas pilihanraya umum akan datang ini. Selain itu, hampir semua isu semasa yang panas […]

BR1M Akhirnya Jadi Program Beli Rakyat Satu Malaysia

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin baru-baru ini dilaporkan telah membentangkan kepada kabinet agar program Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M bernilai RM500 kepada rakyat yang berpendapatan bawah RM3000 diberikan lagi untuk kali kedua. Kemudian Najib telah menyambut saranan itu dengan berkata, kerajaan sedia menimbangnya demi kepentingan rakyat yang didapati banyak terbeban dengan kenaikan harga barang serta […]

Apakah Melayu Mati Tak Makan Jika UMNO Tumbang?

Kebimbangan tentang kemungkinan UMNO bakal tumbang dan kehilangan kuasa makin terserlah daripada beberapa kenyataan yang diluahkan oleh pimpinan tertinggi parti itu sejak kebelakangan ini. Perdana Menteri, Najib Razak beberapa kali menyatakan tentang kedudukan orang-orang Melayu yang bakal terancam jika UMNO tumbang dan Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa. Pelbagai bentuk kemungkinan yang berupa ancaman kepada kedudukan […]

Ketua UMNO Bahagian Bakal Jadi Kuasa Ketiga?

Walaupun kedua-dua pihak iaitu BN dan PR masing-masing menaruh keyakinan untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum akan datang ini, hakikatnya kemenangan yang mungkin dicapai adalah kemenangan yang tipis sahaja. Dengan pelbagai isu dan pergolakan yang berlaku dalam kedua-dua gabungan itu menyebabkan kedudukan sokongan rakyat juga sering berubah-ubah. Sekejap UMNO dan BN dilihat berada diatas tetapi […]