Month: May 2012

Dari Nasionalisme Melayu, UMNO Kini Jadi Parti Seks dan Samseng

Hala tuju UMNO sering menjadi perbualan dan perbincangan ramai sejak akhir-akhir ini. Ini kerana hari demi hari, UMNO dilihat semakin tergelincir daripada landasan perjuangannya yang sebenar. Dari sebuah parti yang berasaskan nasionalisme Melayu, kemudian menuntut kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan dengan perjuangan membela orang Melayu, UMNO kini seakan-akan melupakan asas perjuangannya sendiri. Ucapan pemimpin di majlis […]

Najib Ketepi Pemimpin UMNO, Ezam Bakal MB Selangor?

Selain mahu mempertahankan Putrajaya, Najib juga ghairah untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. Antara sebab kenapa Selangor menjadi sasaran sudah tentulah kerana negeri itu merupakan negeri yang paling kaya dalam Malaysia. Keghairahan Najib mahu menawan Selangor bukan saja disandarkan kepada kesediaannya menjadi Pengerusi UMNO Selangor tetapi juga melalui kekerapannya turun ke negeri itu. Walaupun berasal […]

Lagi Ditangguh Tarikh Pilihanraya, Lagi Senget UMNO/BN

Najib dijangka pulang dari luar negara dalam sehari dua ini. Dalam masa yang sama tarikh pilihanraya umum masih menjadi misteri. Semua orang berdebar-debar menunggu dan tidak sabar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Tidak seperti piliharaya sebelum ini, keghairahan kali ini dianggap luar biasa kerana lebih ramai pengundi mahu menterjemahkan sokongan dan pendirian mereka ke dalam […]

Seorang Lagi Menteri UMNO Kantoi Akibat Nafsu Serakah

Selepas isu Naib Presiden UMNO, Shafie Afdal yang hubungannya dengan artis Zahida Rafik terdedah kepada pengetahuan umum dan dipercayai sudah berkahwin di luar negara, seorang lagi menteri UMNO turut ‘terkantoi’ baru-baru ini kerana menyembunyikan perkahwinan dengan isteri keduanya sejak lebih setahun yang lalu. Menteri terbabit dipercayai sudah melangsngkan perkahwinan kali kedua tanpa pengetahuan isteri pertamanya […]

PRU 13 Peluang Terbaik Untuk Perubahan

Ramai rakyat dan pengundi begitu ghairah dakam pilihanraya kali ini ialah semata-mata untuk melihat berlakunya perubahan dalam politik negara. Rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat tentunya ingin menumbangkan UMNO dan BN dan menggantikannya dengan kerajaan baru yang diyakini lebih baik, lebih telus, lebih menjaga rakyat dan sebagainya. Bagi mereka, era pemerintahan BN selama lebih 50 tahun […]

Imej UMNO ‘Diharamjadahkan’ Oleh NGO Pra Matang

Sejak akhir-akhir ini nampaknya begitu galak NGO-NGO yang pro UMNO melakukan pelbagai tindakan untuk mempertahankan parti itu sejak perhimpunan Bersih 3.0 yang jelas memperlihatkan UMNO makin kesakitan untuk mengekalkan kuasanya. Dengan tujuan mengalih perhatian terhadap kebangkitan rakyat, sebuah NGO yang bernama Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia atau IKHLAS mengadakan protes jualan burger di depan […]

Najib – Antara Harapan dan Realiti

Pilihanraya mungkin diadakan bila-bila masa saja. Paluan gendang pilihanraya kini makin kuat gemanya di sana sini. Di samping rakyat bercakap tentang pilihanraya, pemasangan bendera parti-parti politik juga kelihatan di mana-mana. Di merata tempat, bahang pilihanraya membuatkan ramai yang sentiasa ghairah dan teruja. Himpunan Bersih 3.0 yang dihadiri kira-kira 300 ribu rakyat baru saja berakhir. Ia […]

Jawatan Besar, Badan Pun Besar Tapi Sayang Jiwa Kecil

Ketika berucap di majlis bersama peneroka di Jerantut, Pahang sambil mengumumkan pemberian “durian runtuh” kepada para peneroka dua hari lalu, Najib telah menyerlahkan watak dirinya yang sebenar yang selama ini berjaya disembunyikannya. Dengan program itu disiarkan secara langsung melalui tv ke seluruh negara, watak sebenar Najib itu bukan saja dapat disaksikan oleh mereka yang hadir […]

Jika Benar Bersih Mahu Guling Kerajaan, Menteri KDN Wajib Dipecat!

Himpunan aman Bersih 3.0 terus menjadi bualan di mana-mana. Ia bukan saja berkaitan pelbagai insiden yang berlaku sepanjang petang Sabtu itu, sama ada yang melibatkan polis dan orang awam tetapi menjadi bertambah hangat diperbualkan apabila Najib sendiri mengatakan perhimpunan itu sebenarnya ingin menggulingkan kerajaan. Agak menghairankan Najib yang selama ini berdiam diri dan tidak memberi […]

Antara Ceritera Seks Dan Agenda Perubahan

Salah satu perkara yang cukup memalukan UMNO ketika ini ialah penggunaan dan penyebaran cerita-cerita seks serta lucah untuk mendapatkan sokongan rakyat. UMNO dilihat semakin melupakan perjuangan Melayu dan membela rakyat tetapi lebih mengutamakan serangan berbaur seks dan lucah pihak lawan untuk terus kekal memerintah. Bermula pada tahun 1998 ketika Mahathir mahu memecat Anwar Ibrahim, fenomena […]

Bekas Ahli Parlimen UMNO Hantar ‘Surat Cinta’ Pada Najib

Perdana Menteri Najib Tun Razak menerima satu lagi cabaran menjelang pilihanraya umum akan datang bilamana seorang Ahli Parlimen UMNO, Tamrin Tun Ghafar tiba-tiba menulis sepucuk surat kepada beliau menggariskan beberapa isu yang perlu diselesaikan jika ingin memenangi pilihanraya ini. Sebelum ini bekas Menteri Penerangan, Kadir Sheikh Fadzir turut mengkritik kepimpinan Najib dan beliau akhirnya mengambil […]

Kisah Terlampau Pegawai Najib Nak Bergelar YB

Dalam suasana semua orang sedang menunggu dengan penuh debar ketibaan tarikh pilihanraya umum, pegawai-pegawai Najib tidak terkecuali dilanda fenomena yang sama. Tetapi mereka bukan beria-ia mahu membantu Najib dan UMNO memenangi lebih banyak kerusi tetapi lebih ghairah untuk memastikan diri sendiri terpilih sebagai calon pilihanraya. Salah seorang pegawai Najib yang dilihat begitu ghairah untuk menjadi […]