Bersih 3.0, LGBT Dan Dataran Merdeka Yang Sudah Hilang Merdekanya

Perhimpunan aman “Duduk dan Bantah” Bersih 3.0 28 April ini rupa-rupanya amat menggusarkan Najib. Meskipun beliau tidak pernah memberi sebarang komen mengenai perhimpunan itu tetapi tindakan pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang keras dan tiada kompromi di saat-saat akhir ini menyerlahkan hakikat tersebut. Jika Najib tidak bimbang, mustahil polis dan DBKL sekeras ini.

Sehari sebelum perhimpunan itu, pihak polis telah memohon perintah mahkamah untuk melarang ianya diadakan di Dataran Merdeka manakala pihak DBKL pula telah memagar kawasan itu sejak Jumaat hingga Ahad untuk mengelakkan orangramai berhimpun dan menuju ke dataran itu. Ini bermakna jika perhimpunan diadakan juga mereka mungkin berhadapan dengan tindakan keras pihak polis sebagaimana yang berlaku dalam Bersih 1.0 dan 2.0 dulu.

Sebagai rujukan, Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap polis ialah Hishammuddin Tun Hussein iaitu sepupu Najib sendiri manakala DBKL, walaupun ia terletak di bawah Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar tetapi biasanya Datuk Bandarnya mempunyai akses langsung dengan Perdana Menteri dalam banyak perkara. Dalam hal ini, kebimbangan Najib hanya diselindungi oleh polis dan DBKL sebenarnya.

Soalnya, apakah yang dibimbangkan sangat dengan Bersih 3.0 ini?

Perhimpunan Bersih kali ketiga ini diadakan adalah untuk menuntut kerajaan dan SPR benar-benar mengendalikan pilihanraya dengan bersih dan adil dari sebarang tipu helah dan manipulasi yang hanya memguntungkan satu pihak iaitu UMNO dan BN. Beberapa pendedahan yang dibuat mengenai pelbagai perkara terutama daftar pemilih yang meragukan tidak dilayan oleh SPR. Kerajaan pula, walaupun bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk memperbaiki sistem dan perjalanan pilihanraya tetapi daripada lapan tuntutan dalam Bersih 2.0, hanya satu yang ditunaikan iaitu penggunaan dakwat celup pada jari manakala yang lain-lainnya tidak dipedulikan.

Berikutan itu dan pelbagai pendedahan lainnya yang mencakupi kekotoran dalam daftar pemilih tidak dilayan, maka kesepakatan telah dicapai oleh 84 NGO untuk mengadakan Bersih 3.0 yang kebetulannya disokong oleh pihak pembangkang kerana mereka juga mahukan sistem dan perjalanan pilihanraya yang benar-benar bersih.

Sebenarnya tidak ada sebab untuk Najib dan UMNO berasa takut dengan perhimpunan ini.Yang ingin dilakukan hanya acara duduk selama dua jam daripada pukul 2 hingga 4 petang untuk menyatakan bantahan agar kerajaan dan SPR mendengar suara rakyat. Biarlah mereka berhimpun secara aman asalkan tidak merosakkan harta awam di Dataran Merdeka itu. Apa gunanya kerajaan menggubal Akta Perhimpunan Aman jika akhirnya bermacam-macam sekatan dikenakan untuk berhimpun secara aman.

Lagi pula Dataran Merdeka adaah tempat awam yang sepatutnya tidak menjadi masalah kepada mana-mana pihak untuk datang dan berkumpul di situ. Dengan menutup Dataran Merdeka dan polis pula memohon perintah mahkamah menghalang perhimpunan itu seolah-olah Dataran Merdeka yang menjadi tempat kebanggaan rakyat dan lambang kemerdekaan negara selama ini sudah diragut kenerdekaannya. Dataran Merdeka tidak lagi merdeka.

Seharusnya Najib belajar dari pengalaman lalu di mana tindakan keras pihak polis sebagaimana perhimpunan Bersih sebelum ini hanya menjejaskan nama Najib di mata rakyat dan juga di persada dunia. Dunia akan melihat kekerasan polis sebagai kekerasan Najib juga. Penentangan Najib terhadap pihak yang menuntu pilihanraya yang bersih tidak lebih menggambarkan Najib suka kepada kekotoran. Najib harus membuktikan pelbagai janji transformasinya dengan jujur dan ikhlas. Lauangan “rakyat didahulukan” juga hendaklah benar-benar dikotakan.

Kini Kuala Lumpur sudah mula dipenuhi dengan polis dan gerombolan FRU juga sudah mula berkampung di sekitar Dataran Merdeka. Imej ini hanya meletakkan nama Najib dalam keadaan yang lebih buruk berbanding jika beliau membenarkan perhimpunan tersebut. Kerajaan seharusnya membenarkan rakyat berkumpul secara aman sebagaimana sebelum ini kebenaran untuk berkumpul diberi ketika pengumuman keputusan kes liwat Anwar di perkarangan Mahkamah Jalan Duta, KL.

Dalam kes Bersih 3.0 ini rakyat tentunya masih ingat janji Hishammudin yang pada peringkat awalnya membenarkan ianya diadakan kerana tidak dianggap menjejaskan keselamatan. Dengan tindakan pihak polis sendiri memohon perintah mahkamah terbukti Hishammuddin hanya beretorik selama ini.

Kebimbangan Najib terhadap perhimpunan Bersih ini dan mahu rakyat tidak ikut sama juga terserlah bilamana terdapat beberapa NGO dan “ulama gelandangan” yang tiba-tiba muncul bersuara dan mendapat tempat di dada media yang mengaitkan Bersih 3.0 dengan aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kerana kebetulan Pengerusi Bersamanya, S Ambiga merupakan salah seorang penyokong kumpulan itu dan pernah menganjurkan program Seksualiti Merdeka.

Selain mengadakan perhimpunan, ulama gelandangan ini juga mengeluarkan fatwa bahawa menyertai perhimpunan Bersih 3.0 adalah haram kerana sama seperti menyokong LGBT. Ternampak bahawa Najib dan UMNO sudah begitu kelemasan sehingga sanggup mengguna apa saja cara untuk menggagalkan Bersih 3.0 meskipun secara umumnya rakyat yang waras dan berakal dapat memahami bahawa kedua-duanya tiada kaitan sama-sekali.

Marina Mahathir, anak bekas Perdana Menteri sendiri menyokong perjuangan kumpulan LGBT ini tetapi beliau menjelaskan bahawa perjuangan mereka bukan menyokong seks bebas dan seks luar tabii tetapi semata-mata untuk memberi kefahaman tentang hak-hak mereka yang dipinggirkan ini di dalam lingkungan undang-undang dan bukannya di luar undang-undang. Jika begitu, adakah Mahathir juga berdosa besar dalam hal ini kerana anaknya terlibat sama dalam menyokong perjuangan LGBT ini?

Tindakan media UMNO membesar-besarkan kaitan Bersih dengan LGBT tidak lebih menggambarkan kedangkalan serta kecetekan pemikiran untuk memahami isu yang sebenar. Janganlah ingat propaganda seperti ini dianggap masih boleh memperbodohkan rakyat.

Dengan tindakan DBKL memagar sekitar Dataran Merdeka dan pihak polis yang seperti sudah besedia dengan segala kemungkinan untuk bertindak lebih keras jika peserta perhimpunan tetap juga berkeras mahu berhimpun di tempat yang dilarang itu, sukar untuk meramalkan apa yang bakal terjadi pada esok hari. Tetapi dengan adanya perhimpunan ini yang bukan sahaja diadakan di Kuala Lumpur tetapi juga semua bandar besar di seluruh dunia, yang pastinya nama Najib akan terus kelihatan kotor serta hitam dan label itu akan terpahat dalam catatan sejarah untuk selama-lamanya.(SH 27/04/2012).

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:26 pm
Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
30 April 2012 3:59 am

Terima kasih kepada peserta2 BERSIH 3.0. Saya mendoakan agar PR akan mengambil alih tampuk pemerintahan dan saya tidak sabar untuk menyaksikan bagaimana hebatnya mereka memerintah negara pula nanti. Harap2 rakyat menikmati semua yang dijanjikan, jangan pula bila dah naik jadi pemerintah, 1000 alasan pula diberikan untuk tidak menunaikan janji dan 1000 ayat quran dan hadis dikeluarkan untuk menepis.

bat8
bat8
29 April 2012 12:52 am

Tuan, Setelah selesai BERSIH 3.0 semalam, the table has been turn against Najib dan Umno Baru dengan jelas dan menyakinkan. Najib boleh mendapat manafaat politik yang menguntungkan jika dia membenarkan Bersih 3.0 berjalan dgn aman. Pihak polis dilihat membantu melancarkan perjalanan bantahan tersebut dengan aman. DBKL turun sama membantu dan menjadi tuan rumah yang baik serta menyediakan air mineral kepada pembantah. Surely pulangan dalam bentuk politik pasti lumayan. Tetapi Najib memilih untuk mengetatkan lagi tali yang membelit dirinya dengan lagi kuat. Yang jelas semalam anak-anak muda begitu ramai yang turun. Anak muda pelbagai kaum bersatu dengan padu menghadapi keadaan. Satu… Read more »