Month: April 2012

Jika Lelaki Sudah Jadi Menteri Wanita, Berilah Pula Wanita Jadi Menteri KDN

Himpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu menyerlah satu perkara yang sangat memalukan iaitu bagaimana Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein melalui tindakan yang dilakukan pihak polis telah gagal untuk melihat ke hadapan berkenaan perhimpunan itu. Sebagaimana perhimpunan Bersih sebelum ini yang dicemari tindakan tidak sewajarnya oleh pihak polis, kali ini ia berulang kembali. Di sebalik Hishammuddin sering […]

Bersih 3.0, LGBT Dan Dataran Merdeka Yang Sudah Hilang Merdekanya

Perhimpunan aman “Duduk dan Bantah” Bersih 3.0 28 April ini rupa-rupanya amat menggusarkan Najib. Meskipun beliau tidak pernah memberi sebarang komen mengenai perhimpunan itu tetapi tindakan pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang keras dan tiada kompromi di saat-saat akhir ini menyerlahkan hakikat tersebut. Jika Najib tidak bimbang, mustahil polis dan DBKL sekeras […]

Shafie Cuma Nafi Bayar Tapi Tak Nafi Hubungan Dengan Zahida

Setelah beberapa hari mendiamkan diri, akhirnya Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Afdal mengeluarkan kenyataan menafian segala tuduhan yang kononnya beliau membayar hampir RM1.5 juta kepada artis Zahida Rafik sebagaimana yang heboh diperkatakan sejak seminggu lalu. Shafie juga menyifatkan segala dakwaan yang dibuat oleh bekas pemandu peribadi Zahida, Nor Azman Azemi itu adalah berniat […]

Serangan Peribadi Melampau Buat PR Menang Lebih Cemerlang

Sejak akhir-akhir ini UMNO dilihat semakin hilang punca untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang ini. Bukan saja masalah dalam negara seperti Himpunan Bersih 3.0 yang menyaksikan kebangkitan rakyat makin menyerlah, perkembangan terbaru kes perbicaraan rasuah kapal selam Scorpene di Perancis, menjadikan Najib dan UMNO makin semput dibuatnya. Kes rasuah di Perancis itu bukan sahaja menjejaskan nama […]

Najib Perlu Segera Lantik Rosmah Jadi Menteri

Agak menggelikan hati apabila baru-baru ini menyaksikan Najib yang kini pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merasmikan Hospital Bersalin Berisiko Rendah di Putrajaya. Selain merasmikannya, Najib juga bercakap mengenai kemudahan yang terdapat di hospital tersebut yang dianggap moden dan terkini untuk kaum wanita melahirkan anak tetapi kadar bayaran yang dikenakan adalah rendah sekali. Bagi […]

Bila Perdana Menteri Borek, Dapatkan Kita Menteri-Menteri Yang Rintik!

Selepas kita dikejutkan dengan skandal lembu NFC yang melibatkan seorang menteri, Shahrizat Jalil, kini negara terkejut lagi dengan pendedahan mengenai hubungan intim seorang menteri UMNO, Shafie Afdal yang juga Naib Presiden UMNO dengan seorang artis wanita, Zahida Rafik. Selain hubungan sulit antara menteri dengan artis yang menjadi tajuk perbualan,ia bertambah hangat lagi dengan pendedahan bagaimana […]

Peribahasa Dulu: Menang Sorak Kampung Tergadai, Peribahasa Kini: Menang Piihanraya Negara Tergadai

Isu kebanjiran warganegara asing sebagai pengundi kini menjadi antara perkara penting menjelang PRU 13. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan melalui media membuktikan perkara itu memang wujud meskipun SPR seperti cuba berdolak-dalik dan tidak mahu bertindak sewajarnya. Di beberapa negeri seperti Selangor dan Pahang, ramai pendatang asing yang diberikan kad pengenalan dan dijadikan pengundi. Mereka juga […]

Derhaka Pada Raja Mengundang Bahaya, Derhaka Pada UMNO Dapat Pahala!

Jika kita pergi ke kampung-kampung dan berbual dengan golongan berusia yang masih menyokong UMNO, kita akan mendengar hujah-hujah mereka bahawa kita sebagai orang Melayu mestilah terus menyokong UMNO dan jangan sesekali bersikap derhaka kepada parti itu. UMNO juga sering digambarkan sebagai parti yang banyak berjasa kepada orang Melayu kerana kononnya telah melakukan pelbagai pembangunan dan […]

Berbaloikah KJ Menjadi Berani Disisi Najib Yang Penakut?

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin seakan mahu menunjukkan sikap beraninya apabila bersedia menyahut dua cabaran berdebat sekaligus. Pertama, beliau akan berdebat dengan Pengerusi Bersih 2.0, S Ambiga mengenai pembaharuan sistem pilihanraya pada 25 April ini di Sime Darby Convention Centre yang akan dikendalikan oleh akhbar Malay Mail. Debat ini penting kerana ia mungkin mempengaruhi kehadiran […]

Selepas BR1M Dan Durian Runtuh Peneroka, Rakyat ‘Dirasuah’ Duit Raya Pula…

Bilakah tarikh pilihanraya? Bolehkah UMNO menang kali ini? Ini adalah dua soalan paling popular jika kita bertemu dengan sesiapa saja sekarang ini. Pertanyaan mengenai tarikh pilihanraya dan sama ada UMNO boleh terus menang atau tidak, bukan lagi ditanya oleh mereka yang terlibat dalam politik atau oleh ahli mana-mana parti politik sahaja malahan rakyat biasa yang […]

Amanah Mampu Jadi Penyatu Ummah

Kehadiran NGO Amanah Merdeka yang ditunjangi oleh Tengku Razaleigh Hamzah dalam suasana politik negara yang gawat dan bercelaru seperti sekarang ini dirasakan mampu mencetuskan kesedaran serta perubahan minda yang besar kepada rakyat jika ia digerakkan dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana Amanah Merdeka sudah mula memperlihatkan penerimaannya yang positif daripada pelbagai pihak. Sejak dilancarkan Julai tahun lalu, […]

Ramai Pegawai Najib Lobi Nak Jadi Calon Pilihanraya

Pilihanraya umum mungkin akan diadakan dalam tempoh beberapa bulan ini. Sementara Pakatan Rakyat berjuang untuk mengakhiri pemerintahan 54 tahun UMNO dan BN dengan janji untuk membawa perubahan serta kebaikan kepada rakyat, di dalam UMNO pula kemelut untuk berebut dan melobi menjadi calon pilihanraya nampaknya lebih menonjol. Meskipun diakui bahawa UMNO barada dalam kedudukan cukup genting […]

Bila PM Jadi Semberono Dan Syok Sendiri…

Semalam, Isnin malam, Perdana Menteri membentangkan laporan pencapaian program GTP dan ETP yang dirangkanya untuk rakyat sejak tiga tahun lalu. Beliau menerangkan kejayaan-kejayaan yang dicapai melalui program itu sama ada dalam bentuk jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Melihat dari cara Najib berdiri, bercakap, menghuraikan satu demi satu kejayaan dan memberi markah kepada dirinya sendiri, […]

Ezam, Nalla dan Umi Hafilda Sedang Membesarkan Kubur Untuk Najib

Semakin hampir tiba detik pilihanraya, serangan peribadi kepada Anwar semakin memuncak. Bekas pemimpin-pemimpin PKR sperti Ezam Mohd Nor, Anuar Shaari, Nallakaruppan, Zulkifli Nordin dan lain-lain nampaknya begitu rancak menyerang peribadi Anwar berkaitan isu seks dan moral. Umi Hafilda yang merupakan adik kepada Azmin Ali turut tumpang semangkuk menghangatkan lagi suasana dengan dakwaan yang jika dihalusi […]