Month: March 2012

Mahathir Nyata Semakin Nyanyuk Dan Pelupa

Mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad baru-baru ini bersuara lagi dan melahirkan rasa kesalnya berikutan kurangnya golongan cerdik pandai Melayu yang menyertai UMNO, sebaliknya lebih cenderung memilih Pas sebagai wadah perjuangan. Ia menurut beliau berikutan tindakan bahagian dan cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam UMNO. “UMNO sudah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk UMNO, […]

Menunggu Rasuah Pusingan Kedua Daripada Najib

Ketika melawat Negeri Sembilan Sabtu lalu, Najib memberitahu bahawa beliau akan mengumumkan lebih banyak bantuan kepada rakyat dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Menurut beliau, bantuan itu adalah antara idea baru yang difikirkan oleh kerajaan sebagai menunjukkan keprihatinan terhadap aspek kebajikan rakyat. Melihat kepada pengumuman itu di ketika negara sedang menunggu detik pilihanraya, hakikat yang […]

Selepas Kadir Keluar UMNO, Ku Li Buat Pengumuman Penting 8hb April Ini

Selepas bekas Menteri Penerangan, Kadir Sheikh Fadzir mengisytiharkan keluar daripada UMNO, masa depan politik Ku Li turut menjadi bualan rakyat. Ini kerana selain mereka berdua berada dalam NGO yang sama iaitu Amanah Merdeka di mana Ku Li adalah Presidennya dan Kadir pula Timbalan Presiden, kedua-duanya juga dilihat agak kritikal terhadap UMNO kebelakangan ini. Sementara Kadir […]

Jika Najib Membisu, Wanita UMNO Cadang EGM Singkir Shahrizat?

Esok, Jumaat 23 Mac, Najib akan mengadakan perjumpaan dengan jentera Wanita UMNO seluruh negara dalam rangka persiapan menghadapi pilihanraya. Dikhabarkan seramai 7 ribu anggota Wanita UMNO akan berkumpul di PWTC bagi mendengar taklimat dan amanat daripada Presiden UMNO itu. Perjumpaan ini dikira penting bukan sahaja dalam konteks piihanraya tetapi juga berikutan kedudukan Shahrizat yang dipalitkan […]

Najib Perlu Fahami Maksud Tersirat Daim

Sejak akhir-akhir ini, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dilihat begitu galak mengeluarkan pelbagai kenyataan mengenai UMNO dan kepimpinan Najib. Satu demi satu kenyataannya yang pedas, tajam dan sensasi dihidangkan untuk tatapan umum setelah agak lama menjadi “Daim yang diam” serta menyepikan diri dari khalayak ramai. Daim yang pernah menjadi Menteri Kewangan sebanyak dua kali […]

Petunjuk Daripada Keluarnya Kadir Daripada UMNO

Tindakan terbaru bekas Menteri Penerangan Kadir Sheikh Fadzir yang memutuskan keluar daripada UMNO di saat parti itu sedang bergelut untuk menentukan hidup matinya dalam perjuangan politik menjelang PRU 13 ini, ternyata menambahkan lagi kesukarannya mengumpul sokongan rakyat. Meskipun Kadir hanya seorang bekas menteri yang mungkin mempunyai pengaruh yang minima tetapi ia boleh memberi kesan yang […]

Beranikah Muhyiddin Mencabar Najib?

Apabila Tun Daim menyatakan bahawa Najib akan digulingkan oleh UMNO apabila gagal mendapat keputusan dua pertiga dalam pilihanraya ini, serta-merta nama Muhyiddin, Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri sekarang menjadi sebutan sebagai calon yang akan menggantikan Najib. Kalau dalam kes Pak Lah dulu, Muhyiddin yang mula-mula berani bersuara mendesak Pak Lah agar menyegerakan peralihan […]

Eloklah Najib Berundur Jika Tak Mahu Diundurkan…

Komen terbaru Tun Daim Zainuddin mengenai masa depan politik Najib yang akan diundurkan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri andainya BN gagal mencapai majoriti dua pertiga dalam pilihanraya umum akan datang, kini bagai mengesahkan cakap-cakap mengenai perkara itu yang sudah pun kedengaran sejak sekian lama di ruang atmosfera politik negara. Dalam wawancara dengan sebuah akhbar […]

Selepas Najib, Hishammuddin…Kemudian Mukhriz…Selepas Itu Ashman Anak Najib, Selepas Itu….

Pilihanraya umum akan datang ini bukan sahaja penting untuk dinilai sama ada UMNO akan terus mampu bernafas dengan segar atau sebaliknya tetapi juga untuk melihat siapakah yang akan menjadi pemimpin utama UMNO selepas itu. Kiranya UMNO tumbang, perubahan besar-besaran akan berlaku dalam kepimpinan parti itu dan sudah pastilah kepimpinan yang ada sekarang akan diminta berundur […]

Beban Najib Belum Selesai Dalam Isu Shahrizat

Shahrizat Jalil akhirnya akur dengan tuntutan rakyat apabila bersetuju meletakkan jawatan bermula 8 April depan, tarikh berakhirnya penggal beliau sebagai Ahli Dewan Negara. Daripada gah mempertahankan diri dan enggan meletakkan jawatan sebelum ini sehingga sanggup menyingsing lengan bajunya, beliau penyudahnya akur dan tunduk kepada desakan dan kuasa keramat rakyat. Jika dari awal lagi beliau berbuat […]

Mahathir Makin Tak Relevan, Lebih Baik Duduk Diam-Diam Di Rumah

Semakin hampir pilihanraya, nampaknya semakin kerap Mahathir bersuara. Kekerapannya menghadiri pelbagai majlis yang bersifat politik juga makin ketara. Dan ini menampakkan bahawa Mahathir tetap mahu berperanan dalam PRU 13 ini. Jika dalam pilihanraya 2008, beliau berkempen untuk menjatuhkan Pak Lah dan menyatakan bahawa kedudukan kerajaan yang terlalu kuat berikutan kemenangan cemerlang Pak Lah dalam pilihanraya […]

Siapakah Berfikiran Munasabah Yang Sesuai Berdebat Dengan Najib?

Dalam percubaannya untuk menjadi seorang yang berani dan ada kelelakian untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim, Najib menulis dalam blognya dengan menyatakan beliau bersedia berdebat dengan sesiapa saja yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan serius mengenai masa depan negara. Sebelum ini Anwar Ibrahim yang mengetuai Pakatan Rakyat dan diuar-uarkan sebagai bakal Perdana Menteri kiranya gabungan itu […]