Month: February 2012

Mahathir – Aset Atau Liabiliti Buat Najib?

Sejak akhir-akhir Tun Mahathir dilihat begitu aktif dan banyak bersuara. Cuma kalau dulu beliau agak kritikal dalam banyak perkara, mutakhir ini bekas Perdana Menteri itu mula menjadi pendokong nombor satu kepada kepimpinan Najib dan seperti turut bergelut untuk memastikan BN tidak tumbang dalam pilihanraya akan datang, sekaligus mengelakkan musuh politik utamanya Anwar Ibrahim bersama Pakatan […]

Felda: Sebelum Peneroka Untung, Kroni Najib Untung Dulu…

Sudah banyak yang ditulis dan diulas mengenai hasrat Perdana Menteri mahu menyenaraikan Felda Global Venture atau FGV ke Bursa Malaysia. Mereka yang bercakap tentang pro dan kontranya juga sudah banyak. Hakikat bahawa penyenaraian FGV itu sama ada membawa keuntungan atau kerugian kepada masa depan peneroka juga sudah boleh diagak sebenarnya jika diteliti kesemua pandangan-pandangan itu. […]

Mencongak Silap Mata Najib Mengenai Tarikh Pilihanraya

Selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO semalam, Najib telah mengumumkan tarikh untuk persidangan tahunan UMNO cawangan dan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian-bahagian bagi tahun ini. Tarikh yang diputuskan untuk persidangan tahunan cawangan ialah 1 April hingga 15 Jun manakala mesyuarat perwakilan bahagian pula ditetapkan bermula 1 Julai hingga 15 September. Buat pertama kalinya tempoh mesyuarat perwakilan UMNO […]

Dr. Rosmah Wajar Dijadikan Menteri

Setelah kita dihebohkan dengan berita-berita kurang enak mengenai isteri Perdana Menteri, Dr. Rosmah Mansor sejak sekian lama, mutakhir ini menyusul pula berita yang agak mengagumkan mengenai beliau. Baru-baru ini beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh Universiti Curtin, Australia dan diberikan Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia oleh NASEBA atas pelbagai sumbangannya dalam dunia kebajikan selama […]

PRU 13 – Najib Bakal Kena Kencing…

Di sebalik kekerapan Najib dan Muhyiddin turun ke negeri-negeri bertemu dengan rakyat dan dalam masa yang sama memberi isyarat bahawa tarikh pilihanraya umum semakin hampir, hakikat yang berlaku dalam UMNO sebenarnya adalah amat memalukan. UMNO seolah-olah tidak bersedia untuk menghadapi pilihanraya walaupun menyedari PRU 13 ini adalah “ibu” kepada segala piliharaya. Pilihanraya yang akan menentukan […]

Najib Dah Jadi Macam Pengemis!

Keghairahan Najib untuk mendapatkan undi kaum Cina dan India dalam PRU 13 ini dan seterusnya meletakkan dirinya kekal di persada kuasa sebagai Perdana Menteri, memperlihatkan bahawa tindakannya sekarang ini sudah sampai ke tahap “mengemis”. Tindakannya itu bukan saja diperlihatkan melalui kata-kata dan ucapan tetapi juga melalui perbuatannya sekali. Beliau sering merayu, memberi logik mengikut kepentingannya, […]

Isteri Muhyiddin Shopping Sakan Di KLCC?

Jika sebelum ini rakyat Malaysia hanya dihidangkan dengan berita-berita berkaitan isteri Najib iaitu Rosmah Mansor yang dianggap suka bebelanja mewah dan membeli-belah secara berlebih-lebihan sebagaimana yang sudah banyak didedahkan sebelum ini, kini nampaknya isteri Muhyiddin Yassin iaitu Puan Sri Norainee Abdul Rahman pun turut terpalit sama dengan gejala itu. Sudah mula kedengaran cakap-cakap dan perbualan […]

Ketakutan Mahathir Jika Anwar Jadi PM Makin Menggila

Tulisan terbaru Tun Mahathir yang mengatakan Amerika dan Israel memang mahu melihat berlakunya pertukaran kerajaan di Malaysia sebagaimana yang berlaku di Asia Barat, memang menarik untuk dilihat dalam konteks negara yang sedang “panas” menuju PRU 13, lebih-lebih lagi pilihanraya kali ini juga dianggap oleh banyak pihak sebagai ibu kepada segala pilihanraya. Dalam tulisannya, Mahathir juga […]

Undang-Undang Baru Ganti ISA Ditangguh?

Ketika sambutan Hari Malaysia 16 Setember tahun lalu, Najib telah mengumumkan beberapa pemansuhan undang-undang negara dalam usaha menjadikan negara lebih dinamik dan sesuai dengan tuntutan semasa. Antaranya ialah memansuhkan ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dan akan digantikan dengan dua rang undang-undang baru untuk tujuan menangani aktiviti yang berkaitan terrorisme. Undang-undang lain yang turut dimansuhkan […]

Mana Lebih Bahaya: Anwar Yang Pluralisme Atau Najib Yang Akidahnya Sudah Tergadai?

Tindakan Najib menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves bersama jutaan penganut agama Hindu dengan berpakaian Kurta kuning baru-baru ini, yang kemudian disifatkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai perbuatan yang menggadai akidah dan ke arah syirik, kini menjadi isu baru yang memalukan Najib dan umat Islam seluruhnya. Jika mengikut pandangan Harussani itu bahawa […]

Adakah Najib Seorang Yang Sentiasa Dan Semulajadi Bersifat Pemurah?

Sejak penghujung tahun lalu, Najib bersifat begitu pemurah kepada rakyat Malaysia. Bermula dengan pengumuman dalam Belanjawan 2012 di mana beliau memberikan bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah, RM200 berupa baucer buku kepada pelajar universiti dan bantuan RM500 kepada setiap isi rumah yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah, Najib juga kerap menghulurkan pelbagai jenis bantuan dalam […]

Kerakusan Mahathir Punca UMNO Tandus Pemimpin Berwibawa

Salah satu isu yang masih membelenggu UMNO hari ini ialah tandusnya pemimpin berwibawa dalam parti itu. Selain berbagai macam skandal dan penyelewengan bertamu di depan mata setiap hari berkaitan dengan UMNO dan para pemimpinnya, ketiadaan pemimpin yang benar-benar berwibawa, bersih daripada skandal dan boleh diterima ramai, menambahburukkan lagi sokongan rakyat terhadap UMNO. Hari ini dengan […]

Kenapa Najib Susah Sangat Nak Berhentikan Shahrizat?

Minggu ini Shahrizat Jalil dijangka memasuki semula pejabatnya di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat setelah habis bercuti selama tiga minggu untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan keatas beliau. Namun dalam tempoh tiga minggu itu, Shahrizat khabarnya masih belum juga disoal oleh SPRM sebaliknya Ketua Wanita UMNO itu menggunakan jangka waktu itu untuk bercuti dan menunaikan […]

Najib Kecundang, BN Hanya Menang 90 Kerusi Saja!

Tarikh pilihanraya umum kini menjadi perhatian dan tumpuan semua orang. Mereka berdebar menantinya dengan pelbagai perasaan dan harapan. Najib sebagai Perdana Menteri tentulah mengharapkan kemenangan supaya boleh terus berada di tampuk kekuasaan sementara Anwar yang kini Ketua Pembangkang dan mengetuai gabungan Pakatan Rakyat sedang berusaha keras untuk mengambil alih Putrajaya. Melihat kepada perkembangan politik mutakhir […]

Malang Seorang Suami Bernama Najib…

Untuk kesekian kalinya Najib terpaksa bersuara lagi mempertahankan karenah isterinya, Rosmah Mansor yang gemar berbelanja mewah. Rasanya sudah beberapa kali Najib melantunkan suaranya mempetahan dan melakukan penjelasan berhubung perbelanjaan dan gaya mewah yang membabitkan isterinya itu. Di dalam Parlimen juga isu perbelanjaan Rosmah kerapkal dibangkitkan dan pihak kerajaan tidak ada pilihan melainkan terpaksa juga menjelaskannya […]

Najib Umpama Ayam Kena Sembelih

Bagi yang mengikuti perjalanan politik Najib sebagai Perdana Menteri sejak akhir-akhir ini pasti menyedari bahawa banyak tindakannya kebelakangan ini seperti menggambarkan beliau sudah hilang fokus, agak celaru dan tidak tetap pendirian. Di suatu ketika beliau fokus dengan 1Malaysia dan memberi banyak keutamaan kepada menjaga hati kaum Cina dan India. Beliau juga banyak hadir di program […]