Hishammuddin ‘Lari’ Dari Sembrong ke Pengerang?

Heboh cakap-cakap di kalangan rakyat Johor bahawa Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn mahu berpindah kawasan Parlimen daripada Sembrong yang diwakilinya sekarang ke Pengerang atau pun ke Kota Tinggi.

Dikatakan bahawa tindakan mahu berpindah itu dilakukan kerana tidak yakin untuk menang dalam pilihanraya umum datang berikutan di Sembrong terdapat lebih 20 peratus pengundi bukan Melayu terutamanya kaum Cina. Beliau dikatakan tidak mahu mengambil risiko kalah dalam PRU 13 ini berikutan sokongan pengundi Cina masih tetap memihak kepada pembangkang.

Berbanding di Sembrong, beliau dikatakan lebih yakin untuk menang di Pengerang atau di Kota Tinggi kerana dua kawasan Parlimen itu peratusan pengundi bukan Melayunya amat kecil.

Parliman Pengerang sekarang diwakili orh Azalina Othman Said, bekas Menteri Belia dan Sukan dan bekas Ketua Puteri Umno manakala Kota Tinggi diwakili oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar. Kedua-dua mereka hampir pasti tidak lagi dicalonkan dalam pilihanraya akan datang ini.

Azalina baru-baru ini disiasat SPRM kerana dituduh menerima wang daripada seorang ahli perniagaan Johor berjumlah RM300 ribu dan sebelum pemilihan Umno 2008, beliau juga disiasat SPRM dan kemudian digugurkan sebagai menteri sebagai Datuk Seri Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Syed Hamid juga digugurkan sebagai menteri oleh Najib seiring dengan Azalina dan kini dilantik sebagai Pengerusi SPAD.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:25 pm
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments