Month: January 2012

PRU 13 Akan Diadakan Jun 2012?

Meskipun Najib dan Muhyiddin kini sedang rancak turun ke negeri-negeri dalam siri program bertemu rakyat dan dalam masa yang sama desas-desus tarikh piliharaya umum masih menjadi teka-teki, gambaran yang jelas ialah Najib tidak akan berani membubarkan Parlimen dalam tempoh terdekat ini. Najib dipercayai memerlukan masa beberapa bulan lagi untuk meyakinkan rakyat terhadap kerajaan BN yang […]

Slogan Yang Sesuai Buat Najib : Hanya Rebah Baru UMNO Berubah!!

Susulan artikel yang saya posting beberapa hari lalu bertajuk “Bagaimana UMNO Nak Berubah, Najib Pun Tak Berubah”, saya telah mendapat respon yang positif daripada beberapa pembaca yang menghantar email serta kenalan melalui sms dan panggilan telefon. Rata-ratanya mengakui bahawa ada kebenaran tentang sikap dan perangai pemimpin-pemimpin UMNO yang kini bagaikan hanya menunggu detik dan waktu […]

Sabotaj Parti – Isteri, Suami Dan Anak Pemimpin Juga Patut Diambil Tindakan

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru dilaporkan telah bersetuju untuk menggerakkan Jawatankuasa Disiplin parti lebih awal terhadap ahli-ahli UMNO yang didapati mensabotaj parti sehingga memungkinkan harapan untuk mencapai kemenangan dalam PRU 13 hanya tinggal impian. Najib selaku Presiden UMNO dilaporkan mahukan tindakan proaktif itu diambil kerana tidak mahu tindakan disiplin hanya diambil setelah parti menerima kesan […]

Mungkinkah Ada Sejuta Ahli UMNO Sependirian Macam Kadir Sheikh Fadzir?

Keberanian Kadir Sheikh Fadzir, seorang bekas menteri dan Bendahari UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu mengiringi Anwar Ibrahim ke mahkamah pada 9 Januari lalu untuk mendengar keputusan kes liwatnya dan kemudian hadir di majlis kesyukuran di rumah Anwar beberapa hari selepas itu, dengan pantas mengundang kejutan dan menarik perhatian ramai orang untuk bercakap tentangnya. Sebelum itu, […]

Munculnya Video Seks Terbaru Anwar Bukti UMNO Hampir Nak Tumbang…

Di ketika Najib dan Muhyiddin sedang sibuk melakukan lawatan ke negeri-negeri bertemu dengan rakyat sambil menawarkan pelbagai ‘gula-gula’ yang memberi petanda bahawa PRU 13 makin hampir, tiba-tiba seorang anggota trio Datuk T iaitu Shuib Lazim bersuara kembali dengan mengugut akan mendedahkan satu lagi video seks yang dikatakan membabitkan Anwar Ibrahim. Kali ini kononnya video yang […]

Bagamana UMNO Nak Berubah, Najib Pun Tak Berubah!!

Sejak keputusan pilihanraya 2008 yang menyaksikan buat pertama kalinya BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan kejatuhan beberapa negeri kepada pembangkang, seruan agar UMNO dan pemimpinya perlu berubah mulai kedengaran. Apabila Najib mengambil alih teraju pemerintahan negara daripada Pak Lah pada April 2009, seruan kepada perubahan itu semakin dilihat perlu dan seolah-olah suatu keutamaan […]

Najib Sukar Tawan Selangor, Calon MB Pun Masih Tiada!!

Sempena Tahun Baru Cina semalam, saya berkesempatan berkunjung dan bertemu dengan beberapa rakan dari kaum Cina yag menjalankan perniagaan di negeri Selangor. Dalam perbualan itu,selain berbual mengenai hal-hal lain, tidak terkecuali isu-isu politik di Selangor turut menjadi tajuk perbualan. Apa yang dapat disimpulkan melalui perbualan dan luahan hati rakan-rakan dari kaum Cina itu ialah majoriti […]

Beberapa Lagi Bekas Pemimpin UMNO Akan Sertai DAP

Setelah beberapa bekas pemimpin UMNO dan NGO menyertai DAP baru-baru ini, kini beberapa orang lagi bekas pemimpin UMNO sedang dintai dan dirisik untuk menyertai parti itu. Antara mereka ialah yang pernah memegang jawatan utama di peringkat UMNO bahagian dan negeri serta dikenali ramai. DAP sebagai sebuah parti berbilang kaum kini kelihatan bersungguh-sungguh untuk mempamerkan wajah […]

Hishammuddin ‘Lari’ Dari Sembrong ke Pengerang?

Heboh cakap-cakap di kalangan rakyat Johor bahawa Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn mahu berpindah kawasan Parlimen daripada Sembrong yang diwakilinya sekarang ke Pengerang atau pun ke Kota Tinggi. Dikatakan bahawa tindakan mahu berpindah itu dilakukan kerana tidak yakin untuk menang dalam pilihanraya umum datang berikutan di Sembrong […]

Adun BN Paksa Najib Pecat SDO Selangor?

Kedudukan Pengarah SDO Selangor atau Selangor State Development Office terus dalam keadaan tidak menentu berikutan terdapat segelntir Adun BN Selangor yang mahu beliau ditukar dari negeri itu kerana dikatakan tidak berpuas hati terhadap pengagihan projek-projek pembangunan yang diuruskannya. Perkara ini bermula bilamana seorang Adun yang memegang jawatan kanan dalam Badan Perhubungan Umno Selangor tidak berpuas […]

Shahrizat Wajar Dibersarakan…

Isu projek lembu atau NFC yang melibatkan Shahrizat Jalil terus hangat diperkatakan di mana-mana. Ia seperti terus menjadi beban kepada Umno dan BN menjelang pilihanraya umum akan datang. Tindakan Najib meminta Shahrizat bercuti selama tiga minggu bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan secara telus, walaupun dilihat cukup baik tetapi sebenarnya masih tidak mencukupi. Pada pandangan rakyat, […]

Salam Perkenalan

Selamat datang ke blog saya semoga anda berpuas hati.Blog ini akan cuba mengupas isu-isu politik semasa demi kepentingan bangsa dan negara. Isu-isu akan dikupas secara kritis, membina dan penuh tanggungjawab. Pembaca juga digalakkan berkongsi maklumat dan cerita untuk kepentingan bersama. Jika ada apa-apa yang menarik untuk dikongsi, sila email ke [email protected] Semoga kita sama-sama dapat […]